CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5205|Reply: 118

[Politik] Parlimen bakal bubar? Top 5 UMNO capai sepakat

  [Copy link]
Post time 30-9-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 30-9-2022 11:05 PM

Lima pimpinan tertinggi Umno mengadakan mesyuarat di Menara Dato Onn, di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini. (Gambar Facebook Khaled Nordin)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat lima pemimpin utama Umno yang berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini, mencapai kesepakatan, kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan.

“Alhamdulillah, perbincangan bersama kepimpinan ‘Top 5’ parti tengah hari tadi berlangsung dengan baik.Dapat capai kesepakatan untuk kebaikan parti bergerak ke hadapan,” katanya yang lebih dikenali sebagai Tok Mat di Facebook.Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai “kesepakatan yang dicapai” itu.

Terdahulu, Naib Presiden Umno Khaled Nordin ketika ditemui berkata hasil mesyuarat kepimpinan tertinggi itu akan dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti untuk diputuskan.

Ditanya berkaitan perkara dibincangkan, Khaled hanya memberi respons ringkas “bincang macam-macam hal”.

Khaled dalam hantaran di Facebooknya turut berkongsi gambar mesyuarat pemimpin utama parti itu yang dihadiri Presiden Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad.

Selain Khaled, mesyuarat itu turut dihadiri dua naib presiden, Ismail Sabri Yaakob dan Mahdzir Khalid.Sebelum ini, Ismail tidak menolak kemungkinan mesyuarat “Top 5” kali ini akan membincangkan tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Terdahulu, di lobi utama Menara Dato Onn turut kelihatan beberapa pemimpin Umno mula tiba antaranya Ketua Umno Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Umno Terengganu Ahmad Said dan Ketua Umno Perak Saarani Mohamad.

Mesyuarat MKT Umno berlangsung malam ini.

Pengamal media mula berkumpul di Menara Dato Onn sejak 2 petang tadi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2022 10:58 AM | Show all posts
top 5 pala bana apa nya, kalau agong tak setuju bubar, korang top 5 apa boleh buat
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 11:25 AM | Show all posts
totokreturn. replied at 1-10-2022 10:58 AM
top 5 pala bana apa nya, kalau agong tak setuju bubar, korang top 5 apa boleh buat

sebenarnya tiada keperluan pun agong setuju atau tidak...perdana menteri semasa boleh letak jawatan dan automatik kerajaan terbubar...maka dlm keadaan terpaksa, agong kena declare PRU le...


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 11:29 AM | Show all posts
Tahun depan elok la PRU. Sorang2 muka xboleh harap.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 1-10-2022 11:29 AM
Tahun depan elok la PRU. Sorang2 muka xboleh harap.

Dgr gossip katanya PRU bulan Nov ni.  Byk version date PRU ni.  Tak tahulah yg latest ni sahih ke x.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni I tanya jujur jah

Penyokong/pendukung UMNO ni memang tak nampak ke yang theyols tak kisahkan pun kehidupan rakyat marhaen

Chuols lagi rela hidup merempat & harta benda dicuri bangsa sendiri? Tak faham yah
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 02:20 PM | Show all posts
tak penah dengar  lagi dlm perlembagaan top 5 umngok ni penentu tarikh bubar ,pru.klau seblm jumpa ydpa inform kat kabinet tu adalaa.aku harap  ydpa tunjuk sapa bos yg sebenar...walau aku pun maleh dah berhusnozon
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 04:11 PM | Show all posts
ifanonline replied at 1-10-2022 11:25 AM
sebenarnya tiada keperluan pun agong setuju atau tidak...perdana menteri semasa boleh letak jawata ...

dia ada kuasa tolak dan lantik PM interim sampai cukup haul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mail klu buat tak tahu ajaa...tak bubar juga. Wak Jahid n the gang bukan berani sangat pun.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 1-10-2022 10:58 AM
top 5 pala bana apa nya, kalau agong tak setuju bubar, korang top 5 apa boleh buat

Top 5 boleh arahkan ahli2 parlimennya tarik sokongan  keatas PN.  Jadi kerajaan PN akan jatuh dan parlimen terpaksa dibubarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 07:50 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 1-10-2022 04:11 PM
dia ada kuasa tolak dan lantik PM interim sampai cukup haul

sebab tu aku selalu ckp, sistem raja berpelembagaan di malaysia ni sepatutnya di mansuhkan/dibubarkan...menyusahkan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 1-10-2022 04:11 PM
dia ada kuasa tolak dan lantik PM interim sampai cukup haul

Lama nak sampai cukup haul....jika dua tiga bulan bolehlah, jika.setahun PM interim susah nak buat keputusan dan nak mentadbir negara.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rashiman at 1-10-2022 08:15 PM
ifanonline replied at 1-10-2022 07:50 PM
sebab tu aku selalu ckp, sistem raja berpelembagaan di malaysia ni sepatutnya di mansuhkan/dibubar ...


Takut lagi huru-hara dan lagi menyusahkan rakyat jika sistem raja berperlembagaan dimansuhkan/dibubar
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 08:44 PM | Show all posts
PAS sebelum tu dah sound negeri deols takan ikut bubar ...  rasa nye negeri PH pon takan ikut  ... so iols sapot mael bolayan je top 5,  at least kene panaskan parti baru yg abang sendiri baru register tu,  stand by utk layan something yg akan happen ...  tu kene makan masa byk bulan,  biar jelah next year bubar otomatik,   just setengah tahun pon boleh kira : tak lama lagi ....   rilek ... org UMNO takan keluar mogok punya
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
zjen replied at 1-10-2022 08:44 PM
PAS sebelum tu dah sound negeri deols takan ikut bubar ...  rasa nye negeri PH pon takan ikut  ... s ...

Yg penting parlimen atau pentadbiran kerajaan pusat yg perlu distabilkan. Kerajaan negeri kalau boleh dibubarkan sama tapi jika ada yg x nak ikut pun tak pa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 09:29 PM | Show all posts
rashiman replied at 1-10-2022 09:14 PM
Yg penting parlimen atau pentadbiran kerajaan pusat yg perlu distabilkan. Kerajaan negeri kalau bo ...

kalo parti pembangkang punca tak stabil, baik dr awal pilih komunis lagi senang,   tak payah PRU,   rilek je mentadbir cam keluarga Kim Korea Utara,  goblok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2022 09:33 PM | Show all posts
ifanonline replied at 1-10-2022 11:25 AM
sebenarnya tiada keperluan pun agong setuju atau tidak...perdana menteri semasa boleh letak jawata ...

agong boleh lantik caretaker sama macam tun dulu sebelum pilih yang mana pada pandagan baginda layak pimpin negara. lain kali cikgu kajian tempatan ajar jangan tidur
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 09:35 PM | Show all posts
rashiman replied at 1-10-2022 07:01 PM
Top 5 boleh arahkan ahli2 parlimennya tarik sokongan  keatas PN.  Jadi kerajaan PN akan jatuh dan  ...

dulu stabil pun duit negara 1mdb berpuluh billion jadi hutang negara. joli sana joli sini. buat filem. sampai terpaksa minta bantuan amerika kutip hasil 1mdb.


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 09:39 PM | Show all posts
chanthik replied at 1-10-2022 02:13 PM
Ni I tanya jujur jah

Penyokong/pendukung UMNO ni memang tak nampak ke yang theyols tak kisahkan pun ...

tengok rajapaksa je sri langka. sampai satu level empati hilang hati budi seorang manusia hilang jadi rakus setiap hari fikir nak makan siapa. rakyat sri langka bangkit ajar rajapaksa. dia lari singapore tu kaka syak  ada duit usd dia

sebab nak kuasa punya pasal kurangkan tax, buat polisi bodoh tukar baja modern jadi organik, racun modern jadi racun organik. last2 hasil tanaman merundum. banyak lah polisi2 bodoh dia laksanakan akhirnya buat sri langka jadi negara paria sri langka, mnyanmar, pakistan dan few country memang tengah bergolak teruk.

yang paling besar hawa nafsu . selagi mana seseorang gagal kawal nafsu selagi tu dia hamba nafsu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm top 5 tu iols hanya kenal wak ponorogo n tokmat jah. Oh sedih !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2022 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.116820 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list