CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 164|Reply: 0

[Johor] Seleweng diesel, 4 lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 18-5-2022 10:10 AM | Show all posts |Read mode

DUA pemandu lori dan pembantu masing-masing serta lori tangki ditahan. FOTO Ihsan PPM.

Johor Bahru: Empat lelaki ditahan dalam dua serbuan berasingan di kawasan Batu 3 1/2, Jalan Tampoi di sini, selepas disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan diesel, semalam.

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 43 tahun adalah pemandu lori dan pembantu masing-masing ditahan pada 11.30 malam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, ketika serbuan, pegawai dan anggota dari Unit Risik Marin dalam Operasi Kontraband mengesan pemandu dan pembantu kedua-dua lori tangki terbabit sedang mengisi diesel.

"Kita menahan mereka kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran yang sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"Hasil pemeriksaan lanjut, kita mengesan 12,000 liter diesel dianggarkan bernilai RM25,800 sudah diisi dalam dua lori yang berasingan itu," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Muhd Zailani berkata, keseluruhan rampasan termasuk diesel dan 12 unit tangki minyak plastik serta dua lori itu dianggarkan bernilai RM197,800.

Beliau berkata, semua barang rampasan termasuk empat lelaki yang ditahan itu dibawa balik ke Markas PPM Wilayah Dua, Tampoi untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada masa sama, Muhd Zailani menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah termasuk aktiviti penyelewengan diesel seumpama itu kepada pihak berkuasa terutamanya PPM Wilayah Dua di talian 07-2372221 atau 07-2372222.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... el-4-lelaki-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.075383 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list