CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 41932|Reply: 367

[Tempatan] Saya trauma tak dapat jumpa anak-anak - SM Faisal

  [Copy link]
Post time 27-6-2022 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 29-6-2022 12:47 AM


Ahli perniagaan SM Faisal SM Nasimuddin berkata. beliau tidak bertemu tiga anak lelakinya sejak bercerai dengan Emilia Hanafi enam tahun lepas.

GEORGE TOWN: Ahli perniagaan SM Faisal SM Nasimuddin menggesa pengkritiknya agar mendengar cerita dari pihaknya dalam isu undang-undang dihadapinya dengan bekas isteri berhubung hak lawatan anak mereka.

Beliau juga trauma, katanya, kerana tidak dapat meluangkan masa bersama tiga anak lelakinya sejak enam tahun lepas – “walaupun pada Hari Raya dan hari lahir”.

Katanya, beliau dinafikan masa untuk bersama anak-anaknya sejak bercerai dengan Emilia Hanafi enam tahun lepas, walaupun perintah mahkamah memberinya hak melawat.

“Tahu tak betapa traumanya (saya)?,” soalnya sebagai respons terhadap dakwaan peguam Siti Kasim bahawa bekas isterinya terpaksa masuk ke dalam penjara atas isu itu dan mengalami tekanan emosi dan trauma.

Tetapi bagaimana dengan saya? Saya tak dapat luangkan masa bersama anak-anak sejak enam tahun lepas, sekalipun pada Hari Raya dan hari lahir,” katanya.

Emilia dijatuhi hukuman penjara seminggu oleh Mahkamah Syariah kerana menghina mahkamah selepas gagal menyerahkan tiga anak mereka berusia 10 hingga 16 tahun, walaupun beberapa perintah mahkamah interim dan penghakiman persetujuan membenarkan hak melawat bagi Faisal.

Faisal turut menolak dakwaan Siti Kasim bahawa beliau telah beberapa kali gagal hadir bertemu anak-anaknya sejak 2018.

Peguamnya Akberdin Abdul Kader berkata, pasangan itu bersetuju bahawa anak-anak mereka akan dihantar ke kediaman mereka sebelum ini, di Serene Kiara, Kuala Lumpur, bukan tempat lain seperti didakwa Siti.

Faisal tidak mendesak dan menunggu untuk bertemu anak-anaknya di rumah bapa Emilia di Kajang, tetapi bekas isterinya itu enggan membenarkan anak-anak mereka bertemunya, kata peguam itu.

Katanya, Faisal telah membuat laporan polis setiap kali gagal bertemu anak-anaknya seperti dibenarkan oleh mahkamah.

“Kami gesa pengkritik, termasuk Siti Kasim, untuk mengkaji fakta kes ini sebelum membuat dakwaan palsu dan mengelirukan orang ramai. Malang juga ada media yang gagal melaporkan isu ini secara adil dan objektif,” kata Akberdin.

Peguam Emilia, Nizam Bashir berkata, anak guamnya telah membuat komitmen secara bertulis untuk memastikan Faisal mendapat akses kepada anak-anaknya
.
“Mungkin Faisal patut meneliti surat-menyurat antara peguamnya dengan anak guam kami,” katanya kepada FMT.

Nizam berkata, anak-anak mereka mesti diberikan akses sama rata kepada ibu bapa mereka di tempat yang selesa.

“Nafkah dan pendidikan anak-anak juga menjadi keutamaan, dan semua orang mesti memastikan tiada antara ibu atau bapa perlu dimasukkan ke penjara,” katanya.

Beliau mencadangkan supaya kedua-dua pihak bersetuju dengan rangka kerja yang sama, agar Faisal menarik balik prosiding komital terhadap Emilia dan untuk wanita itu menggugurkan permohonannya bagi semakan kehakiman ke atas komitalnya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 27-6-2022 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbelit sudah ini sinetron
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 10:38 AM | Show all posts
Bekas isteri SM Faisal hadir prosiding komital
NOOR AZLIDA ALIMIN | | 27 Jun 2022


KUALA LUMPUR - Bekas isteri seorang ahli perniagaan terkenal, Emilia Hanafi, 43, tiba di Mahkamah Syariah di sini pada jam 9.50 pagi untuk prosiding komital berhubung isu mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka.

Emilia yang hadir dengan memakai jubah dan selendang putih tiba di mahkamah ini dengan ditemani peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim serta penyokongnya.

Pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menjatuhi hukuman tujuh hari ke atas Emilia kerana menghina mahkamah ekoran mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka, namun beliau dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Pada 8 Jun, Emilia memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah di sini yang menjatuhi hukuman penjara berkenaan.

Permohonan dibuat menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates di Mahkamah Tinggi dan menamakan SM Faisal, 43, serta bekas ibu mentuanya, Puan Sri Zaleha Ismail, 70, sebagai responden.

Turut dinamakan ialah Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur dan Kerajaan Malaysia.

Pada 15 Jun lalu, Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap Emilia kerana gagal hadir sebagai saksi pendakwaan, dalam kes jenayah terhadap bekas suaminya.

Hukuman terhadap Emilia menyebabkan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem undang-undang syariah Malaysia yang disiarkan oleh sebuah portal.

Pada 25 April lalu, Maria Chin dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik keputusan mahkamah itu yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas Emilia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Beliau macam selalu berada di luar negara. Ikut rekod lawatan, mcm banyak yg missed dari hadir. Sampai kena jail bekas isterinya. Sadis betul ex-husband buat ibu pada anak-anak nya mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 11:09 AM | Show all posts
bapak2 yang culas nafkah anak walaupun dah ada court order tu mahkamah xnak bagi penjara pulak
mahkamah syariah lemah, menidas wanita
mahkamah sivil lagi adil
hakim bukan beragama islam di mahkamah sivil lagi adil bagi aku
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun trauma jgk tgk aksi ko bersetubuh siap rakam video
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 27-6-2022 11:10 AM
Aku pun trauma jgk tgk aksi ko bersetubuh siap rakam video

Itulah
Moga sempat bertaubatt
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 11:14 AM | Show all posts
krustykrab replied at 27-6-2022 11:10 AM
Aku pun trauma jgk tgk aksi ko bersetubuh siap rakam video

sofa merah ke?

Semoga bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah swt
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 27-6-2022 11:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 11:42 AM | Show all posts
Kami pun trauma tengok vid sofa merah dulu..

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Gelinya sofa merah ni

Aku rasa dua2 ex laki bini ni ada masalah mental.


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 11:49 AM | Show all posts
ko exercise kat sofa merah tu ingat orang tak trauma ke babi? ko ingat anak2 ko tak trauma ke kalau diorang tengok?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 11:49 AM | Show all posts
Kitorang semua lagi trauma dengan video kau Pejal oii. Lagi kau nak trauma tak dapat jumpa anak2. Propa lebih. Time sedap kongkek butoh tak cuci, takde plak kau ingat anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 11:51 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 27-6-2022 11:48 AM
Gelinya sofa merah ni

Aku rasa dua2 ex laki bini ni ada masalah mental.

aku pun rasa, kesian kat anak2
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 12:04 PM | Show all posts
sofa merah? video apa tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 27-6-2022 11:09 AM
bapak2 yang culas nafkah anak walaupun dah ada court order tu mahkamah xnak bagi penjara pulak
mahka ...

Exactly…! bila tang pompuan
laju je nak penjara
jantan melayu haprak ramai
yg culas bagi nafkah
buat2 lupa pulak
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 27-6-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Eww, tengok sofa merah tu lagi trauma k... dah la body sendu. Mahkamah syariah kalau part perempuan buat hal laju je kan.. bila lelaki buat benda tak bermoral camni buat2 x nampak
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgn siapa kat sofa merah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Banglong silap langkah, dah makin kecoh ex dapat tarik crowd
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 12:27 PM | Show all posts
tikusmontok replied at 27-6-2022 12:14 PM
Dgn siapa kat sofa merah tu?

dengan awek cina kann....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

10-8-2022 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.802720 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list