CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2391|Reply: 62

[Tempatan] Gempar:KJ kata majoriti daripada rakyat yang mengalami komplikasi daripada merokok sama ada sakit jantung, kanser atau penyakit berkaitan paru-paru adalah B40.

  [Copy link]
Post time 5-10-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 5-10-2022 04:37 PM

PUTRAJAYA: Golongan B40 merupakan kumpulan majoriti yang terjejas dengan penyakit seperti kanser, sakit jantung dan penyakit berkaitan paru-paru akibat komplikasi merokok.
Secara tidak langsung, kumpulan itu menjadi golongan sasaran syarikat-syarikat tembakau, kataMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Sehubungan itu, Khairy dalam nada tegas berkata, adalah tidak masuk akal sekiranya mahu melindungi golongan ini daripada kumpulan pembunuh hanya kerana kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Saya nak bagi tahu, majoriti daripada rakyat yang mengalami komplikasi daripada merokok sama ada sakit jantung, kanser atau penyakit berkaitan paru-paru adalah B40.
"Kamu tahu kenapa? Sebab merekalah menjadi sasaran kumpulan syarikat-syarikat tembakau ini.

"Jadi tak masuk akal (mereka terjejas), sebenarnya kita nak melindungi mereka daripada kumpulan-kumpulan pembunuh ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak yang menyifatkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan menjejaskan golongan berpendapatan rendah.
Terdahulu beliau melancarkan portal KKMNOW, di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai tindakan pihak yang menghantar memorandum sebagai membantah RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Parlimen, di sini Khairy memberitahu, beliau difahamkan pihak terbabit ditaja oleh syarikat-syarikat tembakau.
"Ada berita yang mengatakan mereka ditaja. Kita kena betul-betul bebaskan diri daripada sebarang konflik kepentingan," ujarnya.

Pada 27 Julai lalu, Khairy membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
RUU berkenaan bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) hanya akan membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Januari 2007.
Ia antara lain melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau vape kepada individu yang dilahirkan pada tahun selepas 2017.


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/akibat-rokok-golongan-b40-paling-ramai-dijangkit-kanser-sakit-jantung-khairy-384267

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran aku kena kanser kelenjar dari golongan m40. Dia tak merokok.


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 04:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 05:46 PM | Show all posts
lagi ramai B40 mampus ok pe...benda yg positif
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Em kalau tengok pekerja binaan ke ladang ..rokok tu senantiasa lekat kat hujung bibir. ..
Kalau pejabat tu .opis ada aircond ,nak hisap rokok keluar .. nampaklah kurang sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
G mati lah kau kj oii...byk nti org tuntut kau di sana
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
KJ ni tak smoke ? muka dan bibir mcm smoker tegar
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah alah.. concern konon! Cukai dari tembakau.. alcohol.. judi ambik gak. Kenapa tak haramkan terus kalu betol2 nak jd purist.. islamic country? Per kata ko cukai kan McD dan fast food segala yg berkolesterol..berlemak manis leting yg acik2 pakat melantak cam bela hantu raya tu dulu dek oii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 06:52 PM | Show all posts
Yennadei Kay Jay.. mannada itu B40,, smua suda jatu B60 la thambi


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 5-10-2022 06:34 PM
Alah alah.. concern konon! Cukai dari tembakau.. alcohol.. judi ambik gak. Kenapa tak haramkan terus ...

Tun m nk kenakan cukai gula menggelupur masing2.


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 5-10-2022 05:46 PM
lagi ramai B40 mampus ok pe...benda yg positif

Tp nanti sape nk ganti b40 kalo yg tinggal m40 dan t20.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 08:03 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 5-10-2022 07:59 PM
Tp nanti sape nk ganti b40 kalo yg tinggal m40 dan t20.

tak semua B40 mati, hanya yg isap rokok shj...yg mati kanser akibat rokok tu elok sangat la pegi mati...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 5-10-2022 08:03 PM
tak semua B40 mati, hanya yg isap rokok shj...yg mati kanser akibat rokok tu elok sangat la pegi m ...

Ok2. Salah fhm td
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke.. sebab statistically yg banyak smoking adalah lelaki melayu. Dan statisically jua mereka dominasi golongan B40  .
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-10-2022 07:58 PM
Tun m nk kenakan cukai gula menggelupur masing2.


Biasa le politicians sini dek buat kerja half baked nak ikut negara maju konon. Yg rasuah, korupsi tak nak transparency cam 1st World Country pun!
Pollution, carbon emissions control, pembakaran terbuka, green energy, sustainability bagai x pulek nak kecoh.. X nak emphasis yg tu. Kilang2 dah berkurun lepas asap malam2 buat2 buta!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada benarnya kata2 Kj tu, jgn la menggelupur sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 04:12 AM | Show all posts
Edited by rogayahtop at 6-10-2022 04:13 AM

Correlation does not imply causation. KJ dan babu babu2nya mmg lembam sikit long covid agaknya masing2

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 06:46 AM | Show all posts
Baguslah apa yg Kj buat ni. Apa yg dia try achieve is generasi yg lahir after 2007 utk tidak merokok sekali gus we will have a healthier generation.

Yg generasi atas yg merokok ni mmg tak boleh buat apa dah. Tak faham aku yg dik kondem si KJ ni. Kang tak buat apa2 kata makan gaji buta.

I support u KJ.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:00 AM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 5-10-2022 08:22 PM
Biasa le politicians sini dek buat kerja half baked nak ikut negara maju konon. Yg rasuah, korups ...

Kak, yg green energy tu,everywhere they are promoting net zero carbon by 2050. Dlm paper the edge every week they interview company yg dah start transitiioning into green energy. Kat belakang bas pun ada tampal pasal hal ni.

Property, power plant, manufacturing imdustries and yg paling ketara hybrid cars, eletric cars makin byk on road  Semua dah start dgn enegy sustainibility ni.

Nak tansition ni bukan mudah dan bukan murah ye. And definitely not something yg perlu dikecohkan because they are already doing it. Last week ada convention on this at mitec.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 6-10-2022 07:34 AM

Kenyataannya sebegitu kan? Lagipun org susah tak mampu nak beli makanan2 yg menyihatkan dan berkualiti.

Beli rokok sekotak RM20 lebih berbaloi drpd beli ayam sekor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2022 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.125630 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list