CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
Author: YgBenar

[Tempatan] JPM minta kerjasama pemilik TikTok dakwaan ‘Pegawai Kerajaan Mengular’

  [Copy link]
Post time 27-6-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 27-6-2022 03:16 PM
Aku bln mac lepas..pi pejabat daerah kul 2pm.. nk bg dokumen yg depa minta...lama nunggu...kul 3 lbh ...

Pejabat tanah pukul 12:30 tengah hari dah tutup tirai tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2022 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sonatalady replied at 27-6-2022 04:26 PM
pengalaman anak sendiri.intern kat opis gomen sampai anak pn terkejut cara kerja mereka.
punch kad.. ...

Sebab tu anak-anak pekerja kerajaan ni tak pernah nya menjadi, mak bapak pemalas bekerja
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
c===8 replied at 27-6-2022 04:50 PM
gua heran cemana bank muamalat boleh survive padahal servis lembab nak mampos

Bank Muamalat yang macam taik palat tu terpaksa diteruskan sebab dibiayai Syed Mokhtar Al-Bukhary
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dkt2 office i ni ada tempat makan yang tak nak buka hari jumaat... Alasan depa, orang tak ramai, lps pukul 9am dah sunyi... Hari jumaat hari cuti kakitangan kerajaan..

Hadamkan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu nanti ada makcik kepam gemok 100 kilo komplen, kenapa korang semua nak dengki dengan penjawat awam?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 27-6-2022 05:39 PM
Hahaaa baek kita off topic MAKAN APA MASA MNGULAR INI HARI

Short form nyer MAMIH heheeee

MAT JAHAN Masak Apa Tak Jadi Hari Ni tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 27-6-2022 03:58 PM
Kohkohkohkohkoh ni akak setuju sis. Kau gi la kat RHB bank sis. Tengok macam mana “pro” sangat d ...

I pernah pergi bank M ni...
Niatnya nak tukar kat ATM baru sbb dh expired tapi sampai kat kaunter terus ubah fikiran cakap nak tutup akaun terus...
Lembab gila servis, 1 kaunter je buka...
Nak tukar kad tunggu dekat 2 jam mmg gagal la...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 09:53 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 27-6-2022 11:36 PM
Pejabat tanah pukul 12:30 tengah hari dah tutup tirai tersenyum sinis {: ...

ni guna mcm2 emoticon meluah habis2 an ke apa ni..hahahahahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2022 10:03 PM | Show all posts
ikutkan tulisan pensyarah UUM yang dah jadi pegawai khas PM baru2 ni, kerajaan yang sekarang ni dah banyak selamatkan kakitangan awam daripada rancangan jahat PH.

Jadi dah tiba masa para kakitangan kerajaan insaf dan balas jasa PM Mail.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 10:11 PM | Show all posts
PEPPERMAN replied at 27-6-2022 10:03 PM
ikutkan tulisan pensyarah UUM yang dah jadi pegawai khas PM baru2 ni, kerajaan yang sekarang ni dah  ...

pensyarah mana tu.
mana nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 10:19 PM | Show all posts
mawarputih2612 replied at 27-6-2022 10:11 PM
pensyarah mana tu.
mana nak baca

DALAM manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) berjanji jika berjaya menjadi kerajaan, mereka akan memberi penghormatan kepada sektor perkhidmatan awam dengan meletakkannya kembali ke tempat yang sewajarnya.
Begitu pun, selepas menjadi kerajaan selama 22 bulan, pelbagai kenyataan dan tindakan pemimpin PH terutama daripada DAP menunjukkan perkhidmatan awam bukan dihormati sebaliknya dikenakan tekanan, kecaman dan ugutan.
Masih kita ingat, seorang ahli Parlimen DAP menyifatkanpenjawat awam sebagai membebankan kerajaan manakala seorang ahli Parlimen DAP lain pula mendesak kerajaan PH supaya mengurangkan bilangan penjawat awam.
Seorang lagi ahli Parlimen DAP mencadangkan di Dewan Rakyat supaya kerajaan PH melakukan pembaharuan dasar berkenaan pemberian pencen pegawai dan kakitangan awam yang dikatakan membazirkan bagi mengutamakan penjimatan wang rakyat.
Seorang Exco DAP pula menegaskan, kerajaan PH tidak perlu takut untuk memecat penjawat awam sementara seorang timbalan menteri juga dari parti sama menyebut mengenai keperluan melakukan proses pembersihan penjawat awam.
Bila sahaja timbul isu yang gagal diselesaikan oleh kerajaan PH, maka penjawat awam dijadikan kambing hitam. Maka timbul isu-isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), tender, tatu.



Yang menuduh penjawat awam mensabotaj kerajaan PH termasuk dikatakan sebagai punca agenda reformasi yang dirancang lambat atau gagal dilaksanakan ialah pemimpin PH, baik dari DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) atau PKR.
Lebih teruk daripada itu, kerajaan PH juga memindah dan menyejukbekukan (cold storage) sesuka hati penjawat-penjawat awam utama kerajaan yang teguh mempertahankan etika perkhidmatan awam, termasuk ketua-ketua setiausaha kementerian.
Pendekatan bercorak konfrontasi oleh kerajaan PH jelas tergambar dengan pemberhentian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang melibatkan pertemuan antara Perdana Menteri (PM) dan penjawat awam.
MAPPA terakhir adalah pada 2018 membabitkan pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kira-kira 10,000 penjawat awam apabila beliau mengumumkan beberapa insentif untuk kakitangan kerajaan dan pesara.
Sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan, MAPPA tidak lagi diadakan sebaliknya yang ada hanya Perhimpunan Perdana Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2019.
MENGIKAT PERUT
Perhimpunan ini paling diingati kerana kata-kata Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meminta CUEPACS dan jentera kerajaan ‘mengikat perut’ supaya hutang negara yang menjangkau nilai trilion ringgit angkara pentadbiran terdahulu dapat dikurangkan. Lebih teruk lagi adalah bila pengumuman Najib tidak dihormati dan tidak dilaksanakan oleh kerajaan PH, iaitu:
1. Kenaikan gaji bersamaan satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) secara khas kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018.
2. Pemendekan kenaikan pangkat time-based kali kedua dikurangkan dari 13 kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018.
3. Penambahan gred DG 56 bagi guru-guru Kementerian Pelajaran (KPM).
Selain itu, satu-satunya pemberian geran tahunan oleh kerajaan PH kepada CUEPACS adalah pada 2019 dengan nilai sebanyak RM1 juta sahaja, selari dengan arahan ‘mengikat perut’, jauh berkurang daripada pemberian kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Paling menyedihkan adalah permohonan pemberimilikan lot tanah kerajaan di Presint 18 bagi tujuan tapak rumah Kelab CUEPACS yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 15 Februari 2018.
Bila PH memerintah, surat kelulusan ke atas permohonan ini didapati ‘hilang’ secara tiba-tiba dan kini hanya setelah PH tidak lagi memerintah, barulah ia ditemui semula sekali gus membolehkan CUEPACS memulakan kerja bagi membina bangunan pejabat baharunya.
Sejak Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, beliau mengambil pendekatan berbeza daripada PH dengan bersikap amat mesra dengan penjawat awam, malah beberapa kali menyantuni mereka secara terbuka atau tertutup.
Perdana Menteri memberi jaminan, beliau akan memfokuskan usaha memberi wajah baharu kepada penjawat awam selain landskap baharu dalam organisasi awam.
Pada 13 Jun lalu, Perdana Menteri meluangkan masa lebih sejam menyantuni rombongan sembilan Ahli Jawatankuasa CUEPACS diketuai Presiden dan Setiausaha Agungnya, Datuk Adnan Mat dan Abdul Rahman Mohd. Nordin.
Dalam pertemuan tersebut, CUEPACS membangkitkan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh penjawat awam pada zaman kerajaan PH dan ini disambut oleh beberapa komitmen Ismail Sabri untuk membantu penjawat awam amnya dan CUEPACS khasnya.
Turut dibangkitkan ialah cadangan gaji minimum baharu penjawat awam RM1,800 membabitkan kumpulan Pembantu Awam dan Pembantu Operasi, cadangan pemberian dua KGT khas untuk semua penjawat awam dan Sistem Saraan Baharu (SSB).
Perdana Menteri memberi jaminan akan mempertimbangkan kesemua cadangan CUEPACS ini tertakluk kepada perbincangan yang akan dibuat dengan Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara mengenai kesesuaian pelaksanaannya.
Selain itu, Ismail Sabri juga meluluskan geran tahunan sebanyak RM4 juta kepada CUEPACS, akan merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu Pejabat CUEPACS selain berjanji untuk menghidupkan kembali MAPPA pada Ogos atau September nanti. – UTUSAN
DR. Kamarul Zaman Yusoff ialah Pegawai Khas Perdana Menteri.

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 27-6-2022 04:58 PM
Ini aku boleh sokong. Aku buat home loan dgn bank ni. Laywer siap bagitau  yang bank ni memang slo ...

Yg boleh pulak pegi buat loan dgn bank tu dah kenapa? Mcm jarang je dgr org bg testismonial buat loan situ? Pegi bank cina pun ada jua islamic product walaoponnnn.. aku suka deal dgn cina, papehal leh jerkah takde la takut kena santau balik ke apa kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 27-6-2022 05:34 PM
Bila ada website xmo update siap server down 24/7/365
Ada peti cadangan xpernah dpt response
Pastu ...

Aku dulu keje dept sales kt lg aku suka pass name card aku kt customer kalau papehal contact direct aku terus takyah pegi kt clerical staff.. bukan apa, nnt info bercanggah if org lain inform pastu customer pening nanti aku kena buat keje 2x.. nak kena cool down customer bengang satu hal, pastu aku punya keje lain kang backlog pulak dah menyetel hal dia punya pasal.. buat keje biar efficent sket tak gitu? pastu bos pun syg kau sebab jaga customer tiptop agitchew!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 12:26 AM | Show all posts
fefeeling replied at 28-6-2022 02:20 AM
Aku dulu keje dept sales kt lg aku suka pass name card aku kt customer kalau papehal contact direc ...

sales mmg suka tebar pukat merata..klu bg 3 kotak namecard..3 kotak habis..bg 10 kotak 10 kotak habis

rules 90:10 kekdahnya...komisen pon sah2 xpyh kongsi sbb customer deal directly khuenssskohkoh

masalah gomen ni dorg pki rule..bukan buat sales..tu sbb xpyh aggressive xpyh gerak muntot lebau tu pon goyang kaki dpt job..ali baba style!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fefeeling at 28-6-2022 12:29 AM
Nham22 replied at 27-6-2022 06:06 PM
Jpj pon sama.. Kaunter buka 5..tp ade yg main hp.. Ade yg sembang....nak tunggu kene panggil tu lame ...


Takat main henpon tu beshe beshe je.. bapak aku dulu dlm dept dia ada yg mengular pegi buat job bawak teksi.. mampu? Geleng kepala bapak aku jenuh cover line.. yelah kang kalau bapak aku pecah lobang, org gomen ni laju aje nak santau org yg dia sakit hati kan.. pastu bapak aku cite, diorang ni ada shift.. kwn dia ni boleh pulak tak masuk2 lg shift dia, dah org lain kena standby sementara tunggu dia dtg.. bila bapak aku call, bini dia jawab laki dia tgh tido, jgn kacau dia tido.. dasar noreen laki bini.. skang dah pencen semua.. apa jd dgn kwn bapak aku tu? Kaki sebelah kena potong kencing manis.. cerita mastika menjadi realiti ok.. kaki dipotong di hari tua sementelah suka mengular waktu bekerja
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 28-6-2022 12:26 AM
sales mmg suka tebar pukat merata..klu bg 3 kotak namecard..3 kotak habis..bg 10 kotak 10 kotak ha ...

Hahaha betoi kaka setiap 2 bulan aku memang akan request batch baru name card.. bkn customer je aku tebar pukat, dgn staff2 skali masuk bawah pukat.. strategi mah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 27-6-2022 03:09 PM
Siasat aje la staf sendiri . Cctv ada kan

Takkan Jpm nak naya staff sendiri. Tu yg.dok main takraw pusing tuwe
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 28-6-2022 01:35 AM
Normabaru replied at 27-6-2022 05:09 PM
Wah wah..body gini br SPM?

Muka matang sblm usia?

Konfem budak sekolah sis, ujong tu ayat dia:


https://www.tiktok.com/@marythehighness/video/7018407806034283802

Kat tudong tu ade badge sekolah..  Dia sorok.

Tapi ape urusan budak ney nak jumpe piyem??
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:35 AM | Show all posts
fefeeling replied at 28-6-2022 02:30 AM
Hahaha betoi kaka setiap 2 bulan aku memang akan request batch baru name card.. bkn customer je ak ...


Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:40 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 28-6-2022 03:33 AM
Konfem budak sekolah sis, ujong tu ayat dia:

patutlaa gomen cari dia..deme sure dh tahu bdak ni dak sek..skmm sure dh provide info..

tp siyesla..muka dak ni sungguh tuwe sebelum usia..dh mcm syarifah khasif yg tersakiti pon ade gk..pada kaka dia ni acah buat content sbb nk viral..dia ingt dia bijak..xsangka acik gomen lg bijak bab2 mgular

haaa eloklaaa gini..sama2 naik..

mari tgk siapa yg kenaaaaa.hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-10-2022 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.087422 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list