CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6156|Reply: 124

[Tempatan] Update :Akhirnya Lufya buat laporan polis 7 pagi tadi.Dipukul Dgn Kayu, Pelakon Lufya Diserang Lelaki Tak Dikenali Cuba Culik Anaknya di taman permain

  [Copy link]
Post time 28-6-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 29-6-2022 01:45 PM

  


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar yang mendakwa dirinya diserang seorang individu ketika cuba menyelamatkan puterinya, Laana Haura daripada diculik di sebuah taman permainan di sekitar Kota Damansara, dekat sini telah tampil membuat laporan polis.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, laporan berkenaan dibuat Lufya kira-kira pukul 6.59 pagi tadi di Balai Polis Kota Damansara dekat sini.

“Kita baru sahaja terima laporan, perkembangan siasatan akan dimaklumkan,” katanya ringkas.

Terdahulu, pihak polis meminta Lufya untuk tampil membuat laporan mengenai dakwaan cubaan culik anak perempuannya untuk siasatan lanjut.

Sebelum itu, menerusi entri Instagram, pelakon itu berkongsi keadaan wajahnya terkini yang dilihat mempunyai kesan kecederaan akibat diserang penculik tersebut.

Katanya, individu itu memukulnya menggunakan batang kayu sehingga menyebabkan kecederaan pada wajah dan badannya.

Kejadian itu didakwa berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika dia dan anaknya berada di taman permainan Kota Damansara.

Lufya berkata, setiap wanita terutama bergelar ibu perlu mempunyai ilmu asas mempertahan diri agar dapat melindungi diri dan anak jika kejadian seperti ini berlaku.

Dalam pada itu, Lufya juga menekankan orang ramai harus sentiasa berwaspada selain memohon agar mendoakan kesembuhan dirinya. – UTUSAN

PeTALING JAYA – Polis masih tidak menerima laporan daripada pelakon, Lufya Omar berhubung percubaan menculik anaknya yang didakwa terjadi di sebuah padang permainan di Kota Damansara di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid sehubungan itu menasihatkan mangsa tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dibuat.

Setakat ini kita masih belum menerima laporan sebagaimana dakwaan tersebut.

“Kami nasihatkan mangsa supaya segera tampil untuk membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Lufya menerusi satu hantaran Instagram miliknya pada Selasa mendakwa dirinya cedera akibat dipukul di bahagian kepala dan badan menggunakan kayu oleh seorang lelaki tempatan sekitar jam 4 petang.

Katanya, walaupun mengalami kecederaan akibat serangan tersebut, Lufya berjaya melawan dan menyelamatkan dirinya serta anak perempuannya.

Sumber SinarHarian

PELAKON Lufya Omar berdepan situasi mencemaskan apabila diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali yang ingin cuba menculik anak perempuannya iaitu Laana Haura pada petang Ahad lalu.

Berkongsi situasi genting itu, Lufya atau Lufyah Sheikh Omar berkata, demi mempertahankan anaknya itu, dia telah dipukul menggunakan sebatang kayu di bahagian wajah dan badan yang telah menyebabkan kecederan pada wajah dan badannya.

“Dua hari lalu saya diserang oleh seorang lelaki yang cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di sebuah playground di Kota Damansara, lebih kurang pukul 4 ke 5 petang.

Lufya lega anak kesayangannya tidak diapa-apakan.

“Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul saya menggunakan batang kayu di kepala, badan serta menyebabkan kecerderaan pada wajah dan badan saya,” kongsinya.

Bagaimanapun Lufya, 37, bersyukur dirinya selamat daripada serangan tersebut dan paling penting anaknya berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah anak selamat dan saya pun selamat. Im a fighter!,” katanya.
Dengan izin Allah saya dapat melawan dan menyelamatkan anak saya.

Lufya berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya selain memuat naik beberapa gambar memperlihatkan wajah dan pergelangan tangannya yang cedera.

Sementara itu, menerusi perkongsian sama, Lufya turut menggesa para wanita untuk mempersiapkan diri dengan ilmu seni mempertahankan diri agar dapat melindungi keselamatan diri dan keluarga apabila berlaku situasi cemas.

Pergelangan tangannya turut mengalami lebam.

“Ikutkan orang yang menyerang itu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah saya dapat melawan dan menyelamatkan anak saya.

“Syukur Alhamdulillah… Moral of the story is we must always stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ini sanggup buat perkara-perkara yang keji.

“Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya,” tulisnya.



https://www.keluarga.my/lufya-cerita-detik-cemas-dipukul-dengan-kayu-lelaki-cuba-culik-anak/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian lufya si bekas artis masuk bod ci je. Tak layak masuk bodgos ke? Berlambak la artis pencen, sedara mara artis pun dpt masuk bodgos
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 28-6-2022 06:25 PM
Kesian lufya si bekas artis masuk bod ci je. Tak layak masuk bodgos ke? Berlambak la artis pencen, s ...

Kamu ni kenape takde empati??  Ini berite culik budak.  Kamu andartu ke?

@ifanonline
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Butuknya bila takde mekap.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Repot polis blom?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 07:01 PM | Show all posts
Edited by mojarean_X at 28-6-2022 08:06 PM
Minami2013 replied at 28-6-2022 06:25 PM
Kesian lufya si bekas artis masuk bod ci je. Tak layak masuk bodgos ke? Berlambak la artis pencen, s ...


Ini kan isu penculikan kanak2 malah si ibu dipukul oleh pelaku. dlm bod ci pun ada pilihan utk category jenayah. x kisahlah dia artis atau orang biasa pun, kes jenayah is still jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
nsb baikk...seramnyaa

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pukul 4 petang pun berani buat hal kat public places pulak tu. Hati hatilah oi bila bawa anak pergi main kat taman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 07:25 PM | Show all posts
Syukur alhamdulillah dedua selamat
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 07:56 PM | Show all posts
Syukur alhamdulillah selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 07:59 PM | Show all posts
bkas ke apa punya kerja
takkn bodo sgt penculik tu culik budak2 ada mak kt situ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila lah...
Motip nak culik budak ni? Pedo.ka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya betul kalau dah sampai pukul2 org ni... Better lebih berjaga2, mesti ada sesuatu org tu nak kalo nk smpai culik anak beliau.. Semoga sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm kat china pulak penculik main rampas2 anak dr mak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak2 sejati mmg automatik jd kuat kalau melibatkan ank2
Alhamdulillah ank dia xapa2
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 28-6-2022 10:29 AM
Kamu ni kenape takde empati??  Ini berite culik budak.  Kamu andartu ke?

@ifanonline

Dah kenape nk sentap? Nk menopause ke? Comprehension fail.. I perli tt.. bukan perli lufya. I perli wartawan cari yg buka thread mengarut kat bodgos tok vida, sajat, alip sukri tu pun masuk bodgos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 28-6-2022 11:01 AM
Ini kan isu penculikan kanak2 malah si ibu dipukul oleh pelaku. dlm bod ci pun ada pilihan utk cat ...

I perli wartawan cari.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 28-6-2022 09:11 PM
I perli wartawan cari.

Ohh sori2...x fhm sarcasm td
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:30 PM | Show all posts
Babai replied at 28-6-2022 06:47 PM
Butuknya bila takde mekap.

butuk pak hang...

waaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 28-6-2022 09:04 PM
Dah kenape nk sentap? Nk menopause ke? Comprehension fail.. I perli tt.. bukan perli lufya. I perl ...

Posting ko memang tak seswai sebagai pembuke bicare kat topik ney..  Nak perli ka, nak melawak ka, ade time2nye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-12-2022 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.128919 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list