CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11951|Reply: 228

[Tempatan] Nak sangat wajah putik melepak, terimalah akibatnya...

  [Copy link]
Post time 18-9-2022 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


BANYAK produk kosmetik memancing pengguna dengan memberi jaminan pencerahan kulit muka segera, misalnya 'putih melepak' dan kulit tampil berseri seawal tiga hari penggunaannya.

Disebabkan terlalu ghairah untuk kelihatan cantik dan cerah dalam masa singkat, ramai pengguna khususnya wanita terpedaya, malah ada tidak ambil pusing mengenai bahaya penggunaan kosmetik mengandungi bahan terlarang terutama merkuri dan hidrokuinon.

Profesor Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Lai Oi Ming, berkata merkuri atau turut dikenali sebagai raksa adalah antara bahan terlarang kerap digunakan dalam produk kosmetik.

Jelasnya, merkuri adalah logam berat yang boleh didapati sama ada dalam bentuk organik atau bukan organik.

"Merkuri ini sangat toksik, ia tak dibenarkan langsung dalam produk kosmetik kecuali dalam situasi tertentu. Misalnya, merkuri daripada sumber organik, thimerosal digunakan sebagai bahan pengawet untuk produk ubat titis mata.

"Bagaimanapun, biasanya di negara seperti Afrika dan Asia Tenggara, ramai wanita merasakan lebih cantik jika kulit muka mereka lebih cerah, jadi mereka akan pilih produk yang ada ejen pemutih.

"Merkuri ini bila disapu ke permukaan wajah, ia boleh merencatkan pembentukan melanin, sekali gus menjadikan kulit kelihatan lebih cerah," katanya.


Merkuri boleh menggantikan kuprum yang diperlukan dalam aktiviti enzim tirosinase dan menyebabkan kesan pencerahan pada kulit.

Merkuri mudaratkan kesihatan

Dr Oi Ming berkata, penggunaan produk pencerah mengandungi merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana sifatnya yang meresap terus ke dalam kulit dan cara pengeluarannya menggunakan terapi pengkelat (chelation therapy).

"Perlu ingat, merkuri adalah logam berat, jadi ia akan berada terus di dalam badan, misalnya pada rambut dan kuku. Krim pemutih jika digunakan selama bertahun, kesannya, kandungan merkuri dalam badan akan bertambah.

"Jangka masa untuk mendapat komplikasi penyakit serius pula bergantung kepada faktor tertentu, salah satunya jika dos merkuri dimasukkan dalam produk itu tinggi dan berapa lama ia digunakan.

"Contohnya, walaupun krim pemutih itu baru digunakan tetapi dos merkurinya tinggi akan nampak sedikit kesan pada kadar segera. Misalnya, ada perubahan tona muka, ruam dan parut," katanya.

Kegagalan buah pinggang, berisiko maut

Justeru, pengguna perlu lebih peka, jika produk digunakan memberi kesan terlalu cepat dan berkesan, besar kemungkinan ia mengandungi bahan terlarang seperti merkuri.

"Jika kandungan merkuri dalam badan sangat tinggi, ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, sistem saraf dan juga boleh membawa maut.

"Komplikasi paling kerap adalah kegagalan buah pinggang kerana bahan terlarang ini akan berkumpul di bahagian itu, selain kerosakan sistem saraf.

"Kalau lihat ada simptom seperti tangan bergetar, cepat lupa, mudah marah, tangan atau kaki kebas dan psikosis…ini juga antara tanda memang ada ketoksikan merkuri," katanya

Buat pemeriksaan darah

Bagi pengguna yang menggunakan produk sedemikian, beliau berkata, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan bagi mengenal pasti tahap merkuri dalam badan.

"Perlu jumpa doktor dan hentikan terus menggunakan produk berkenaan. Ada kajian menunjukkan, pengguna yang berhenti (guna produk) boleh sembuh semula jika buah pinggangnya tidak mengalami kerosakan serius.

"Disarankan mereka buat pemeriksaan darah dan air kencing untuk lihat kandungan merkuri di dalamnya. Jika keputusannya adalah tinggi, sahlah ia kesan daripada produk dipakai," katanya.

Bahan hidrokuinon

Beliau turut menyentuh bahaya penggunaan satu lagi bahan aktif yang sering digunakan dalam produk kosmetik, iaitu hidrokuinon.

"Hidrokuinon juga mempunyai fungsi hampir sama iaitu boleh mencerahkan kulit, walaupun merkuri sebenarnya lebih berbahaya.

"Memang ada produk yang menggunakan bahan ini, tetapi ia hanya boleh dimasukkan dalam jumlah tertentu mengikut nasihat doktor. Bagaimanapun, sememangnya ada produk mengandungi hidrokuinon dalam dos tinggi, kesan pada peringkat awal nampak semakin cerah, namun disebabkan (dos) berlebihan akan bertambah pula pigmentasinya," katanya.

Oleh itu, pengguna khususnya wanita supaya lebih berwaspada ketika memilih produk kecantikan supaya tidak berdepan risiko kesihatan di kemudian hari.

"Jarang pengusaha (kosmetik) memasukkan label jika mengandungi merkuri, ini taktik biasa bagi jualan produk terlarang. Jadi saya sarankan jika nak beli sesuatu produk, carilah daripada jenama yang dipercayai.

"Boleh semak melalui sistem Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pencarian produk berdaftar." katanya.

Vitamin C dan B3 untuk cerahkan kulit

Sebagai langkah alternatif, gunakanlah produk mengandungi bahan seperti vitamin C dan vitamin B3, ia lebih selamat untuk cerahkan kulit dan kurangkan pigmentasi.

"Produk semula jadi juga tidak memberikan kesan sepantas produk mengandungi merkuri," katanya.

Bahaya merkuri dalam produk kosmetik

1. Boleh diserap masuk ke dalam badan

2. Menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf

3. Mengganggu perkembangan otak anak kecil

4. Mengganggu otak bayi belum dilahirkan

5. Menyebabkan ruam

6. Iritasi dan perubahan lain pada kulit

* Semak status notifikasi produk kosmetik sebelum beli.

* Laman web www.npra.gov.my

* Aplikasi 'NPRA Product Status' (muat turun Google Play Store,

Apple App Store dan Huawei Appallery).

*Sumber Kementerian Kesihatan*


https://www.bharian.com.my/wanita/rias/2022/09/1001609/nak-sangat-wajah-putik-melepak-terimalah-akibatnya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2022 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
"Contohnya, walaupun krim pemutih itu baru digunakan tetapi dos merkurinya tinggi akan nampak sedikit kesan pada kadar segera. Misalnya, ada perubahan tona muka, ruam dan parut," katanya.


Maksudnya kalau guna akan hilangkan ruam dan parut muka ke apa ke akan timbulkan parut dan ruam?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg inject² nk putih tu ramsi jugak terpesonaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn2 Ku pun ramai pakai krim pemutih. Inject mcm2 kat kulit.. siap amik drip vitamin.. harap X jadi zombie lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2022 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Fair & Lovely kan ada…
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Classmate iols masa form 2.dolu..india..
Berbotol2 fair n lovely dok pakai...
Pastu tanya iols.mcmana.nak.putih..
Masa tu iols pakai.sabun susu kambing je..
Dia.pung pakai jugak...
Sabo.jelah
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
cakciboojaki replied at 18-9-2022 10:28 AM
Kwn2 Ku pun ramai pakai krim pemutih. Inject mcm2 kat kulit.. siap amik drip vitamin.. harap X jadi  ...

Iols buat jugak, tapi takde la jadi zombie.. putih pun tak sbb maleh pakai sunscreen..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 11:44 AM | Show all posts
produk dri china selamat ke ea? tpi bukan utk muka tpi utk kulit dan bahagian intim..aku tgok rmai yg beli buat review kat shopee ckp berkesan dlm 3 hari dah ade kesan..kat ketiak hitam lah,puting payudara lah, kat bahagian intim lahh.. kwan aku gigih nak beli mse sale shopee aritu..xtye plak testimoni dri die..sbb  die ckp produk china kan msti selamattt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2022 11:51 AM | Show all posts
gang gang timbang kilo mana nak salahkan punca dari product derang, derang cakap ko kurang minum air je
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa susah guna je 4000 lapis filter bak kata sorg poremer itu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya lah..benda ni ada bahan merkuri yg tinggi sapu ke muka mmng akan berkesan cpt tapi kesan dia memakan sel2 kulit dalam yg akan mengakibatkan kerosakan kekal kulit muka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 12:48 PM | Show all posts
Mana yang teringin nak melepak tu, korang dm je yenna yazman. Sheol pasti bagitahu macam mana nak putih seperti kain kapan itu. Sheol  cakap gi ngadap mak sheol, bawak air sebaldi dengan limau nipis sekilo. Dah putih, selpi sekali kat ig, make sure pakai baju kuning...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 12:49 PM | Show all posts
shernazz replied at 18-9-2022 11:26 AM
Classmate iols masa form 2.dolu..india..
Berbotol2 fair n lovely dok pakai...
Pastu tanya iols.mcman ...

Ahhahah hadoii
Dari dia pikir pasal kukit putih baik seksikan badan kee sure ramai aneyy mau.


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu cuci cuci mandi mandi kencing kecing barang merkuri bahan kimia masuk sistem kumbahan masuk kumpulan sampah masuk sungai masuk laut ikan lahap sayur lahap ayam lahap
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 02:00 PM | Show all posts
Koser la timbangkilo
Lg2 retis and influenza jual/promote

Pi la cucuk kt doctor yg legit
Jadi je tp tulah poket mau2 tebal la sbb kene consistent and nk maintain
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 18-9-2022 12:49 PM
Ahhahah hadoii
Dari dia pikir pasal kukit putih baik seksikan badan kee sure ramai aneyy mau.


Hahha
Dedolu masa iols kat skola..popular brand babyface tu...
Naseb dia tak.guna tau....tp safi cream.tu  ertepek2 dia pakai pergi skola...

Dia cantik la dalam india2 yang lain cuma dia tak suka kulit dia gelap...
Iols cko.kat.dia..ko igt kau karisma kapoor ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentaliti putih tu cantik yg buat org jadi gila nak putih. Kena banyakkan iklan org kulit pelbagai tona. All types of skins are equally beautiful.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah la kaler ape pun yg penting bersih. Ni harap putih je tapi pengotor nak mandi pun malas nk buat ape
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 02:15 PM | Show all posts
shernazz replied at 18-9-2022 11:26 AM
Classmate iols masa form 2.dolu..india..
Berbotol2 fair n lovely dok pakai...
Pastu tanya iols.mcman ...

sedih pula baca... tp harap dia dah faham sekarang.


kalau banyak duit boleh jugak jadik putih mcm michael jackson tetapi tu lah kesan sampingan rawatan tu bahaya mcm mana kena tanggunglah pulak

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 03:03 PM | Show all posts
nasib baik aku tak minat nak putih2 ni

Geli kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2022 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.144267 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list