CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 391|Reply: 2

[Tempatan] Edisi inflasi di selangor tidak dpt dielakkan - Tarif baharu untuk pengguna bukan domestik bermula 1 Ogos 2022

[Copy link]
Post time 31-7-2022 12:15 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan menaikkan tarif bekalan air baharu pada kadar purata 20 sen setiap meter padu membabitkan kategori pengguna bukan domestik, rumah ibadah dan kapal, berkuat kuasa 1 Ogos.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Izham Hashim, berkata purata kenaikan itu dianggap masih rendah dan tidak membabitkan pengguna domestik.
"Untuk penggunaan bukan domestik antaranya komersial dan industri iaitu 0 hingga 35 meter padu, kenaikannya adalah daripada RM2.07 kepada RM2.62. Jika melebihi 35 meter padu, kiraannya RM2.86 daripada RM2.28.

"Untuk rumah ibadat, kiraannya menggunakan kadar rata (setiap meter padu) iaitu 46 sen, meningkat kepada 58 sen untuk setiap meter padu. Begitu juga kategori kapal dengan setiap meter padu RM4.23, kini dilaraskan RM7," katanya pada sidang media di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata, pelarasan tarif baharu bekalan air itu diharapkan dapat membantu Air Selangor khususnya dari segi perbelanjaan modal (CAPEX) yang tinggi dalam memastikan kesinambungan dan kelangsungan operasi syarikat air itu.
"Memang banyak kos yang kita tanggung, antaranya kos CAPEX yang tinggi iaitu RM30 bilion untuk 30 tahun. Kita juga laksanakan kos penggantian paip iaitu sekitar RM150 juta setahun dan ia tidak termasuk kos lain yang membabitkan operasi.

"Bil elektrik untuk setahun sahaja membabitkan RM300 juta manakala bahan kimia untuk rawat air sekitar RM80 juta ke RM100 juta setahun. Kos (operasi) adalah sangat tinggi namun kadar tarif kita adalah antara terendah di rantau ini," katanya.
Izham berkata, pelarasan tarif bekalan air itu juga membantu Air Selangor dalam perancangan kerajaan negeri membina Loji Rawatan Air (LRA) baharu dan penggantian paip air serta peralatan yang sudah usang.
Media sebelum ini melaporkan, kerajaan menerusi KASA bersetuju mengekalkan tarif bekalan air bagi kategori domestik (premis kediaman) di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan berikutan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat pada waktu ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2022 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kang domestik pun naik
Dgn every few months ade je catuan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom ramai-ramai ambik wuduk dekat mesejid, biar semua orang Islam mati terkena covid-19 dan cacar monyet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.070754 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list