CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 742|Reply: 8

[Tempatan] Amaran angin kencang, laut bergelora dan tidak sesuai untuk bot-bot kecil

  [Copy link]
Post time 27-9-2022 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan beberapa negeri yang diramalkan bermula 28 September sehingga 1 Oktober ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, angin kencang barat daya berkelajuan 40 sehingga 50 kilometer sejam (Kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang bermula 28 September hingga 1 Oktober ini.

Manakala, angin kencang barat daya berkelajuan 40 sehingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter pula dijangka di kawasan perairan Sabah Barat dan Labuan • Sabah Timur sehingga 30 September 2022.

“Angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket • Selat Melaka Utara dari 28 September sehingga 1 Oktober 2022.

“Angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan selatan Condore • selatan Reef North • Labuan • Sulu sehingga 30 September 2022.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata kenyataan itu hari ini.

MetMalaysia seterusnya mengeluarkan amaran angin kencang barat daya berkelajuan 50 sehingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan utara Condore • utara Reef North • Layang-Layang • Palawan sehingga 30 September 2022.

Kata MetMalaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2022/09/26/amaran-angin-kencang-laut-bergelora/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2022 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Samui dan Tioman takde warning?


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Namun kami redah....kami redah jua....WE WANT PRU15 NOW....!!!!!!

Zaid Komedi
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Malam td hujan lebartssss
Patut sejukkk je
Jom sarapppp
Br pas htr anak skolah neh
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak lebat tadi malam
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 07:28 AM | Show all posts
dari 26/9 ribut hari ini baru keluar amaran??? betul betul Sabah ini anak tiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 08:28 AM | Show all posts
pagi ni pkl 2.30 pg hujan dr rintik2 terus lebat selebat2nya
ms subuh tu msh dgr bunyi air hujan lg
alhamdulillah time nk hantar anak hujan dah reda
air kt parit dan longkang okay2 aje sbb biasanya klu hujan lebat camtu dan berterusan air mmg dah naik
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mlm td tgh tido hujan lebat gila..takut pun ye bimbang ada tempat naik air hopefully semua ok. Pg ni mendung pastu jln jem giler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2022 08:49 AM | Show all posts
Skrg ni tiap2 malam hujan.
Beringatla semua.
Mana2 document penting letak di tempat tinggi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-11-2022 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.114052 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list