CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4291|Reply: 76

[Tempatan] Apa sangat cuti di Thailand banding ke Eropah, AS

  [Copy link]
Post time 29-9-2022 03:58 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Sejak cuti sekolah awal bulan sampai hari ini masih ramai yang terjebak dengan diskusi berhubung faktor rakyat memilih Thailand sebagai tempat percutian.

Fenomena itu sebenarnya agak luar biasa kerana sebaik cuti sekolah pada 2 – 11 September lalu, pintu-pintu sempadan Malaysia-Thailand sentiasa sesak. Cuma kali ini ia menjadi perdebatan kerana di tengah kekalutan ekonomi, rakyat Malaysia rupanya masih mampu melancong ke luar negara.

Kumpulan yang bercuti di luar negara itu dikaitkan dengan nilai ringgit yang semakin menyusut. Lebih mendukacitakan apabila aga juga dakwaan fenomena bercuti ke luar negara menyebabkan pusat-pusat peranginan di Malaysia terutamanya Pulau Langkawi sepi.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir memaklumkan, maklumat diperoleh menunjukkan kedatangan pelancong terutama warga tempatan menurun sehingga 48.9 peratus sepanjang cuti Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Susulan itu, pendapatan di pulau itu merosot sekitar RM5.7 juta berbanding pada tempoh sama tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, bukan sahaja Langkawi malah pulau-pulau lain seperti Pulau Tioman dan Tasik Kenyir juga dikhabarkan bukan lagi destinasi pilihan teratas pelancongan buat rakyat Malaysia.

Seperti Tasik Kenyir didakwa semakin tercemar dengan aktiviti menebang pokok. Sebilangan pengunjung di Air Terjun Sungai Lasir memaklumkan air di situ keruh menyebabkan ramai yang tidak berani turun melakukan aktiviti di air.

Begitu juga Tasik Chini di Pahang kini dilucutkan menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) oleh UNESCO kerana khazanah semula jadi di situ semakin mati dimusnahkan manusia.

Susulan itu, tanda tanya mengapa trend melancong ke Thailand menjadi-jadi manakala lokasi menarik domestik tidak dipandang sebenarnya banyak jawapan.

Di media sosial rata-rata berpendapat percutian domestik terlalu mahal terutama bagi mereka yang berkeluarga besar. Antaranya mereka membandingkan kos penginapan, pengangkutan dan aktiviti tertentu seperti di Pulau Langkawi didakwa sampai tahap mencekik darah.

Lebih tidak menggembirakan, pada musim cuti sekolah atau cuti umum, ketamakan peniaga menjadi-jadi sehingga ada yang mendakwa serik untuk mengulangi percutian dalam negara.

Sebaliknya pakej pelancongan di selatan Thailand menawarkan kadar `mesra’ sesuai dengan kumpulan pertengahan. Serata Thailand turut menjadi kegilaan kerana itu diibarat syurga makanan.

Sudahlah sedap, murah lagi. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja bagaimana rangkaian 7E di Thailand berganda beza dengan apa yang ditemui di Malaysia. Sebut sahaja apa dihajati, 7E di Thailand menawarkan banyak juadah dan kudapan dengan `harga mampu beli bukan harga mampu telan air liur’.

Melihat trend tersebut, tidak mustahil jika Thailand terus menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menikmati percutian.

Selain itu, janganlah dengki berlebihan dengan kumpulan melancong ke Thailand kerana kesannya kepada Ringgit tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan geng yang ulang-alik ke Eropah, Amerika Syarikat (AS) atau negara-negara Asia Barat.


https://www.utusan.com.my/commentary/apa-sangat-cuti-di-thailand-banding-ke-eropah-as/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit memasing, pegi jer melancong mana2 ikut kemampuan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 06:16 AM | Show all posts
Rakyat marhein melancong ke Thailand bising...tu si bekas Menteri Pelancongan tu yg dok ulang alik melencong ke Paris tu...tak pengaliran wang keluar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 29-9-2022 06:16 AM
Rakyat marhein melancong ke Thailand bising...tu si bekas Menteri Pelancongan tu yg dok ulang alik m ...

Siap stay sano bini  pakcik tuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hareeeesah at 29-9-2022 09:01 AM

Eh tertekan x habis komen.. Ikut la nk gi mana pun.. ada org x ske naik flight, ada org xske tempat sesak, iols suka holiday janji makanan senang cari & sedap  
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku stuju dgn petikan di atas..ko nk rkyat ko bercuti di negara sndr, sila telek dulu kelemahan ko banding dgn negara lain...melihat rkyat yg xkisah beratur panjang..jd rassnay masalah jam tuh bukan issue utama punggg
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 10:34 AM | Show all posts
last wiken gi pengkalan balak nak tgk apa best kat situ
walk in one of the resort kat situ
komen iols kau nak org dtg jaga la elok2 biar org dtg lagi

btw tgk kat review chalet ngok2 pun kau letak rege Rm150
chalet camtu kalau kat thailand dia letak 500 baht je smlm

so paham2 je la maksud iols tu camne  
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Hujung tahun ni teringin jgk g sane nk tgk ape yg best sgt tuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 12:02 PM | Show all posts
aku kalau tetiba teringin nak berkayak, caving, bedebush sungai mmg akan ke national park thailand je uols. murah, makan sedap, tempat cantik, accomodation best, tak crowded, convenient, guide sangat la baik.
bandingkan harga nak bayar package endau rompin cth nye. baik le aku ke siam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:03 PM | Show all posts
dulu sebelum covid almost every year pi hatyai food hunting n soping
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 29-9-2022 12:02 PM
aku kalau tetiba teringin nak berkayak, caving, bedebush sungai mmg akan ke national park thailand j ...

National park telen mana yg hang pi?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:13 PM | Show all posts
Edited by atira at 29-9-2022 12:38 PM

ceitt. pesal double post ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:15 PM | Show all posts
tips dari aku yg passport penuh cop thai.
ko cari accommodation area masjid, ko makan kat gerai2 sekeliling masjid. makan di tempat local makan.
tak kisah ceruk mana pon, ada je masjid kat siam tu. selatan thai, bangkok, utara mcm chiang mai, chiang rai tu bnyk je masjid.
Ni kalau pi hatnyai makan tempat2 tourist malaysia makan, aku dah try tak sedap mcm di gerai2 local..tmpt2 tourist malaysia ni, depa masak pon rasa mcm kedai siam kat malaysia buat hapa uols.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:29 PM | Show all posts
langkawi boring dah, tak berbaloi nak repeat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:37 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 29-9-2022 12:09 PM
National park telen mana yg hang pi?

ni yang aku  pernah pergi Khao Banthat Wildlife Sanctuary, Than Bok khorani National park, Doi Ithanon National Park, Khao Sok National Park.Jenuh google balik nama, susah nak ingat nama Siam ni. hahahah

Sejak PKP dah lama tak pi. Kene tunggu anak aku abis SPM boleh jelajah SIam semula.



Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 12:52 PM | Show all posts
aku yang kat melaka ni pon bosan gi klebang..rege sume pergi Haji balik hari..macam jibake
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 01:21 PM | Show all posts
aku skrg amalkan percutian mewah di dlm negara hah gitu... p overseas pun tiket mak ai mak aii.. baik spend 5 star kt negara sendiri.. agituuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg bitter sgt dgn Thailand ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 02:16 PM | Show all posts
Thread astro ka ni... rasa macam aku pernah komen ja

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah orang nak gi bercuti memana pun... lantak le.. duit sendiri kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2022 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.127456 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list