CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
123Next
Return to list New
View: 2654|Reply: 45

[Politik] GEMPAR - PN mungkin tarik diri daripada kerajaan

[Copy link]
Post time 6-8-2022 04:48 PM | Show all posts |Read mode


PERIKATAN Nasional (PN) berkemungkinan menarik diri daripada kerajaan sebagai protes terhadap keengganan Perdana Menteri untuk memenuhi perjanjian bagi melantik Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu.
Kekecewaan dalam kepimpinan PN dilaporkan mencapai titik kemuncak selepas pertemuan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan berlangsung jam 2.30 petang semalam tiba-tiba dibatalkan malam sebelumnya oleh Pejabat Perdana Menteri.

Menurut laporan The Star memetik sumber dari Bersatu, berkata pertemuan itu akan menjadi usaha terakhir untuk menekan Perdana Menteri berhubung memorandum perjanjian (MOA) antara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri sejurus sebelum penyerahan jawatan Perdana Menteri pada Ogos tahun lalu.
Keputusan menghantar delegasi pemimpin tertinggi untuk bertemu Perdana Menteri dibuat pada mesyuarat PN minggu lalu.
Delegasi itu membabitkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin and Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada Bersatu selain Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar daripada PAS.
Seorang pemimpin PN dari Sabah berkata, pilihan untuk menarik diri telah dibincangkan pada mesyuarat berkenaan tetapi ia akan menjadi pilihan terakhir jika Perdana Menteri – terus enggan memenuhi MOA itu.
Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN, telah mengeluarkan kenyataan ringkas selepas mesyuarat gabungan itu, turut menyatakan kekecewaan kerana tiada keazaman dan komitmen Perdana Menteri untuk memenuhi syarat perjanjian.
Bersatu menaruh harapan tinggi kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri telah dijanjikan kepada mereka.
Menerusi MOA terbabit, Ismail Sabri perlu berunding dengan kepimpinan Bersatu sebelum membubarkan Parlimen dan Muhyiddin dikatakan kecewa kerana terpaksa mengetahui perkara itu menerusi laporan media.
Difahamkan, Majlis Tertinggi Bersatu yang bermesyuarat pada malam Selasa lalu, secara amnya bersetuju untuk menarik diri sekiranya Perdana Menteri tidak dapat dipujuk tetapi keputusan muktamad akan dibuat oleh Majlis Tertinggi PN.
Sementara itu, pemimpin Bersatu terkejut apabila Mohamed Azmin yang juga Ahli Majlis Tertinggi, tiba-tiba keluar daripada kumpulan WhatsApp mereka selepas mesyuarat itu.
Mohamed Azmin, bagaimanapun enggan menjelaskan kecuali berkata, beliau berpegang pada apa yang dikatakan bulan lalu tentang terus komited, kerajaan berada di landasan yang betul dan beliau menyokong kepimpinan.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberitahu bahawa beliau tidak begitu ambil peduli tentang isu jawatanTimbalan Perdana Menteri berbanding fakta bahawa peruntukan pembangunan bertujuan membantu rakyat telah ‘ditahan’ daripada ahli politik Bersatu.
“Ini sangat tidak adil. Mereka cuba untuk menghalang pengaruh kita di lapangan tetapi ia merugikan rakyat,” kata Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan.
Keluhan lain melibatkan ‘pembersihan’ ahli politik Bersatu daripada GLC atau syarikat berkaitan kerajaan baru-baru ini.
Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan baru-baru ini disingkirkan sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Difahamkan, Bersatu akan mengadakan mesyuarat biro politik untuk membincangkan langkah seterusnya. – Malaysiapost


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn selfish blh tak politician ni...asik fikir tembolok sendiri je...bkn fikir rakyat pun..x yahlah jd politicians....bersara ajelah
..duit pun dah byk kaut kan...nak apa lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 05:14 PM | Show all posts
iols dgr PN ni byk giler dana pilihanraya
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 05:14 PM | Show all posts
iols dgr PN ni byk giler dana pilihanraya
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yet yg gila kuasa tetaplah si haramjadah ka apa ka
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 05:59 PM | Show all posts
        astaghfirullah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila matikan Diri semua wahai ahli politik samdol..hidupmu xbg faedah kpd masyarakat..matimu..den tunggu je ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 06:18 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 6-8-2022 05:14 PM
iols dgr PN ni byk giler dana pilihanraya

banyak gila pun akar umbi takde menang pacak bendera dan botol air mineral
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Parti politik semua useless
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok laaaa tarik diri.. cepat sikit PRU
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga ada roket jatuh lg...kali ini nimpa bangunan parlimen la plak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Meluat
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Taikkkkk… menyampahh!!!! berebut kuasa tak habis2!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 06:49 PM | Show all posts
Apa lagi yang x settle lagi ni, mengarut betullah mereka ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 6-8-2022 06:18 PM
banyak gila pun akar umbi takde menang pacak bendera dan botol air mineral

Sbb tu xnk lepas PAS,  senang nk perkuda jentera PAS modal sentimen penyatuan ummah jer
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 6-8-2022 07:41 PM

Aku nak aje menkhinzirkan manusia tamak haloba yang penting kan diri sendiri
Rakyat ada yang tengah struggle untuk bangkit semula demi untuk kelangsungan hidup dengan kos kehidupan yang semakin meninggi tapi manusia2 lahanat ni sibuk nak penuhi nafsu serakah kepentingan politik depa
Pak Mail usah pedulikan permintaan manusia2 lahanat ni
Percepatkan lah PRU supaya manusia2 lahanat macam  Wak Yiddin & puak2 yang bersengkokol dapat di benamkan karier politik depa2 sedalam 7 kaki dalam perut bumi buat selama-lamanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 07:28 PM | Show all posts
so kali ni kaluuuuu tarik balik sokongan terus pilihanraya kaa?gumbira la si wak  jahid dan kluster mahkamah yg lain impian  nak pru secepat mungkin bakal direalisassi
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 08:10 PM | Show all posts
axl_bach replied at 6-8-2022 07:17 PM
Sbb tu xnk lepas PAS,  senang nk perkuda jentera PAS modal sentimen penyatuan ummah jer

berani ke gaji duta timur tengah letak jawatan tarik sokongan
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani bersatu buat hal? Next pru bakalan bungkus la parti bunga ni....

Anyway, zuraidah ada keluarkan surat permohonan parti bangsa malaysia nak join parti komponen barisan nasional dgn NAMA parti begitu, ko rasa parti rasis umno mca mic nak accept ke makcik zuraidah bodoh ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahcow xtekan butang lgi ke? Macai pon dh xsabar nak kutip nasi bungkus rm5 utk jilat penyamun2 time mengundi nnti. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-10-2022 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.090368 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list