CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
1234Next
Return to list New
View: 4348|Reply: 69

[Politik] Fahmi jangan hipokrit, pakaian dia pun mahal - Nazri

  [Copy link]
Post time 26-6-2022 05:50 PM | Show all posts |Read mode

Mohamed Nazri berkata beliau pelik dengan sikap Fahmi yang suka mengkritik barangan milik orang lain. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil jangan hipokrit dengan hanya mengkritik pakaian orang lain sahaja, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Mohamed Nazri juga menasihatkan Fahmi agar melihat juga almari pakaiannya kerana pakaian pemimpin PKR itu juga bukan murah dan berjenama.

"Kalau kita lihat pakaian dia pun boleh tahan. Kalau tengok di Parlimen suite dia, kasut dan jam tangan boleh tahan juga, itu baru penggal pertama jadi ahli Parlimen.

"Perdana Menteri pakai baju mahal atau berjenama ini bukan pelik kerana berdasarkan pengalaman saya semasa menjadi menteri sebelum ini, ramai yang menghadiahkan perdana menteri pakaian dan barangan lain yang berjenama dan mahal.
"Fahmi boleh tanya boss dia, Anwar Ibrahim masa jadi timbalan perdana menteri, itu baru timbalan perdana menteri belum perdana menteri, ramai yang hadiahkan barangan mahal dan berjenama termasuk baju.

"Jadi bila orang dah bagi hadiah, kita kena pakailah tanda kita hargai pemberian orang, bukan simpan dalam almari," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata beliau pelik dengan sikap Fahmi yang suka mengkritik barangan milik orang lain.
Mohamed Nazri menjelaskan, sebelum ini Fahmi mengkritik tindakan beliau menghantar anak lelakinya belajar di Paris.

"Apa masalah dia? Sebelum ini dia kritik saya hantar anak belajar di Paris, saya tidak guna duit dia, saya tidak guna duit kerajaan, saya guna duit saya sendiri.
"Kenapa dia sibuk sangat hal orang lain? Kenapa tidak masa yang digunakan untuk nilai baju orang lain itu digunakan untuk bersama membantu rakyat?" katanya lagi.
Mohamed Nazri berkata demikian ketika mengulas kritikan Fahmi terhadap kemeja lengan pendek berjenama yang dianggarkan bernilai RM6,900 yang dipakai Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau juga yakin rakyat tidak peduli tentang harga pakaian perdana menteri kerana apa yang dipentingkan adalah usaha yang dilakukan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2022 06:34 PM | Show all posts
Nazri kau abai ke orang gila jenis tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah semuo politaikkk same jerk
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ada ke menteri pi beli kt kedai bundle bangla...mmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dihadiah pakaian harga ribuan ringgit, bukan ke penjawat awam atau PM patutnya menolak sebab melebihi had yg dibenarkan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 26-6-2022 08:44 PM

Oii bingai..org kritik pm pkai baju mahal sbb ada bukti..dtg majlis rakyat marhaen pun pkai baju mahal2 ape kes?..kat parlimen tu takpe lah nk pkai sut mahal camana pun dah nama pun Parlimen, ada protokol pakaian mmg kena pakai elok2 pun



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Biler pak muntri nak support barang keluaran malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 26-6-2022 07:08 PM
Kalau dihadiah pakaian harga ribuan ringgit, bukan ke penjawat awam atau PM patutnya menolak sebab m ...

aku pon cam nak tanya amboi ribu riban hadiah, ada makna ke? dan boleh ke terima?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ya.. we heard you
Menteri2 & pengikut semua mmg layak pakai baju mahal
Marhaen kena ikut bangga korang semua bergaya
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 08:14 PM | Show all posts
teringat nesihat kak mah...
akak2 pakai baju kurung  rm 60.00 sepasang jer
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 08:17 PM | Show all posts
Cakap kat marhaen jimat cermat. dan ikat perut..semua tu sembang kari saja
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal anak bongsu heols tak gi tadika padang rengas atau bachok?

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 26-6-2022 07:22 PM
Oii bangang.org kritik pm pkai baju mahal sbb ada bukti..dtg majlis rakyat marhaen pun pkai baju mah ...

Eccentric.


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 26-6-2022 07:35 PM
aku pon cam nak tanya amboi ribu riban hadiah, ada makna ke? dan boleh ke terima?

Bukan rasuah ke?

Ke hadiah birthday?


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bg aku xkisahla nak pakai harga berapa pun, tp baju ada byk tulisan besar2 ni so yesterday & nampak xmatang. stylist pun xsyorkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2022 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 26-6-2022 07:22 PM
Oii bangang.org kritik pm pkai baju mahal sbb ada bukti..dtg majlis rakyat marhaen pun pkai baju mah ...

X tau lah sama ada iols ni rabun atau x de taste. Tp iols tgk baju tu nmpk lg cantik pd pak mael rather than model tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 26-6-2022 08:26 PM
X tau lah sama ada iols ni rabun atau x de taste. Tp iols tgk baju tu nmpk lg cantik pd pak mael r ...


Sbb model tu x taste so nmpak la pak mail pakai cantik..cer david bekam yg jadi model haruss otomatik pak mail yg nmpak kepam
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Fahmi kalau pakai Armani ke Versace ke dah tentu hensem. So hakak maafkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 26-6-2022 08:47 PM
Sbb model tu x taste so nmpak la pak mail pakai cantik..cer david bekam yg jadi model haruss  ...

...jujur betul chuouls...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kenyataan si nazri ni mcm nak kata klu terima hadiah ribu riban dr sesiapa shj adalah halal waima ko adalah penjawat awam
dgn erti kata lain terima hadiah dr entah saper2 tu bukanlah rasuah dan PM sebg penjawat awam boleh terima tanpa ragu2, mabuk ketum mamat ni
SPRM berdsrkn apa nazri ckp sila lah siasat semua menteri dulu dan juga kini terutama nazri ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-10-2022 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.190043 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list