CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 707|Reply: 1

[Tempatan] BNM keluar syiling peringatan sempena ulang tahun Kilang Wang

  [Copy link]
Post time 28-9-2022 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia mengumumkan pengeluaran duit syiling

peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Kilang Wang yang ke-50. Kilang Wang yang ditubuhkan pada 10 Julai 1971 merupakan penempa rasmi duit syiling Malaysia.

Duit syiling peringatan ini boleh dibeli mulai hari ini, melalui https://duit.bnm.gov.my.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, sejak lima dekad lalu, Kilang Wang telah menempa syiling yang cantik dengan reka bentuk yang digemari rakyat Malaysia.

"Dengan bentuk dan rekaan tersendiri, duit syiling peringatan ini dikeluarkan bersempena dengan ulang tahun Kilang Wang yang ke-50 bagi meraikan warisan budaya negara dan pada masa sama mempamerkan kemahiran pengukir serta

teknologi Kilang Wang," katanya dalam kenyataan.

Duit syiling peringatan ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Duit Syiling Peringatan Tembaga (pruf) dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (BU).

Duit Syiling Peringatan Tembaga (pruf) diperbuat daripada logam tembaga dengan ketulenan 99.9 dan dikeluarkan dalam tiga bentuk iaitu Wau, Gasing dan Congkak, dengan berat 36.6 gram, 21.7 gram dan 22.8 gram setiap satu.

Nilai muka duit syiling ini ialah RM5 dan akan dijual pada harga RM220 sekeping.

Sejumlah 1,200 keping telah ditempa untuk setiap jenis.

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (BU) pula diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain, dengan berat 8.5 gram.

Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM13.20 sekeping.

Sejumlah 5,000 keping telah ditempa.

Duit syiling peringatan ini juga tersedia dalam bentuk Set 3 dalam 1 untuk

jualan.

Set ini berharga RM605 dan mengandungi sekeping duit syiling pruf

tembaga berbentuk Wau, Gasing dan Congkak dengan sejumlah 1,200 set tersedia untuk pembelian.


https://www.hmetro.com.my/bisnes/2022/09/886555/bnm-keluar-syiling-peringatan-sempena-ulang-tahun-kilang-wang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2022 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Design pun cantik…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2022 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.107547 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list