CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 682|Reply: 6

[Tempatan] Kami Mampu Melakukannya”, Tular Semula Ucapan Biden, Akan Hentikan Projek Nord Stream 2 Jika Rusia Serang Ukraine.AS sabotaj?

  [Copy link]
Post time 28-9-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 28-9-2022 02:27 PM



Hari ini, dua saluran paip yang menghantar bekalan gas Rusia ke beberapa negara Eropah, Nord Stream 1 dan 2 dilapor bocor. Sekurang-kurangnya tiga kebocoran dikesan setakat ini.

Dua kebocoran dikesan membabitkan saluran paip Nord Stream 1, masing-masing satu di kawasan perairan pentadbiran Sweden dan satu di Denmark. Manakala, satu kebocoran dikesan melibatkan Nord Stream 2 yang berada di kawasan Denmark.

Walaupun kedua-dua saluran paip, yang operasinya majoriti dikuasai oleh sebuah konsortium milik Gazprom milik Rusia, tidak beroperasi buat masa ini, namun ia masih mengandungi bekalan gas di dalamnya.

Memetik laporan AFP, pasukan penyiasat tidak menolak kemungkinan sabotaj sebagai punca kepada kejadian itu berlaku.

Terkini, satu video yang memaparkan ucapan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menjadi tular semula di media sosial, khususnya Twitter memandangkan dalam ucapan tersebut beliau menyentuh mengenai masa depan Nord Stream 2.

Video asal berkenaan dimuat naik oleh portal berita antarabangsa, ABC News pada 8 Februari lalu. Dalam video berkenaan, Biden berkata tiada masa depan buat projek paip berkenaan sekiranya Rusia nekad menyerang Ukraine, kerana pihaknya akan memastikan projek berkenaan tidak akan diteruskan.

“Sekiranya Rusia menyerang yang mana kereta kebal atau tenteranya menyeberangi sempadan Ukraine sekali lagi, maka tidak akan ada lagi Nord Stream 2. Kami akan menghentikannya,” kata Biden dalam sidang akhbar itu.

Beliau berkata demikian semasa mengalu-alukan kedatangan Canselor Jerman Olaf Scholz ke Rumah Putih pada Februari.

Ditanya mengenai bagaimana Amerika Syarikat mahu menamatkan projek tersebut memandangkan ia berada di bawah kawalan Jerman, Biden berkata mereka mampu melakukannya.

”Kami berjanji. Kami mampu melakukannya”, ujarnya.

Difahamkan, pada waktu itu Amerika Syarikat bersama sekutunya di Eropah, termasuk Jerman sedang berusaha selangkah demi selangkah untuk menghalang pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.


https://abcnews.go.com/Politics/biden-meet-german-chancellor-urge-united-front-amid/story?id=82712888

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 05:24 PM | Show all posts
musnahnya nord stream merugikan russia german dan europe
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 07:01 PM | Show all posts
us memang suka menyibuk aje kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 07:44 PM | Show all posts
Dah kenapa nak menyemak..?? EU kalau ikut peel Biden ni lg teruk la krisis kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:49 PM | Show all posts
US memang suka buat kacau tempat orang.
tempat dia aman2 jer takde risiko perang.

elok russia pakat dengan china, korea utara dan pakistan,
kasi nuke bandar2 utama di US,
konfem bangkrap US, takde lagi "the great Satan" buat kacau
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
US ni suka btol menyemak. Alasan nya nk menolong tp sbnrnya ada agenda laen. Semua presiden US takde beza.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan issue baru nord stream ini pernah kena sanc.... Europeans sekarang benak benak belaka banyak sangat di sumbat subsidi so rest of life akan bergantung dengan negara lain.... Sekarang hadap lah winter sejuk gedi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-11-2022 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.090393 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list