CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 1000|Reply: 9

[Tempatan] Pulangkannnnnn:Alat muzik lama' didakwa punca histeria di Sekolah Menengah Kepala Batas,pelajar ternampak lembaga hitam di bahagian siling kelas.

  [Copy link]
Post time 19-8-2022 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 19-8-2022 02:34 PM

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/...histeria-376724

KEPALA BATAS: Seramai 25 pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini diserang histeria dalam kejadian pada Rabu.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 11.40 pagi apabila seorang pelajar tiba-tiba meracau dan menjerit selepas mendakwa ternampak lembaga hitam di bahagian siling kelasnya.

Kekacauan itu merebak ke kelas bersebelahan apabila beberapa pelajar lain turut menjerit dan meracau sehingga menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran terpaksa dihentikan.

Menurut salah seornag waris pelajar itu yang mahu dikenali sebagai Siti Sarah, dia mengetahui mengenai kejadian histeria selepas anak lelakinya memaklumkan mengenai insiden tersebut.

Katanya, ibu bapa diminta datang awal ke sekolah untuk membawa pulang anak mereka susulan kejadian tersebut.

“Ada anak beritahu ada kejadian histeria di sekolah semalam, ramai juga yang kena histeria itu, pihak sekolah beritahu ibu bapa supaya datang ambil anak pulang awal semalam dalam pukul 12.30 tengah hari.

“Terkejut juga bila dimaklumkan kejadian tersebut… ramai ibu bapa datang ambil anak semua, tak tahu apa puncanya berlaku histeria, tapi hari ini keadaan sudah seperti biasa,” kata Siti Sarah.

Peralatan muzik lama didakwa menjadi punca 25 pelajar sekolah menengah di Kepala Batas, Pulau Pinang diserang histeria.

Seorang pekerja sekolah yang enggan dikenali pula berkata, difahamkan kejadian histeria berlaku berkemungkinan selepas pihak sekolah membawa keluar beberapa peralatan muzik lama yang disimpan dari salah sebuah bilik di sekolah tersebut.

“Memang berlaku kejadian histeria, tapi keadaan sudah kembali normal, dan sesi persekolahan pagi tadi dimulakan dengan bacaan Yasin serta azan sebelum pelajar meneruskan pembelajaran seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Astro AWANI ke sekolah berkenaan hari ini mendapati suasana sudah kembali tenang dan sesi persekolahan berjalan seperti biasa.

Dalam masa sama, Astro AWANI masih menunggu maklumat terkini daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm plot sebuah citer seram yg aku tgk dulu. Citer apa yer...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 08:22 AM | Show all posts
caklempong ni... tak pernah main tapi bunyi dengungan dia agak creepy
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Uiii...seremmm dekkk.penunggu ada
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 11:41 AM | Show all posts
Barang lama mestilah ada penjaga. Xbagi usik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 11:44 AM | Show all posts
Harom sundal malam kah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
boleh  dh buat filem seram diinspirasikan drp kejadian ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 12:03 PM | Show all posts
alat muzik yang mana satu? takan drum kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm kt sekolah i dulu..
kwn kena rasuk sbb ada student amik apa nth bwk pokok blkg asrama..
satu asrama kena kacau..ustaz baca baca pun xjadi..hantu tu mengamuk..pastu pgil bomoh..

pastu masa asasi pun ada kejadian kena satu asrama jgk..serammmm jgk mcm drama hantu pulak kena baca yassin ramai2 kuat kuat sbb ramai dh pitam..

masa kt uni pulakkk kwn kolej meninggal bergilir2 satu group..psl hantu jgk..

tp best dk asrama blh knl hantu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
masa iols sekolah rendah darjah 5 kot
senior darjah 6 dorg main spirit of the coin kat sekolah. malam2x dtg sekolah main kat kelas lain kot, bukan kelas dorg.
mmg hantu dtg ah masa dorg main tu,
ya senior iols yg cerita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-9-2022 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.326634 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list