CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 669|Reply: 8

[Tempatan] Harga kayangan, roti sosej dijual RM5 di Hospital Sultan Ismail (HSI)

  [Copy link]
Post time 20-8-2022 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

JoHOR BAHRU: Sebuah kedai di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru mendapat kritikan hebat daripada netizen apabila didakwa menjual roti sosej pada harga RM5.

Selepas perkara itu tular dalam media sosial, pihak pengurusan HSI mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan pemilik kedai roti tersebut untuk menurunkan harga makanan itu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, surat teguran telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut.

“Pihak pengurusan hospital akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga roti yang dijual adalah berpatutan. Pihak pengurusan hospital juga sentiasa prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di hospital ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua hari lalu, pemilik akaun bernama Choudhry Sundaram Padiachee meluahkan kekecewaan terhadap pemilik kedai itu yang menjual roti sosej tersebut pada harga RM5.

Dia terkejut melihat tanda harga roti tersebut yang disifatkan keterlaluan dan mahal.

“Saya tanya semula kepada penjaga kaunter untuk mengesahkan harga itu dan dia mengangguk bahawa harganya seperti tertera pada resit tersebut. Jika makanan ini dijual begitu mahal, macam mana keluarga pesakit atau pekerja di sini nak membeli sebagai usaha menyokong perniagaan di hospital ini.

“Adakah sewa tapak di hospital mahal sangat sehingga terpaksa menjual makanan pada harga yang tinggi macam ini? Atau pun harga bahan mentah mahal sangat?” Soalnya menerusi hantaran dalam laman sosial Facebooknya.

Beberapa warganet turut memetik nama (tag) akaun Facebook Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz untuk memantau perkara itu. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
JB kotttt..negara kayangan,takkan nak letak rega gua musang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat hsi tu ada jual ayam geprek.. murah & sedap. Kl g hsi mesti beli.. siap tanya knp murah sgt sbb kat luar harga mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 20-8-2022 01:23 PM

chek la dlu peniaga tu...kot2 terlepas dr wad psikiatri ke...mana la kita tau...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal betul .baik beli kat bakers cottage
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat hospital patutnya makanan murah. Dah bersabsidi.q
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
harga mknn kat spital mmg mcm hamjad...kalau aku p buat blood test sensorang lps tu aku trus g cafe dorang mkn...rasa mmg basic je..saploh hengget mmg x cukup...


Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 02:12 PM | Show all posts
Aku duduk tengah KL. Rasa harga ni macam standard jah. Kecuali kalau aku beli kat eco bakery semua rm2.90 roti dia sedap & lembut pulak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Roti yg telah dibacakan ayat2 rukyah kot tu pasal mahal
Tapi rasanya sekarang telor & roti telor yg paling murah di sana sebab semalam team dia bawak balik 5 kontena telor dari japang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-9-2022 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.090188 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list