CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 748|Reply: 8

[Tempatan] UPU: Tempat terhad di UA, 20,000 calon layak tak dapat tempat

  [Copy link]
Post time 29-9-2022 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA: Kapasiti universiti awam (UA) yang terhad dan persaingan sengit menyebabkan lebih 20,000 permohonan tidak mendapat tempat di universiti awam (UA) tempatan walaupun mereka layak melepasi syarat am.

Tahun ini permohonan menerusi UPUOnline adalah sebanyak 115,477 calon untuk memasuki UA tahun ini yang mana seramai 90,745 calon melepasi syarat am.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Husaini Omar, berkata daripada jumlah yang melepasi syarat am itu, hanya 71,615 calon mendapat penempatan di 20 UA.

Katanya, ada juga pelajar yang tidak memenuhi syarat khas yang ditetapkan universiti pilihan atau kursus dipohon, gagal dalam sesi temuduga bagi kursus tertentu selain kedudukan merit rendah.

Beliau berkata, selain itu ada antara pelajar tidak mengisi sepenuhnya 12 pilihan yang disediakan dalam borang Unit Pusat Universiti (UPU) menyebabkan mereka gagal mendapat tempat di universiti jika tidak terpilih mengikuti kursus utama yang dipohon.

"Tempat di UA adalah terhad manakala persaingan untuk mendapatkan tempat adalah terlalu tinggi. Ia sesuatu yang baik kerana menunjukkan bakat yang memohon untuk memasuki UA adalah yang terbaik seterusnya membolehkan graduan yang dihasilkan yang terbaik.

"Bagi program kompetitif dan menerima banyak permohonan peluang untuk mendapat tempat adalah tipis.

"Begitu juga jika merit rendah dan memohon program kompetitif, pemohon juga sukar untuk mendapatkan tempat," katanya pada sidang media khas mengenai UPUOnline, di sini, hari ini.

Ketika ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyenaraikan 10 kursus sebagai pengajian kompetitif iaitu Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perakaunan, Undang-undang, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Awam.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1006062/upu-tempat-terhad-di-ua-20000-calon-layak-tak-dapat-tempat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 29-9-2022 03:15 PM

Elok le limit... bersepah graduan takde keje tp hutang bertimbun

Yang mana tak excel academic.. terima je laa kenyataan masuk politeknik ke, institut kemahiran ke, belajar kait buah sawit pakai mekanisasi ke

Sah2 ada keje lepas habis kursus...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 03:51 PM | Show all posts
uitm kan ada, apa nak susah, sebelum ni pun uitm ni kan tempat last choice
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 03:54 PM | Show all posts
"10 kursus sebagai pengajian kompetitif iaitu Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perakaunan, Undang-undang, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Awam."

ape susah2, tiktok kan aderrrrrrrr



Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 04:49 PM | Show all posts
green~tea replied at 29-9-2022 03:14 PM
Elok le limit... bersepah graduan takde keje tp hutang bertimbun

Yang mana tak excel academic.. ter ...

Setuju, buat masa skrg cari kemahiran drp masuk IPTA/IPTS dan ambik kursus yg tah apa2.
Kesian bila grad nanti bawak hutang beribu2 lepas tu dpt kerja basic RM 1500.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
maximus_01 replied at 29-9-2022 04:49 PM
Setuju, buat masa skrg cari kemahiran drp masuk IPTA/IPTS dan ambik kursus yg tah apa2.
Kesian bi ...


Adoiiii gaji basic rm1500 tu takde spm pun iols bayor je buat housekeeping.. takyah duk KL pun hahahahahhahahhahahha
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak org xdapat senang lah cakap..
Cuba kalau anak sendiri xdapat.. kdang2 sbb kesilapan teknikal je..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 05:43 PM | Show all posts
Di sini lah perlunya menabung untuk pengajian anak2.  Family planning.  Menabung sedari sebelum kawin (kawin tak kawin or ada anak takde anak, lain cerita).  Samada ambik education insurance plan, bukakan ASB dan yang sewaktu dengannya seawal mungkin, or paling tidak SSPN.  Few years ago ada ditawarkan utk anak2 yang bersekolah rendah utk membukan akaun sspni, kerajaan akan beri subsidi rm500, i wonder how many of us took that opportunity.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Viral kt laman sosial nnt dapat laa panggilan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2022 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.101309 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list