CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2651|Reply: 48

[Tempatan] Culas bayar sewa, pemuda ni siap pakai hadis tutup kesalahan elak kena halau tuan rumah

  [Copy link]
Post time 3-10-2022 11:22 PM | Show all posts |Read mode

SUDAHLAH tiga bulan culas bayar sewa, malah penyewa sebuah kondominium tergamak menggunakan potongan hadis untuk renungan tuan rumah bagi menghalalkan perbuatannya itu.


Perkara itu didedahkan individu bernama Yusnizam Yusoff di Facebook berdasarkan pengalamannya berdepan penyewa yang cuba berlagak alim kononnya dia ditindas.


Difahamkan ia bermula selepas Yusnizam selaku tuan rumah meminta penyewa berkenaan mengosongkan kediaman miliknya.


“Tak salah nak ambil hak sendiri tapi encik Yusnizam dah menyusahkan kehidupan kami apabila terpaksa keluar sebab hilang tempat tinggal dan akan susah untuk bekerja.


“Sedangkan encik Yusnizam dapat harta duniawi yang sementara. Penyelesaian hutang mestilah selari dengan syariat Islam,” kata penyewa berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp.





Berdasarkan tangkap layar perbualan yang dikongsikan, penyewa tersebut turut berkongsi beberapa potongan hadis bagi menyokong hujahnya berhubung membantu orang yang dalam kesukaran.
Meskipun pemilik mengingatkan penyewanya bahawa sikap culas membayar sewa selama tiga bulan juga satu perbuatan yang menyusahkan, namun individu berkenaan tetap dengan pendiriannya.
Malah dia turut menyatakan sistem perundangan sedia ada lebih menyebelahi pemilik berbanding penyewa.
“Kalaulah undang-undang Malaysia dan syariat Islam ni menyebelahi hak pemilik lebih daripada hak penyewa, makin bersepahlah gelandangan dan golongan marhain tepi jalan.“Makin bertambahlah isu penindasan daripada golongan kayangan,” katanya.
Susulan mesej yang diterima itu, Yusnizam menjelaskan situasi di halaman Facebooknya dan meluahkan kesukaran yang dialami.
Menurutnya, rumah yang disewa itu adalah jenis kondominium namun bayaran bulanan adalah sekitar RM900, lebih murah jika dibandingkan dengan harga pasaran di kawasan sama.
Malah kata Yusnizam, jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan kepada bank setiap bulan termasuk kos penyelenggaraan adalah sekitar RM1,200.
“Dia tak bayar sebab alasan tertentu. Macam saya pula zalim, habis bank peduli masalah saya?
Antara petikan hadis dan perbualan Yusnizam bersama penyewa.
“Rumah dia sewa ini, kondo… harga sewa RM900. Kawasan tu orang sewakan RM1,200, (termasuk) kadar bayar bank dan penyelenggararaan pun lebih kurang RM1,200,” luahnya.
Yusnizam juga berharap individu tersebut mencari rumah sewa yang sesuai dengan kewangan semasa berikutan terdapat banyak pilihan dengan harga RM400 hingga RM500 di kawasan sekitar.
“Dah tak mampu, buat cara tak mampu. Area ni banyak pilihan lain, RM400-RM500 rumah yang selesa pun ada,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Yusnizam juga menyatakan bahawa dia bukan meminta tunggakan bayaran sewa, sebaliknya meminta penyewa terbabit mengosongkan rumah.
Bagaimanapun, menyusuri Facebook milik Yusnizam, beberapa siri status yang dimuat naik berkaitan penyewa yang enggan keluar tersebut telah dipadam.
Dia yang langgar hukum agama dan undang-undang negara, buat-buat terpaling mangsa pula.
Bagaimanapun perkongsian yang dibuat Yusnizam menjadi tular di media sosial sehingga turut disiarkan pemilik Twitter @meinmokhtar.
Rata-rata netizen turut terkejut dengan nasib yang menimpa Yusnizam dan kecewa apabila penyewa tersebut cuba berselindung di sebalik hal agama bagi mengelak daripada isu pokok iaitu culas.
“Ni pakai topeng apa? Tak salah nak guna ayat al-Quran, hadis segala bagai tapi tengok situasi… tak gentle cara macam ni.
“Dia yang langgar hukum agama dan undang-undang negara, buat-buat terpaling mangsa pula.
“Semoga dijauhkan daripada golongan penunggang agama macam ni, berhujah ikut apa dia suka… kalau tak ada duit, at least kena ada rasa malu.
“Aku benci religion rider untuk tutup kesalahan sendiri.

Antara reaksi warganet yang geram melihat petikan hadis daripada penyewa terbabit.
“Ni betul-betul penunggang agama yang tak pakai helmet dan conner baring dekat jalan berpasir… berharap tak jatuh sebab Allah tolong,” ujar beberapa netizen.
Tidak kurang juga berkongsikan pengalaman berhadapan dengan situasi seumpama itu.
“My mom pernah kena macam ni. Almost 5 months tak bayar dan buat dia macam owner pula… too many reports from jiran dan management. End up call police, rumah macam tongkang pecah!
“Aku pernah kena dengan penyewa dari neraka macam ni. Tiga bula lepas aku kena… dah tak bayar sewa, lepas tu ugut tuan rumah untuk repair rumah yang dia rosakan atau dia tak perlu bayar sewa langsung selagi tak repair.
“Satu ja nak cakap, kalau orang sewa tak bayar sebulan terus kick dari rumah. Jangan kesian sebab nanti mereka selesa tak bayar sewa untuk bulan-bulan seterusnya,” kongsi beberapa pelayar Twitter.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hasniey at 4-10-2022 12:21 AM

Jenis mcmni biasanya xsolat pon.tp nk tnjuk alim petik hadis,ayat quran utk kepentingan diri
Patutnya owner balas dgn ayat utk bayar hutang tu


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).

(Surah al-Baqarah: 282)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ ۚ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.

(Surah al-Maidah: 1)
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 12:27 AM | Show all posts
Penunggang selagi boleh tunggang ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyewa tu patut bersyukur sebab tuan rumah tak mintak dia bayar utk 3 bln so sepatutnya dia keluar dgn segera…tuan rumah jugak perlu bayar loan bank sbb tu kena cari tenant baru dgn cepat…susah kalau penyewa tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Benci betul orang jenis reverse saiko ni
Suka buat kita rasa bersalah
Sebenarnya gitulah permainan hidup dia
Bukan dengan kite sorang dia buat gitu
Silap2 dengan bini dia pun dia dok guna ayat sedih

Loser gila
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 05:11 AM | Show all posts
Pi mampus lah orang camni.. Hutang tak takut lak tak bayar kalau tetiba meninggal...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 05:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dasar penunggang agama!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 06:12 AM | Show all posts
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...

malah guna agama demi kepentingan diri...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dodol ludahkan jah puak2 sebegini smbil buat report polis halau penonggeng ugama ni biar merempat bawah jambatan, baharu tau Cash!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Mangga jela umah sewa tu jgn bg dia keluar atau masuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 07:21 AM | Show all posts
laaaa kuar hadith kerana tidak ingin bayar sewa; macam mana dia boleh berbelit ke situ. kesian ada tetapi ye lah the owner perlu duit utk bayar mortgage etc
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnya pemilik rumah, patut bila dah 3 bulan penyewa tak bayar maknanya rumah tu automatik jadi milik penyewa bagi jelaa free anggap sedekah. Nanti dapat byk dapat pahalaaa tau.





Agak2 kalau owner rumah tu non muslim ko nak copy paste hadis panjang lebar gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:12 AM | Show all posts
make sure ada perjanjian sewa unit utk kemudahan di kemudian hari.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya pemilik umh tu baik dan sabar jugak,sebab 3 bulan dh xbyr...penyewa pon dan² keluarkan hadis bagai utk halalkan apa yg dia buat...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:29 AM | Show all posts
kwn aku kena lg teruk..
penyewa duk lari2 tangguh2...
dh sewa tempat lain tp brg2 kat rumah dia penyewa xkuakan lagi..
rumah dh jual...
asnaf...dpt bantuan tp duit sewa dia kona cmne xtau...tuan rumah xdpt...5 bulan wey
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:36 AM | Show all posts
ehhh si babi ni
patut amik dia kurung dalam sangkar orang utan yg nk mengawan
bia dia kena liwat sampai mampos
bangkai punya manusia
acah2 savage la tu dapat bagi hadis bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2022 09:33 AM | Show all posts
Halaukan je la.
Manusia mcm gini sah2 pemalas nak mampus.
Semua nak free je.
Senang sangat hidup dia guna hadis tak nak bayar sewa.
Nak mampus nanti dia nak jawab kat malaikat jangan amik nyawa dia guna hadis juga ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:43 AM | Show all posts
lebih baik report polis.. biar polis je yg halau depa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:44 AM | Show all posts
Potong jer bekalan letrik & air.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:50 AM | Show all posts
Adik aku pun pernah kena dgn penyewa liat nak bayar sewa ni. Bila mintak sewa mcm-mcm alasan, pastu salahkan tuan rumah tak kesian anak-anak depa.

Lama call tak jwb, adik aku pergi tgk rumah, rupanya dah lari. Sampah dah berulat, pinggan mangkuk tak cuci, bertimbun sampai keluar warna hitam tu. Pintu bilik 2 terkopak. Kipas dinding yg tinggi tu pun boleh ada atas lantai.
Mmg jahanam rumah. Bila cari kat tpt kerja ugut nak saman sbb malukan dia. Lepas tu kat tpt kerja pun dah lesap. Dgr cerita balik kmpg sskjp spt dlm ic. Mmg celaka manusia perangai setan mcm ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2022 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.140271 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list