CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39522|Reply: 517

Ejen Produk Kosmetik Dilarikan Tiga Lelaki Berpistol Di Tumpat, Diheret Keluar Rumah Depan Bapa Dan Anak

  [Copy link]
Post time 14-9-2022 03:44 PM | Show all posts |Read mode
Tumpat: Wanita yang juga ejen jualan kosmetik dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini, petang semalam.


Mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilarikan tiga lelaki tidak dikenali pada 4.10 petang dengan menaiki Toyota Vios.


Menurut warisnya yang enggan dikenali, tiga lelaki itu datang ke rumah mangsa sebelum seorang daripada mereka mengetuk pintu dan memberi salam lalu dibuka oleh mangsa.


Foto: Harian Metro




"Lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi dan dia mengiyakannya sebelum terus mengheretnya keluar untuk dimasukkan dalam kereta.


"Tiga lelaki itu turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang berada dalam rumah selain mengugut akan mengapa-apakan mereka jika membuat sebarang tindakan.


"Bapa mangsa yang melihat Azi diheret masuk ke dalam kereta cuba untuk menyelamatkannya, namun seorang daripada lelaki itu mengacukan sebilah pisau rambo menyebabkan warga emas itu berundur dan hanya melihat mangsa dilarikan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.


Menurutnya, pihaknya menerima maklumat bahawa Azi dibawa ke arah Pengkalan Kubor iaitu kawasan sempadan negara menyebabkan suami mangsa bergegas ke lokasi, namun mangsa gagal ditemukan.


Katanya, terdapat saksi yang juga penduduk setempat mendakwa melihat seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju ke negara jiran, manakala Toyota Vios yang dinaiki turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.


"Suami mangsa juga turut menjejakinya hingga ke negara jiran dan masih belum pulang sehingga ke hari ini.


"Apa yang kami tahu Azi tidak mempunyai musuh dan sehingga kini kami tidak menerima panggilan yang meminta wang tebusan... tapi tidak pastilah jika ada yang tidak berpuas hati dengannya sepanjang dia menjalankan perniagaan kosmetik.


"Ibu bapanya masih terkejut dan bersedih dengan kejadian ini dan pada masa sama kami turut membuat solat hajat selain berdoa agar Azi segera ditemukan dengan selamat," katanya.


Terdahulu, tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dari kediaman mangsa yang berdurasi dua minit 51 saat memaparkan kejadian itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.


Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dibuat dan turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 04:00 PM | Show all posts
Video CCTV di rumah mangsa ketika kejadian berlaku:



Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:13 PM | Show all posts
haaaa main culik2 pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow mcm vvip dah siap main pistol bagai
Beli kt siye lettuw
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Skerinya..udah mcm negara koboi
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:20 PM | Show all posts
jangan ada plot twist sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
takutnya, jenis rumah pagar tak kunci ke tu senang je org masuk sampai muka pintu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga cepat diselamatlan...apa kesnya Hutang, duit tebusan, dendam, atau cinta 3 segi...yg mana?  Jenayah random tak mungkin sbb tanya nama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 04:23 PM | Show all posts
amatur nie....nk ttp pintu kete pun byk kali...

btw moga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:28 PM | Show all posts
ada buat live tayang-tayang barang emas & duit kepuk kepuk ke tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:30 PM | Show all posts
aduduu...
semoga ditemui segera dlm keadaan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ghisauu la tgk mangsa kena seret masuk dlm kete
Moga selamat ditemui
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:35 PM | Show all posts
jenayah terancang
saspek dan mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kalau betul.. naya eh. Nekad sungguh penculik tu. Kelate ker.. teringat pulak i n husband kena tipu dgn org kelantan berkopiah satu keturunan.. puii.. mmg jenis perut hijau. Hati kering. Jangan dikerat atau dibunuh mangsa sudah la yer.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani betul penjenayah skrg. Siang2 buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 04:44 PM | Show all posts
Akak peliklah orang yang buat jenayah begitu pada hari raya aidilfitri apakah yang dia lalukan?
adakah dia pura2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnye..bwk lari ke Siam buat ape..nk ambik organ dan jual ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Wtff!! Kalah citer pokya congcodei....harap selamatlah hendaknya....takut mangsa ada berhutang dgn geng mafia pastu tak dpt bayar....biasa ler, bisnes mmg main duit la....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 05:10 PM | Show all posts
derang ni silap org ke hapa, kawan tu agent je pun bukan ponder
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Teori akak:

1. Skendel dengan laki orang.
2. Nipu orang.
3. Hutang tak bayar.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2022 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.142339 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list