CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 712|Reply: 10

[Dunia] Penunjuk perasaan bakar Parlimen Libya

  [Copy link]
Post time 3-7-2022 09:16 AM | Show all posts |Read mode

Penunjuk perasaan menyerbu bangunan Parlimen Libya di Tobruk dan membakar sebahagian bangunan itu. -Reuters

TOBRUK: Penunjuk perasaan menyerbu bangunan Parlimen Libya di Tobruk dan membakar sebahagian bangunan itu.
Tindakan dilakukan sebagai membantah tindakan kerajaan memotong bekalan elektrik dan menyebabkan kenaikan harga barang akibat kebuntuan politik.
Penunjuk perasaan turut menggesa kerajaan mengadakan pilihan raya segera bagi memulihkan keadaan.


Pergolakan itu berlaku sehari selepas rundingan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.
Menurut ketua kerajaan perpaduan sementara, Abdul Hamid Dbeibah menjelaskan semua institusi negara perlu diubah.

Pemilihan presiden dan Parlimen sebelum ini dijadual berlangsung pada Disember tahun lalu, menyusuli proses damai diterajui PBB selepas keganasan besar pada 2020.
Namun, pemilihan tidak dapat diadakan kerana wujud perbezaan pendapat dalam kalangan beberapa calon dan pertikaian berhubung keabsahan pengundian.

Libya terjerumus dalam kancah huru-hara sejak pemberontakan yang disokong oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada 2011 yang menyaksikan penggulingan pemerintahnya, Muammar Gaddafi.
Sejak beberapa bulan lalu, dua pihak cuba meraih kuasa di Libya termasuk satu yang berpangkalan di Tripoli, diterajui Dbeibah.
Satu lagi diketuai bekas Menteri Dalam Negeri, Fathi Bashagha yang dilantik oleh Parlimen serta disokong pemimpin di wilayah timur, Khalifa Haftar.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 3-7-2022 10:16 AM | Show all posts
muammar gaddafi jahat diktator perogol pembunuh raykat anti islam  musuh islam kaki syiah

- muslimin dan muslimat 2011

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 10:24 AM | Show all posts
bangsa etis
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
USA dah lenyapkan muammar gadafi pun masih huru hara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 12:23 PM | Show all posts
zamzam replied at 3-7-2022 12:11 PM
USA dah lenyapkan muammar gadafi pun masih huru hara ke?

Sesetengah negara memang tak mampu amalkan sistem demokrasi dan hanya layak diperintah diktator kejam. Tapi Amerika ni nak jugak sumbat sistem demokrasi kepada negara tersebut. Ini contoh satu negara selain daripada Afghanistan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 12:37 PM | Show all posts
inilah yang terjadi bila termakan hasutan puak2 yang sengaja nak menjahanamkan negara dan bangsa kita

mujur cuma 22 bulan sahaja mereka memerintah

janganlah salah pilih lagi ya tuan2 dan puan2
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 3-7-2022 12:23 PM
Sesetengah negara memang tak mampu amalkan sistem demokrasi dan hanya layak diperintah diktator ke ...

Betul. Era saddam mmg dictator. Tp sekarang lebih banyak rakyat iraq mati berbanding zaman saddam hussain. Western perasan  demokrasi dan bangga dgn human right sampai celaru benda asas jantan atau betina.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Untuk capai democracy bukan senang... Libya still fight untuk democracy... Yang hencap memang tidak baca history civil wars... Seperti benak sokong taliban ambil semula afghanistan... Sekarang sendiri diam malu dengan islam administration.... Harap masih ada yang ngaku taliban itu islam...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 4-7-2022 09:22 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 3-7-2022 04:40 PM
Untuk capai democracy bukan senang... Libya still fight untuk democracy... Yang hencap memang tidak  ...

Dulu dulu siapa yang anti ataupun tak Support perjuangan taliban dan isis lobai tuduh kafir. Sekarang lobai lobai semua tu pun dah jadi kafir juga.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 3-7-2022 05:22 PM
Dulu dulu siapa yang anti ataupun tak Support perjuangan taliban dan isis lobai tuduh kafir. Sekar ...

Belajar agama tinggi dan ada iman pun benak... Asal kan bukan salah sendiri.... Penganut ini tidak kira agama apa western relligions ribu tahun ber perang untuk agama sehingga modern world baru claim agama itu keamanan... Masing masing nyanyuk sebelum tua
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat Malaysia memang tinggi tahap kesabaran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.088731 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list