CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4815|Reply: 42

[Dunia] Brad Pitt didakwa dera Angelina Jolie, anak dalam pesawat peribadi

  [Copy link]
Post time 5-10-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Angelina Jolie memfailkan tindakan mahkamah terhadap bekas suaminya, Brad Pitt, atas dakwaan aktor tersebut menyerangnya dan anak-anak mereka semasa berada dalam pesawat peribadi. - Gambar fail

AKTRES popular Hollywood, Angelina Jolie memfailkan tindakan mahkamah terhadap bekas suaminya, Brad Pitt, atas dakwaan aktor tersebut menyerangnya dan anak-anak mereka semasa berada dalam pesawat peribadi.
Menurut Jolie, insiden itu juga menjadi antara sebab dia memfailkan perceraian.

Dalam tuntutan mahkamah itu, Jolie mendakwa, Pitt memegang kepalanya dan menyerang dua anak mereka dalam perjalanan pada tahun 2016 itu, lapor portal berita BBC.

Pitt juga dilaporkan mendera secara lisan dan mencurah alkohol kepada keluarganya dalam penerbangan dari Perancis ke Los Angeles itu.
Bagaimanapun, Pitt menafikan dakwaan itu.Sumber yang rapat dengan aktor itu memberitahu BBC, dakwaan Jolie adalah palsu.

"Jolie terus menyusun semula, mengubah dan membayangkan semula peristiwa yang berlaku enam tahun lalu dengan menambah maklumat yang sama sekali tidak benar setiap kali dia gagal mendapatkan apa yang dia mahukan.

"Kisahnya sentiasa berubah dan berkembang," kata sumber tersebut.
Peguam Jolie mendakwa, dalam insiden pada 2016 itu, bintang Fight Club tersebut menjerit, menuduh Jolie ebagai "terlalu berlembut dengan anak-anak."
Tidak lama kemudian, Pitt menarik Jolie ke bilik mandi di belakang pesawat, menurut tuntutan mahkamah yang difailkan Jolie.

Pitt memegang kepala Jolie dan menggoncangnya dan kemudian memegang bahunya dan menggoncangnya semula sebelum menolaknya ke dinding bilik mandi.
"Pitt kemudian menumbuk siling pesawat berkali-kali, menyebabkan Jolie keluar dari bilik air," menurut fail mahkamah tersebut.

Selepas salah seorang anaknya campur tangan secara lisan, Pitt 'menyerang' anaknya sendiri", kata laporan itu lagi.
"Jolie kemudian memegangnya dari belakang untuk menghalangnya," menurut kertas pertuduhan.Anak-anak pasangan itu kemudian bergegas masuk dan cuba melindungi satu sama lain sebelum Pitt mencekik salah seorang kanak-kanak dan memukul seorang lagi di muka.

Peguam Jolie berkata, aktres itu dan anak-anaknya "duduk diam dan senyap di bawah selimut" sehingga pesawat tersebut mendarat.
Pemfailan mahkamah dibuat Jolie itu mendedahkan ketegangan melibatkan pasangan itu mengenai rancangan mereka untuk kilang wain yang dibeli bersama sebelum ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn percaya tayangan media lovey dovey semua tu. Bergaduh sebijik mr n mrs smith. Deyols tak bawa maid, nanny ke masa penerbangan tu?

Patutnya thread ni kat bod gosip antarabangsa.


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak tom cruise n nicole kidman yg sulung tu bila besar jd boyak.

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 6-10-2022 01:44 AM

Bredpit ni dulu juey bontot merate holiwud last2 dapat la peluang berlakon..  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:04 AM | Show all posts
hahahahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:04 AM | Show all posts
hahahaha! so funny ythis article
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:04 AM | Show all posts
just commeniting for points level up
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp budak2 tu pun x close dgn brad pitt ni kan skrg
So maybe ada kebenarannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
x minat angelina tp dia nmpk rapat dan syg anak2 x kisah anak angkat mahupun anak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Private jet ke? Takkan takde witness
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 08:54 AM | Show all posts
brad pitt ni boleh/ada je kan jumpa anak2 dia?
anak dorang yg shiloh tu menjadi betul. kadang2 rupa mak, kadang2 rupa bapak.


yg berlakon maleficent tu vivienne kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 09:20 AM | Show all posts
padan la ngan muka brad...dah elok life tenang with wife lama nak jugak skandal n kawen ngan pempuan gila..mmg huru hara life dibuatnya. Same goes to Johnny..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 09:32 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-10-2022 10:28 PM
Jgn percaya tayangan media lovey dovey semua tu. Bergaduh sebijik mr n mrs smith. Deyols tak bawa ma ...

yg report tu sbnrnye staf kapal terbang tu sendiri uols dan kejadian tu berlaku tahun 2016.  siap kene siasat ngan fbi tapi fbi drop case ni. la ni viral bila angelina jolie ni saman FBI kenapa diorg taknak siasat. nih yg orang nampak kalau belakang tabir kite tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 10:22 AM | Show all posts
dalam kes ni meols leh percayakan angelina jolie.  dlm kes ni anak-anak back up mak.  anak2 diorg semua dah besar dah meols rasa takde isu brad pitt takleh jumpa anak-anak unless anak-anak yg tak nak jumpa diorg. yg sulung tu siap dah sambung belajar kt south korea dah bleh jah kalau dia nak bapak tapi dia sendiri taknak so pepaham jelah

even johnny depp busuk yang dipuja puja tu pun anak-anak dia termasuklah ex dia yg jadi mak kpd anak-anak dia pun takde keluarkan statement nak sokong si bapak. meols dah rasa dah mesti bapak diorg yg something ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 10:52 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 6-10-2022 08:10 AM
Private jet ke? Takkan takde witness

kan ke dlm artikel tu pesawat peribadi.witness anak2 diorg yg kena abused tula.brad ni alcoholic.lps angie filed for divorce.dia masuk rehab.sponsor dia chris cornell.bila chris cornell mati..dia bawak anak2 chris from 2nd marriage ke disney mcm nak balas jasa chris dan hiburkan hati  ank2 chris la kot.anak sendiri  masa tu x  boleh jumpa.so valid la allegation angie n anak2.jgn pulak samakan dgn amber atau sentimen penyondol ke hapa
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgh mabuk kot sampai cekik dan pukul anak2...tngok imej mcm jenis penyayang brad pitt ni...looks can be deceiving or dont judge a book by its cover...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash utk penyondol bak kata acik porom
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
anak dia pun takmo jumpa apak mmg sahlah paknya yg problem
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 6-10-2022 11:24 AM
Cash utk penyondol bak kata acik porom

bru nk ckp piska jejage

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
wpn iols minat angie. dlm hal ni valid kot tuduhan die. anak2 sheols sendirik tanak jumpe bapak dorg. memasing dh besar. bkn kene kurung pn dgn angie. sendirik memilih tanak jumpe pak.

mase kejadian pitt tgh mabok ler tu kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2022 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.119654 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list