CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6906|Reply: 130

[Tempatan] Lelaki ini kiciwa 5 permohonon IPTA ditolak, Sebaliknya Dapat Tawaran Dari Universiti UK

  [Copy link]
Post time 28-9-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 28-9-2022 08:26 AM


Menurut pemuda ini, Universiti Awam tempatan masih menjadi pilihan utamanya untuk peringkat undegrad sebelum menyambung pengajian ke UK.

Semua pasti bersetuju kalau kami katakan kebanyakan individu yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi pasti akan menjadikan Universiti Awam (UA) atau dahulunya dipanggil sebagai IPTA sebagai pilihan utama mereka.

Terbaharu tular di Twitter satu perkongsian seorang graduan diploma tempatan yang meluahkan rasa kecewanya apabila permohonannya menerusi UPU bagi kemasukan sesi 2022/23 akan datang telah ditolak.

Namun apa yang mengejutkan ialah permohonan graduan dengan CGPA 3.95 ini menerusi sistem Universities and Colleges Admissions Service (UCAS) untuk ke universiti di United Kingdom pula diterima iaitu dari dua universiti terkenal.

Keputusan saya. UPU vs UCAS. Saya tak faham apa yang tak kena dengan UPU ini, tak dapat satu langsung pun?”

Menerusi ciapan sama, dia turut berkongsi tangkap layar tawaran yang diterimanya iaitu dari University Of Nottingham dan University Of Sheffield bagi jurusan Mechanical Engineering.

Kecewa 5 pilihan tak berjaya
Apa yang menyedihkan pemuda ini ialah kelima-lima permohonan universitinya telah ditolak.

“Sedih rasa, apa pun tak dapat. Tahu ramai pesaing tapi tak akan tiada satu pun?”

Sudah buat rayuan
Firdaus Lee ketika dihubungi bagaimanapun memaklumkan sudah membuat rayuan menerusi UPU agar kemasukannya ke UA tempatan diterima.

Jelasnya UA tempatan masih menjadi pilihan utama untuk melanjutkan pengajian peringkat undegrad sebelum menyambung pengajian ke UK.

“Saya tengah buat rayuan. Masih memohon untuk universiti yang sama. Sini (Malaysia) sahaja lah dulu. (Sambung) Masters nanti baru fikir ke UK,” katanya kepada BuzzKini.

Apa-apa pun kami doakan rayuannya dan semua yang gagal diterima pada intake pertama akan berjaya kelak.

Sumber twitwitter Firdaus Lee

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai masanya pemilihan pelajar ke Uni Awam (dan Uni luarnegara yg ditaja) dan kursus pilihan berdasarkan merit.  Berdasarkan pencapaian akademik dan penglibatan dlm aktiviti diperingkat sekolah dan mungkin adakan satu ujian IQ EQ dan interview (untuk kursus popular seperti perubatan)  tanpa mengira bangsa dan agama selagi mereka adalah warganegara
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah terlampau ramai pelajar pandai tp tempat terhad. So mmg kena ikut merit i.e result + koko + yg lain2 extra pencapaian. Biasanya budak2 non malay result bagus tp xder koko.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Memalukan betul la Malaysia ni. Nation building paling gagal di asia tenggara.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat malaysia pun ada university nottingham kat semenyih tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm peter parker dlm no way home la. Mmgla keputusan ko ditolak,tapi boleh je buat rayuan lagi. Instead of buat rayuan si peter ni terus mintak tolong  Dr Strange buat jampi sampai kacau bilau alam semesta. Ujung-ujung ape pun tak dpt. Len la kalau ko mintak rayuan pun tak dpt. Ntah2 ko pun diploma dari kolej shoplot mane ntah bayar lebih ngendeng2 lecturer dpt pointer tinggi gitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah satu kriteria nk masuk ikut upu ni berdasarkan background family jga.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 28-9-2022 08:56 AM
Salah satu kriteria nk masuk ikut upu ni berdasarkan background family jga.

Sekarang by merit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
diploma politeknik budak ini nk mohon masuk UM, memang xdptlah biasa budak poli smbg utem, unimap, ump, uthm gitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 28-9-2022 09:01 AM
Sekarang by merit

Yes ofkos merit utama
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 28-9-2022 08:47 AM
Dah terlampau ramai pelajar pandai tp tempat terhad. So mmg kena ikut merit i.e result + koko + yg l ...

Nasib baik cari kita ini ada our very own @koko2
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 28-9-2022 09:04 AM
Yes ofkos merit utama

Yg undertable?

Golongan yg kenal org iteww org ini?

Rasuah terpimpin?

Ahakzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 28-9-2022 08:56 AM
Salah satu kriteria nk masuk ikut upu ni berdasarkan background family jga.

Yg parents cerai berai ada advantage?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg  tak perlu mohon....tapi head hunt by universities local and oberseas?

Ahakzzzz...

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat overseas memang ler boleh dpt sbb ada quota utk foreign students. Cuma mahal ler fees and cost of living semua.. Unless ada scholarship.or.mak.pak bayar
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemasukan ke IPTA walau GCPA meletop tetap nak tengok result SPM. If SPM so so mmg lambat nak dapat kemana mana IPTA.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia diploma dari mana? Apply ipta mana? Koko apa?
Hat oberc mmg akan bg sbb deme nak duit.. kalau berduit tu, pi je la oberc.. best woo jjcm oberc..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemampuan gaji parents tinggi pun..upu tgk gak. Yg gaji tinggi boleh tanggung anak bljr overseas. Ldg even result bagus, tapi mmg kayangan tak dpt la gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 28-9-2022 08:36 AM
Sampai masanya pemilihan pelajar ke Uni Awam (dan Uni luarnegara yg ditaja) dan kursus pilihan berda ...

Bila budak2 skrg ni viral tak puas hati pasal result academic deyols ramai juga yg tak viralkan sekali result co-curricular. Sedangkan formula upu ni basically ambil keseluruhan. Kalau excellence dlm academic tp nan hado dlm co-curriculum, opkos le kene rank bawah2. Yg ikut komen dlm post deyols pun satu hal, bukan tahu apa2, membabi buta kata unfair and play the race-card. Asal nak kutuk org ke keje. Ni yg iols perhati kat group fb swk public feedback lh, ramai chinkies yg dah migrate kutuk pasal whats happening in msia dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni kan merit..ko 3.95 yg lain berderet 4 flat camne dek..nak plak um..um tu semua student dr malaysia aim tempat kat situ.anak my cousin lepaskan asasi medic kat situ ambik tajaan ke universiti swasta....terpaling ye kat situ kena compete dtn stodent cerdik semalaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2022 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.235770 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list