CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1849|Reply: 30

[Tempatan] Lagi untung kalau maid Indon 'rajin lari'! Kerja beberapa hari boleh dapat RM7 ribu share dengan agensi tidak berdaftar

  [Copy link]
Post time 23-9-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Kos sehingga RM15,000 untuk pembantu rumah!

Sebanyak itulah yang perlu disediakan jika ada sesiapa di negara ini yang mahu mengambil pembantu rumah atau amah sehinggakan ramai yang terpaksa memilih ejen tidak berdaftar kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, faktor harga tinggi mendorong sindiket pemerdagangan orang bertindak liar dan rakus dengan kegiatan 'menjual pembantu rumah'.

"Mereka ini (ejen tidak sah) bersekongkol dengan pembantu rumah untuk menipu majikan yang terdesak mahukan pembantu rumah dengan keuntungan dikongsi bersama. Kebiasaan kos yang diambil oleh agensi swasta tidak berdaftar ini sekitar RM7,000.

Bayangkan jika dalam sebulan, pembantu rumah yang sama ini boleh menipu dan melarikan diri selepas berkhidmat beberapa hari di tiga rumah majikan yang berbeza, mereka sudah memperoleh RM21,000," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.


Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata atas faktor itu, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia perlu menimbangkan langkah untuk penurunan kos dalam menangani isu ditipu ejen berhubung khidmat pembantu rumah.

"Keperluan terhadap pembantu rumah sangat mendesak ketika ini ditambah rata-rata pasangan suami isteri di Malaysia bekerja. Dengan kos yang mahal (RM15,000) mana ada yang mampu untuk bayar dan tiada jaminan pun pembantu rumah ini tidak lari walau selepas bayaran dibuat.

"Ada kes yang kerja tiga bulan, empat bulan, kemudian lari juga. Atas sebab itu ramai orang memilih untuk tidak mengambil pembantu rumah menerusi agensi pekerja asing yang berlesen di bawah Kementerian Sumber Manusia dan kedutaan," katanya.

Beliau menambah, kementerian berkenaan perlu mengadakan perbincangan untuk mengurangkan kos pengambilan pembantu rumah dengan harga yang lebih sesuai bagi menggalakkan pemilihan serta pengambilan pembantu rumah daripada agensi yang berdaftar.

Dari aspek penguatkuasaan pula, beliau berpandangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) boleh melaksanakan satu sistem penandaan bagi mengesan amah yang melarikan diri.

"Apabila pembantu rumah lari, kita tidak tahu hendak cari di mana. Saya cadangkan perlu ada aplikasi seperti MySejahtera untuk mengesan pekerja asing ini di mana lokasi mereka. Jika dia lari ke mana-mana, perlu ada satu kaedah untuk mengesan di mana mereka lari supaya mereka yang lari daripada majikan (majikan yang tidak mempunyai apa-apa kesalahan menindas, menzalimi) ini dikenakan tindakan," katanya.

Menurut beliau, kaedah senarai hitam tidak berapa berkesan kerana ada pekerja asing yang tidak mempedulikan perkara ini dan tetap menetap di negara ini, terus bekerja di sini sehingga tempoh enam tahun, kemudian pulang ke negara asal selepas membayar kompaun.

Bagi mengatasi pekerja asing yang melarikan diri tanpa alasan yang munasabah, Hishamuddin berkata, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang ketat di samping memberi amaran keras kepada mereka.

Masih isu pembantu rumah lari, beliau berkata, ianya berlaku kerana ada yang mengambil kesempatan masuk ke negara ini untuk bekerja sebagai pembantu rumah kerana ini cara paling mudah untuk mendapat permit kerja.

"Pekerja asing ini masuk sebagai pembantu rumah kerana untuk memudahkan mereka memperoleh visa dan permit pekerjaan. Apabila sudah dapat permit kerja sebagai pembantu rumah, amah ini kemudian lari kerana tidak mahu duduk di rumah orang kerana mahukan kebebasan dengan bekerja di sektor lain seperti tukang cuci, pekerja salon dan restoran.

"Tetapi visa mereka bukan sebagai kerja yang sedang mereka lakukan. Mereka ini menyalahgunakan permit kerja kerana bidang paling mudah mendapat pas pekerjaan ialah menerusi kerja sebagai pembantu rumah," katanya dengan menambah, pekerja asing perlu diberi amaran keras bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menukar kerjaya lain kerana ia melanggar peraturan di bawah Seksyen 39B Akta Imigresen iaitu menyalahgunakan permit.

Hishamuddin menjelaskan, pembantu rumah yang mahu menukar pekerjaan mereka, contoh sebagai tukang cuci perlu pulang dan membatalkan dahulu pas atau permit dan kemudian membuat permohonan baharu untuk pekerjaan baharu.

"Majikan yang tertipu dengan pekerja melarikan diri ini membuat aduan dengan JIM untuk membatalkan pas pekerja dan disenaraihitamkan," katanya.

Jenayah pemerdagangan orang tidak boleh dipandang ringan kerana ia adalah jenayah yang ketiga tertinggi di dunia selepas pengedaran dadah serta penyeludupan senjata api.

Pemerdagangan orang meliputi pelbagai aspek dan cara tindakan termasuk dalam sindiket penjualan pembantu rumah, ia tergolong dalam kelompok dagang manusia.

Menjelaskan perihal trend berkenaan, Deputi Superintendan Alif Charles Belon, Ketua Pasukan Petugas Khas Pejabat Strategik Nasional (NSO), Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Mapo) berkata, jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran adalah jenayah yang berbentuk 'oportunis' dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak mengira warganegara termasuk Malaysia.

Menurut beliau, permintaan untuk khidmat pembantu rumah kembali meningkat terutama pada peringkat awal pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Bekalan pembantu rumah yang rendah mengundang individu yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan dan menawarkan pembantu rumah yang tidak diuruskan dengan teratur pengambilannya," katanya.

Memberikan contoh, Alif Charles berkata, ada pendatang asing tanpa izin yang terkandas di negara ini semasa pandemik Covid-19 ditawarkan oleh individu atau ejen untuk bekerja sebagai pembantu rumah tanpa menjalani latihan asas.

"Apabila pembantu rumah berkenaan tidak dapat melaksanakan tugas, agensi sepatutnya menggantikan dengan yang lain. Dalam masa sama, majikan sudah membuat bayaran tetapi pembantu rumah tidak diganti menyebabkan majikan berasa tertipu. Disebabkan permintaan tinggi, pihak agensi akan menjual pembantu rumah yang tidak dapat bekerja dengan baik itu kepada majikan lain," katanya.

Menyifatkan jenayah pemerdagangan orang sebagai satu bentuk perhambaan moden, Alif Charles berkata, apa yang berlaku di Malaysia ini juga berleluasa di peringkat global.

Menurut beliau, modus operandi yang digunakan dalam pemerdagangan manusia ini bersifat unik dan dinamik serta boleh berlaku kepada semua lapisan peringkat tidak kira jantina, umur, status kewarganegaraan sama ada dalam negara atau merentasi sempadan negara.

"Pemerdagangan orang merangkumi aspek eksploitasi seks, eksploitasi kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan, pengabdian, aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk pemindahan organ manusia," katanya.

Dalam konteks penjualan pembantu rumah, beliau berkata jenayah melibatkan pembantu rumah tertakluk di bawah ekskploitasi kerja atau perkhidmatan paksa.

Mengikut statistik Mapo, sebanyak 252 kes melibatkan eksploitasi kerja paksa dilaporkan dari tahun 2019 hingga Jun 2022 sementara untuk ekspoitasi seks dalam tempoh yang sama sebanyak 346 kes.

Alif Charles menegaskan, kegiatan ini dilihat akan berterusan kerana masih ramai yang tidak melaporkan kepada pihak berkuasa setelah menjadi mangsa atas alasan takut di samping masih terdapat masyarakat yang tidak mempunyai pengetahuan berkaitan jenayah pemerdagangan orang dan mereka (mangsa) dinafikan hak secara tidak langsung.

"Masih ada mangsa yang enggan tampil menyalurkan maklumat kerana kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai permit/dokumen yang sah dan takut ditangkap oleh agensi penguatkuasaan," katanya.

Dalam kes di Malaysia, beliau berkata, majoriti mangsa pemerdagangan manusia terdiri daripada warga asing yang bekerja dalam pelbagai sektor ekonomi dan dieksploitasi oleh majikan yang antaranya menahan pasport serta tidak membenarkan cuti rehat atau cuti sakit.

"Selain itu, keterikatan hutang, penderaan fizikal, tempoh bekerja melebihi masa yang ditetapkan dan tidak dibayar elaun lebih masa serta tidak dibayar gaji juga dikira eksploitasi," katanya.

"Dalam hal ini, pihak berkuasa yang terlibat dengan pengambilan pembantu rumah perlu memastikan agar tiada elemen pemerdagangan orang yang berlaku sama ada di peringkat majikan sendiri mahupun di peringkat rantaian bekalan," katanya.

Dalam usaha memerangi jenayah pemerdagangan orang, kerajaan, menurut Alif Charles melakukan pelbagai usaha termasuk menerusi Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Akta berkenaan mula dikuatkuasa pada 2008 dan dipinda sebanyak tiga kali iaitu pada 2010, 2015 dan 2021 bagi memperkukuhkan kerangka perundangannya serta menerapkan pendekatan berpaksikan mangsa.

Pindaan dalam Akta Atipsom 2007 iaitu Akta A1644 (sebelum itu dikenali Akta 670) mendapat perkenan diraja pada 19 Januari 2022, diwartakan pada 25 Januari 2022 dan dikuatkuasakan pada 25 Februari 2022. Ia meliputi 17 peruntukan yang dipinda dengan penambahbaikan membabitkan pindaan kepada tafsiran pemerdagangan orang dan pemansuhan tafsiran paksaan, peningkatan hukuman penjara dan pengenaan hukuman sebatan dan peruntukan kesalahan yang lebih berat termasuk membabitkan penjawat awam.

"Selain itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (NAPTIP 3.0) pada 31 Mac 2021. NAPTIP 3.0 pada asasnya kesinambungan NAPTIP 2010-2015 dan NAPTIP 2016-2020 yang dibangunkan bagi menentukan hala tuju strategik nasional dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang di Malaysia," jelasnya.

Selain itu, Mapo juga menjalinkan hubungan strategik bagi memastikan keberkesanan usaha yang dijalankan iaitu sesi libat urus dengan pelbagai pihak seperti NGO, perwakilan diplomatik asing, organisasi antarabangsa dan ahli akademik di peringkat domestik serta luar negara.

Dalam usaha menangani kegiatan sindiket dagang manusia melalui taktik jual amah yang dilihat semakin menjadi-jadi ketika ini, Mapo mengharapkan semua pihak termasuk NGO komited melaksanakan inisiatif yang signifikan serta praktikal.

"Semua pihak perlu giatkan usaha dan bersatu hati serta memberikan laporan negara yang pragmatik untuk membantu meningkatkan penarafan Malaysia pada masa akan datang.

"Pada peringkat global, Malaysia dinilai berada pada Tahap 3 dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagangan orang pada tahun ini.

"Penilaian ini berada pada tahap paling rendah dan secara tidak langsung memberi kesan kepada imej serta ekonomi negara," katanya.

Menurut beliau, semua lapisan masyarakat di negara ini perlu memberi perhatian serius kepada isu pemerdagangan orang kerana ia akan memberi impak negatif kepada perjalanan usaha yang dirancang oleh kerajaan.

Beliau juga berharap agar majikan sama ada individu atau syarikat untuk lebih bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja.

"Memastikan pekerja mereka didaftarkan dan memiliki pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang sah serta dibayar gaji yang menepati perintah gaji minimum serta mematuhi undang-undang dan dasar perburuhan negara. Ini termasuklah kes melibatkan pembantu rumah asing," katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2022/09/884717/lagi-untung-kalau-rajin-lari

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Comments

Bagus Highflyer. Thread lengkap seperti ini yang kita mahukan. Tahniah! Tacang extra untuk anda.  Post time 23-9-2022 04:07 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2022 02:27 PM | Show all posts
jahatnya..baru2 ni aku setel satu kes ikutkan ejen caj 4k/head tapi tolong kawan sesambil buat keje kt imi sana.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi ke org nk ambik maid ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku la salah sorg kne tpu tu. Ada lg balance rm8k blm dpt ni. Hangin betul. Tiap2 bln minta mcm pengemis. Semoga dorg semua melingkup sbb susahkan aku
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak kecewa bukan friska yang buka benang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 04:55 PM | Show all posts
orgsepang replied at 23-9-2022 04:08 PM
Akak kecewa bukan friska yang buka benang ni.

friska mana verani nak bukak benang mcm nih... hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Papa tersenyum kambeng massam:lol
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 08:11 PM | Show all posts
Betul lah tu. Mmg modus operandi ejen tak berdaftar ni.. kerja kejap dah lari.. silap2 bwk lari barang2 sekali. Repot polis pun susah sbb nnt kne cass ambik pekerja takda visa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 23-9-2022 03:27 PM
Aku la salah sorg kne tpu tu. Ada lg balance rm8k blm dpt ni. Hangin betul. Tiap2 bln minta mcm peng ...

Buleh refund ke? Bukan ke once maid dah lari. Agen dah takda kaitan lagi. Sebab tu banyak Indon lari sukati dengan drama macam2. Ini semua memang dah rancang. Datang sini take advantage nak bebas cara free tapi dah dibayar majikan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 23-9-2022 08:48 PM
Buleh refund ke? Bukan ke once maid dah lari. Agen dah takda kaitan lagi. Sebab tu banyak Indon la ...

Iols dh dpt rm7k. Balance 8k blm dpt. ikut ejen kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 23-9-2022 03:27 PM
Aku la salah sorg kne tpu tu. Ada lg balance rm8k blm dpt ni. Hangin betul. Tiap2 bln minta mcm peng ...

Eh same la.. keje ngam2 3 bln lps tu blah. Ikut perjanjian after 3 months maid blah x dpt ganti. Maid tu mmg pemalas mcm ank babi. Die lap meja mcm x sentuh surface. Mcm sentuh angin je. Lembab plk tu, kuat lagi aku basuh panties lace aku. Dah tu tuduh pekebun aku rogol die. Buat selidik rupe nya bukan kene rogol tp die kl nk g masak tu g dapur pekebun tu dgn baju yg nipis2. Ko rase yg kene masak puki die ke nasi?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berkat hidup buat macam tu.


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Percaya ke dengan agensi
Padahal dorang yang suruh maid lari
Ingat maid tu kenal ke donia luar
Tiber hilang macam tu aje
Siap ghaib mana pergi

Pusing2 sama aje
Lain kali tengok cite Orang Gaji arwah Azean
Ekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 01:19 AM | Show all posts
orgsepang replied at 23-9-2022 04:08 PM
Akak kecewa bukan friska yang buka benang ni.

X mungkin dia nk buka
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku punya prinsip, takkan gajikan foreigner, tak kira lah bangsa apa.. bangla ke indon ke..

Tak pernah amek maid indon.. tp biasanya weols amek maid locals la masa arwah mak maseh hidup.. untuk teman & jaga mak je from 8 am- 6 pm, tak buat keje rumah sgt...

Anak aku plak mmg hantar preschool /daycare je masa kecik..

Never had stay in maid sbb aku simply appreciate privacy dan aku takmo menambah populasi pendatang
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 23-9-2022 04:55 PM
friska mana verani nak bukak benang mcm nih... hahahah

See her level ler utk bukak tred seperti ini, level bibik macam ko tonot....

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2022 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Do our neighbour especially spore experience this same pressing isu? jika tidak...apakeww langkah langkah serta policy yg mereka ada dan kuatkuasakheun utk boleh kita pelajari?

Atau isu ini hanya unique utk negara kita saja? Unique utk kepimpinan haramjadah yg kita ada? Rakyat sengsara?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
ahhhhhhhh replied at 23-9-2022 10:19 PM
Eh same la.. keje ngam2 3 bln lps tu blah. Ikut perjanjian after 3 months maid blah x dpt ganti. M ...

Aku punyet sehari je. Sadis betul   lepas tu penuh hp dia gmbr lucah dia dok berponsek dgn jantan. Eh slmt dia blah tp pulgkan blik duit aku. Indon brengsek
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 03:56 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 24-9-2022 03:31 AM
Aku punyet sehari je. Sadis betul   lepas tu penuh hp dia gmbr lucah dia dok berponsek dgn ja ...

Bibik lucah utk majikan cabul....

TUHAN iteww adil....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2022 04:08 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 23-9-2022 02:27 PM
jahatnya..baru2 ni aku setel satu kes ikutkan ejen caj 4k/head tapi tolong kawan sesambil buat keje  ...

Adakeww satu ujian,nikmat,hikmah atau musibah bagi manusia yg kudratnya begiteww besar utk tolong settlekheun masalah org lain...sedangkheun masalah rumahtangga sendiri fail..kebobrakhen ..? tanya anak jiran aku yg 3 tahun..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.128117 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list