CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 16701|Reply: 128

[Lain-Lain] MAT KILAU

  [Copy link]
Post time 17-2-2009 05:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 30-6-2022 08:52 AM

Post Last Edit by ajami at 21-6-2009 14:53



ref: sinemamalaysia


05 Februari 2009 : Berita Harian
EPILOG: FILEM PAHLAWAN MAT KILAU WAJAR CETUS KEJUTAN

Oleh Akmal Abdullah

PADA pertengahan bulan depan, projek filem epik sejarah patriotik berjudul Pahlawan Mat Kilau dijadualkan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Hebahan awal mengenai perancangan filem ini tidak dibuat lagi kerana produsernya masih bersikap ‘merendah diri’ kerana sibuk menjalankan proses praproduksi.

Seperti dimaklumkan kepada akhbar ini, syarikat Lagenda Studios Sdn Bhd menerusi Pengurus Perhubungan Awamnya, Julia Mohamad,

pihaknya masih dalam peringkat awal praproduksi dan berasakan mungkin terlalu awal bagi mereka untuk menggembar-gemburkan rancangan itu, tambahan pula, pengarah dan penerbit masih sibuk membuat tinjauan lokasi di luar negara.

Dalam kenyataannya, dimaklumkan juga selain filem itu bakal ditangani pengarah Rodzee A Razak, filem berkenaan dijangka membabitkan kos sebanyak RM10 Juta.

“Tujuan Lagenda Studios mahu menghasilkan penerbitan filem itu adalah sebagai menyahut seruan kerajaan supaya menjadikan medium filem sebagai satu alat untuk meniupkan semangat patriotisme di kalangan rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga boleh dijadikan teladan kepada generasi masa kini, bagaimana gigihnya perjuangan nenek moyang kita menentang penjajahan.

“Untuk pengetahuan, Lagenda Studios akan mengadakan acara pelancaran dan sidang media mengenainya pada pertengahan Februari sebelum memulakan penggambaran filem pada penghujung Mac 2009,” kata Julia dalam satu kenyataan sambil memohon maaf kerana lambat menghebahkan projek Pahlawan Mat Kilau kepada media massa.

Projek filem ini menjadi sesuatu yang menarik kerana banyak sebab. Pertamanya tentulah kerana berkaitan dengan seorang tokoh perwira Melayu yang berasal dari Mukim Pulau Tawar, Pahang bangkit untuk menentang penjajahan British pada era penghujung abad ke-19 hingga dia menjadi buruan dan menghilangkan diri hinggalah akhirnya muncul semula memperkenalkan dirinya pada awal 1970-an ketika berusia 123 tahun. Keberaniannya dulu yang turut mengkritik golongan bangsawan kerana berbaik dengan penjajah menyebabkan Mat Kilau menjadi sasaran untuk ditangkap dan dihukum tetapi berjaya melarikan diri.

Keberanian Mat Kilau menjadi sebutan ramai dari dulu dan terus dikenang hingga kini. Keberaniannya itu terserlah dengan pelbagai peristiwa termasuklah ketika pada 14 Jun - Pada 1894, tokoh itu bersama pahlawan Melayu Pahang yang lain termasuk Tok Gajah, Bahaman, Awang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi dan Mat Lela berjaya menawan kubu Inggeris di Jeram Ampai.

Lebih menarik bagi Mat Kilau ialah sepanjang kehilangannya selepas menjadi buruan, apa yang dilakukannya. Ini menarik untuk dibongkar dan diceritakan menerusi filem berkenaan. Penyelidikan terhadap susur galur perjuangan, pengembaraan dan persembunyian Mat Kilau harus dipaparkan supaya masyarakat akan lebih jelas untuk mengenai aspirasi dan patriotisme Mat Kilau sebenarnya selain sudah tentu sebagai sebuah filem cereka patriotik, akan ada elemen tokoh tambah yang disesuaikan mengikut mood sebuah filem epik.

Kita berharap menerusi filem Pahlawan Mat Kilau, akan dipaparkan juga bagaimana strategi perang dan ciri keberanian yang menjelma dalam diri tokoh itu. Sudah tentu pihak produksi dari Lagenda Studios sudah membuat kajian terperinci mengenai peribadi dan fizikal Mat Kilau, selain melihat bagaimana gayanya bercakap, cara berjalan, aksinya berpencak silat dan beberapa ciri kehebatannya yang luar biasa. Kajian juga tentunya sudah dibuat untuk melihat bagaimana bentuk khazanah Mat Kilau yang lain seperti pedang, keris, pakaian, kitab, barang persilatan, rumah dan sebagainya yang relevan dengan diri Mat Kilau. Ini semua harus diambil kira dalam menghasilkan epik Pahlawan Mat Kilau.

Sebab kedua yang mengejutkan industri ialah kerana projek filem ini bakal membabitkan bajet RM10 juta, iaitu filem cereka tempatan kedua termahal setakat ini selepas filem cereka Puteri Gunung Ledang terbitan Enfiniti Productions yang membabitkan kos produksi lebih RM16 juta.

Kita berharap Lagenda Studios juga teliti dalam casting atau pemilihan pelakon untuk filem itu kerana kesilapan casting selalunya akan menyebabkan persembahan filem menjadi hambar kerana lakonan tidak meyakinkan serta tidak disertai mutu persembahan yang boleh menggerakkan naratif serta feel filem itu sebagai sebuah cereka yang bermain dengan manusia zaman silam.

Kita berharap pelakon yang membawa watak Kilau akan benar-benar dapat membawa watak tokoh perwira itu dengan berkesan, sesuai dengan lagak fizikal, cara bermain air muka dan mampu menjelmakan ketokohan. Kita bimbang jika tersilap pilih pelakon, ia akan memberi kesan seperti berlaku dalam beberapa filem sejarah seperti Puteri Gunung Ledang apabila M Nasir tidak menyerlah membawa imej hebat Hang Tuah, begitu juga filem Leftenan Adnan yang memperlihatkan Hairie Othman tidak menyerlah sebagai perajurit hebat itu.

Dalam filem Raja Melewar dulu, watak Raja Melewar yang dilakonkan Eizlan Yusof juga tidak memenuhi ciri berkesan dan boleh dianggap sebagai casting yang gagal. Ini menyebabkan ketokohan perwira kita dulu tidak menyerlah dalam filem dan lebih menyedihkan apabila cerita dalam filem itu sendiri tidak begitu berkesan, gagal memberi feel dan semangat kepada penonton dan tidak menggambarkan dengan berkesan milieu zaman yang dibawa dalam skrin.

Filem Pahlawan Mat Kilau wajar mencetuskan kejutan yang bukan saja membanggakan industri filem dan menarik perhatian ramai untuk menonton cereka ini, sebaliknya harus boleh memberi kebanggaan kepada anak Pahang sendiri khususnya serta bangsa kita umumnya. Filem ini kelak harus bertanggungjawab untuk mengangkat imej sebenar Mat Kilau sebagai sebuah naskhah yang bukan sekadar ‘janji ada’ tetapi harus memenuhi agenda sebuah filem cereka patriotik seperti kata pihak produksi Lagenda Studios - ‘menjadikan medium filem sebagai satu alat untuk meniupkan semangat patriotisme di kalangan rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara’. Jika benar ia untuk meniupkan rasa patriotisme, wajarlah ia ditangani dengan baik supaya ia mampu memberi kekaguman dan kebanggaan apabila ia ditayangkan kelak. Pahlawan Mat Kilau akan menjadi perhatian untuk warga filem dan pengkritik yang kini sedang menanti dengan suspen untuk menilai sejauh mana hasil kerja Rodzee. Kita tunggu dan lihat saja nanti.

Kata orang, mati ikan kerana umpan, mati manusia kerana budi...


*info lanjut hari rabu nanti

[ Last edited by  ajami at 7-3-2009 12:47 ]
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
 Author| Post time 17-2-2009 05:35 AM | Show all posts
Rodzee A Razak pernah arahkan filem Ops Belantara (1993)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2009 05:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2009 05:40 AM | Show all posts
ajami kata: terlalu awal utk memberi komen   tapi dgn bajet 10juta sudah semustinya saingan terdekat kpd PGL
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by ajami at 17-2-2009 05:32 AM
Kita berharap pelakon yang membawa watak Kilau akan benar-benar dapatmembawa watak tokoh perwira itu dengan berkesan, sesuai dengan lagakfizikal, cara bermain air muka dan mampu menjelmakan ketokohan. Kitabimbang jika tersilap pilih pelakon, ia akan memberi kesan sepertiberlaku dalam beberapa filem sejarah seperti Puteri Gunung Ledangapabila M Nasir tidak menyerlah membawa imej hebat Hang Tuah, begitujuga filem Leftenan Adnan yang memperlihatkan Hairie Othman tidakmenyerlah sebagai perajurit hebat itu.

Dalam filem Raja Melewar dulu, watak Raja Melewar yang dilakonkanEizlan Yusof juga tidak memenuhi ciri berkesan dan boleh dianggapsebagai casting yang gagal. Ini menyebabkan ketokohan perwira kita dulutidak menyerlah dalam filem dan lebih menyedihkan apabila cerita dalamfilem itu sendiri tidak begitu berkesan, gagal memberi feel dansemangat kepada penonton dan tidak menggambarkan dengan berkesan milieuzaman yang dibawa dalam skrin.


hmm sape yek yang boleh bagi feel .. Eman Manan, Rahim Razali saper lagi ada pelakon baru yang menyerlah x??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2009 10:39 AM | Show all posts

Filem epik 'Pahlawan Mat Kilau' berkos RM10 juta dilancarkan

ref: mStar


Ketangkasan aktor Shaharuddin Thamby bermain dengan senjata menjadikan beliau calon paling sesuai untuk jadi'Pahlawan Mat Kilau'


Inilah wajah Pahlawan Mat Kilau yang diambil pada tahun 1970

INDUSTRI perfileman disyorkan supaya menghasilkan filem yang bermutu dan kos efektif dengan meningkatkan kreativiti, kemahiran dan kecekapan sesuatu produksi.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berkata pembuat filem mestilah lebih teliti dalam perbelanjaan dan salah satu cara yang boleh dilakukan ialah mengurangkan masa penggambaran sesuatu filem.

"Kita cuba usaha ke arah menjadikan filem-filem kita boleh mendapatkan pinjaman bank dan untuk itu kita mesti tingkatkan kreativiti, kemahiran dan kecekapan dalam sesuatu produksi," katanya selepas melancarkan filem epik "Pahlawan Mat Kilau" di sini, semalam.
Inilah wajah Pahlawan Mat Kilau yang diambil pada tahun 1970

"Walaupun dengan kos minimum, saya percaya dengan kreativiti yang ada pada pengusaha filem kita, kita boleh menghasilkan filem yang menarik minat orang ramai untuk menontonnya berkali-kali," katanya.

Sementara itu, pengarah dan penerbit filem Rodzee A. Razak berkata filem epik berkos RM10 juta itu akan memulakan penggambaran pada awal April dan dijangka selesai pada September tahun ini.

"Filem ini akan memaparkan lima peperangan besar yang melibatkan beratus-ratus pelakon, diadun dengan letupan-letupan "pyrotechnic", adegan aksi ngeri dan berpuluh koreografi persilatan serta akan menggunakan teknologi grafik tiga dimensi dan visual janaan komputer (CGI)," katanya.

Antara pelakon yang akan membintangi filem itu ialah Shaharuddin Thamby dan Serina Redzuan. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 02:56 PM | Show all posts
aku rasa watak yg dibawa oleh M Nasir ngan  Hairie Othman dlm citer PGL n leftenan adnan boleh dikira berjaya gak..aku suka.. ..
harap filem mat kilau ni boleh member saingan PGL..bajet pun 10 juta..harap actor, gambar, action mesti berkualiti la.. ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 04:29 PM | Show all posts

Reply #7 ajami's post

"Filem ini akan memaparkan lima peperangan besar yang melibatkan beratus-ratus pelakon, diadun dengan letupan-letupan "pyrotechnic", adegan aksi ngeri dan berpuluh koreografi persilatan serta akan menggunakan teknologi grafik tiga dimensi dan visual janaan komputer (CGI),"



pergh....nak celen ong bak 2 ke?

[ Last edited by  rimau_manja at 20-2-2009 04:32 PM ]
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 20-2-2009 07:23 PM | Show all posts
kalau kos bikin RM10 juta...
susah nak balik modal nanti...mungkin rugi besar...filer sumolah yg kos bikin RM3 juta pun tak dapat modal balik wo...rugi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 01:53 AM | Show all posts
smoga pengarahnya yg baru pernah mengarahkan 1 filem akan mampu memikul beban seploh juta itu    
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 10:02 PM | Show all posts
takot filem dia wat sejuta je..9 juta dlm poket..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 04:55 PM | Show all posts
rozak mohiden gelak je dengo citer nie...

bg 10 jota, kutipan KOMPOM x lebih 2 jota...

bg die 10 jota, kutipan pilem die lebeh 20 jota...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 06:42 PM | Show all posts
Opss Belantara tu kan cerita tak laku, kena hentam teruk pulak. Nak bagi orang yang sama mengarah. Tak faham

Bosan betul la industri filem kat Malaysia. Bukan tak bangga kalau cerita2 patriotik mcm ni difilemkan tapi...hasil akhirnya selalu menduka-citakan!

Buat la pilihan Pengarah tu betul2. Kalau boleh bior idea 2,3 orang Pengarah..Ini..??

Ada lagi satu filem pasal Allahyarham Mokhtar Dahari nak dibuat tapi dalam bentuk separa komedi..(tak silap aku) Alasannya kalau buat dalam bentuk filem dokumentari susah nak laku. Aku ada tengok dokumentari pasal Allahyarham ni kat ASTRO dulu. Ok jer, tak bosan pun.

Hello...kalau buat dalam separa komedi tu dijamin laku ke? Tak silap antara pelakon yang dicadangkan Nabil Raja Lawak 2.

Filem2 kalau pasal lagenda biarlah nampak keseriusan sikit. Ingat, keluarga Allahyarham masih ada, kalau buat filem lepas tu hasilnya memalukan baik xpayah buat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 06:30 PM | Show all posts
harap budjet yang digunakan secara maksimum... jangan kos filem nie ada yang gatal2 claim tah apa tah... emm satu lagi filem yang dibuat untuk mendapat kerugian...

Apapun hidup filem melayu...

P/S : Bila la filem melayu nak masuk pencalonan Oscar... Rasanya tak perlula sangat cerita berunsur sejarah di bagi bajet besar.. Tengok filem jepun departure boleh pulak menang filem asing kat Oscar... Filem dia simple je... pasal berkerja menguruskan kematian.. gitulah cerita dia....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2009 01:22 AM | Show all posts
sampai 10 juta?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 01:41 AM | Show all posts
Yg penting jalan cite kena best n x membosankan..
Pastu pilih pelakon2 berkaliber yg leh wat org tertarik nak tengok..
Kut x nanti senasib ngan Paloh dll le jawabnya nanti
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 9-3-2009 01:54 AM | Show all posts
harap2 hero dia ambik la yg jenis pandai bersilat kalau jenis cerita2 cam ni (cerita pasal mat kilau, datuk bahaman..hang tuah)

jgn jadi mcm PGL...hancus!!!!!!

jadi cerita kungfu plak!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2009 11:10 PM | Show all posts
aku suka betol cerita2 yg ade seni2 silat nehh..
teringat cerita "pendekar kundur" eman manan buleh jadi mat kilau kot...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 11:53 AM | Show all posts
aku taku filem ni hampesss tp aku tertunggu2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 11:59 AM | Show all posts
Cerita tok janggut...eman manan berjaya membawa watak tu dgn berkesan sekali...mengangkat martabat pejuang nasionalis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

10-8-2022 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.094244 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list