CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 2263|Reply: 28

[Tempatan] Ugutan terhadap Ketua Hakim Negara Tengku Maimun. KPN arah siasatan dilakukan

  [Copy link]
Post time 19-8-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah melakukan siasatan berhubung elemen ancaman terhadap Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani memberi jaminan pihaknya akan menyiasat sebarang elemen dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Katanya, beliau sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) melakukan siasatan berhubung elemen ancaman.

Beliau berkata, perkara itu adalah isu serius dan siasatan terhadap kes ancaman sedang dilaksanakan meskipun tiada sebarang laporan polis dibuat.

“Saya sudah mengarahkan JSJ Bukit Aman memulakan siasatan dengan meneliti segala ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara dan siasatan sama turut membabitkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).

-ADVERTISEMENT-

“Polis semestinya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perkara yang membabitkan isu keselamatan dan ketenteraman awam yang boleh mengganggu-gugat keamanan,” katanya menurut Harian Metro.

Ancaman terhadap Tengku Maimun dikesan dalam pelbagai medium laman sosial termasuk aplikasi Twitter dan Facebook, sejak tengah malam tadi.

Terbaharu, terdapat pengguna di Facebook mengugut pembunuh upahan akan mencari ketua hakim negara jika hukuman dijatuhkan kepada individu tidak bersalah.

Tengku Maimun merupakan pengerusi bagi panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan akhir yang sedang berlangsung membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak, untuk membatalkan sabitannya berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Turut bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Nalini Patmanathnan, Mary Lim Thiam Suan serta Mohamad Zabidin Mohd Diah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 08:40 PM | Show all posts
bbnu ja tulis content
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng2 OBSES nojib lettew
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kena kutip dgn pulis esok, ohh... akaun saya telah digodam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok ugut2 tu mcm la rosmah nak bg pulut kuning kat korang..
Ape la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangkem kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 12:37 AM | Show all posts
Agak Agak makcik nie gaji sebulan berapa ye?
40~50K..??
Ada tak beliau gi makan bersama keluarga kat warung biasa biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 02:35 AM | Show all posts
hmm...inilah risiko yg terpakse dihadapi kan if kerja yg berkaitan law, law enforcement etc. hmm....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2022 05:33 AM | Show all posts
Menjawat jawatan Ketua Hakim Negara ni sebenarnya sangat eksklusif dan berprestij. Tak boleh terlalu expose diri di media sosial dan perlu sentiasa menjaga privasi diri dan keluarga serta sentiasa menjaga reputasi bagi memastikan tidak bias.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 19-8-2022 10:31 PM
Dah kena kutip dgn pulis esok, ohh... akaun saya telah digodam.

Hahaha ayat standard dia orang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Minggu ni viral suami hakim ni masuk court dan record video dalam court semasa kes najib, pakai phone. Sangat tak professional.
Takde tindakan pulak tu. Patutnya hakim ni pun dikenakan tindakan.
Suaminya dikatakan pro mahathir.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 20-8-2022 02:35 AM
hmm...inilah risiko yg terpakse dihadapi kan if kerja yg berkaitan law, law enforcement etc. hmm....

Hidup atau profession yg takda risiko iteww apo?



Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-8-2022 11:34 PM
Dok ugut2 tu mcm la rosmah nak bg pulut kuning kat korang..
Ape la..

Apa kurlast pulut kuning? Handbags dia berapa containers that ko boleh dapat?

Kahkahkahkahakhakah
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 20-8-2022 12:37 AM
Agak Agak makcik nie gaji sebulan berapa ye?
40~50K..??
Ada tak beliau gi makan bersama keluarga kat ...

Lunch pung sure tempat yang exclusive...
Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
surfin_net82 replied at 20-8-2022 06:59 AM
Minggu ni viral suami hakim ni masuk court dan record video dalam court semasa kes najib, pakai phon ...

Laki dia pon org law jugak..tahu undang undang ....kalo lokman adam harus kena lokap semalam
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 20-8-2022 12:37 AM
Agak Agak makcik nie gaji sebulan berapa ye?
40~50K..??
Ada tak beliau gi makan bersama keluarga kat ...

Uihh makan kat gerai kang ada orang kidnap sesia je
Anak2 pun takleh gi sekolah biasa kot dan takleh bagitau orang parents dia hakim
Agaknya la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2022 11:15 AM | Show all posts
surfin_net82 replied at 20-8-2022 06:59 AM
Minggu ni viral suami hakim ni masuk court dan record video dalam court semasa kes najib, pakai phon ...

seriously boleh ke record bebenda ni, isk isk kalau benar, kalaulah benar ini tak profesionallah sebab benda ni tak leh lah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 20-8-2022 08:50 AM
Uihh makan kat gerai kang ada orang kidnap sesia je
Anak2 pun takleh gi sekolah biasa kot dan takl ...

Kalo anak late tun salleh abas mmg low profiel.nama pun nama klasik  50an je anak anaknya. Arwah tun salleh ai jumpa masa family gathering dulu ,tun buat sempena dpt duit gantirugi brp juta tah dpt .arwah seorang yg x byk cakap.senyum sahaja.tapi dah tua pon mmg nampak aura org hebat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 20-8-2022 12:37 AM
Agak Agak makcik nie gaji sebulan berapa ye?
40~50K..??
Ada tak beliau gi makan bersama keluarga kat ...

Mana boleh? Kalau dia pi mkn ikut suka mcm kita tetiba geng dragon pi selfie sebelah dia tentu jadi viral dia support geng dragon. Conflict of interest gitu.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyembah najib bila dh hilang pedoman begini la jadinya. Pejuang ketuatnan pulak diam x berkutik bila hakim negara kena ugut, kena hina di medsos. Agaknya kalau zaman pembangkang dulu, dh berkerumun ketuat2 ni semua kat padang serbok. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-9-2022 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.088144 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list