CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 706|Reply: 2

Tampil protes di KLFW2022, Alicia Amin tuntut keadilan buat model yang tidak dibayar

  [Copy link]
Post time 20-8-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 20-8-2022 08:09 AM

MODEL dan pelakon Alicia Amin membuat kejutan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur pada Khamis apabila tampil membuat protes tentang isu bayaran.

"Semua model tahun ini perlu dibayar dalam tempoh sehari. Kepada mereka yang masih menanti bayaran daripada tahun-tahun sebelumnya, sila datang berjumpa saya," tulisnya pada plakad berkenaan.

Tampil seorang diri sambil memegang plakad, Alicia membuat bantahan terhadap seorang individu yang didakwa tidak membayar upah model yang sudah melunaskan tugas mereka di pentas peragaan.Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 sedang berlangsung sejak 17 Ogos sehingga 21 Ogos ini.

Tindakan Alicia membuat protes secara seorang diri itu bagaimanapun telah dihalang dan diarahkan meninggalkan acara itu oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Alicia ingin mempertahankan model yang tidak mendapat bayaran.Menjelaskan tindakannya itu, Alicia berkata, dia bergerak sendiri membuat protes itu kerana tidak mahu melibatkan orang lain sehingga memusnahkan karier mereka."Sudah tentu kena halau, tetapi kita usaha apa yang termampu," tulisnya di Instagram Story.

Jelasnya, apa dilakukan itu kerana tahu bagaimana sukarnya bergelar seorang model apatah lagi bekerja sendiri tanpa dibawah mana-mana pengurusan."Saya boleh membuat protes tentang ketirisan bayaran dan pada masa sama menyokong pereka fesyen yang telah membina karier saya. Ia adalah dua perkara berbeza.

Penjelasan Alicia mengenai tindakannya di Instagram."Saya tidak mendapat sebarang keuntungan. Saya lakukan ini kerana teringat betapa menakutkan dan sukarnya sebagai seorang model mentah yang cuba menyeimbangkan antara hak dan peluang untuk ditempah.

Ia tempat yang sukar," jelasnya.Alicia turut menjelaskan sudah 12 tahun dia bergelar seorang model dan sudah penat dengan layanan buruk diberikan.Dalam satu entri berbeza di Instagram Story, Alicia turut meminta model yang tidak mendapat bayaran dalam tempoh 24 jam selepas selesai bertugas untuk memberitahunya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2022 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Fight for your right
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
this is interesting
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.095934 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list