CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 17492|Reply: 378

23Jun ni pilem Sol nak main kat cinema

  [Copy link]
Post time 14-5-2022 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Filem Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini

Poster rasmi dilancarkan hari ini, 13 Mei 2022

Seperti pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, itulah yang akan disaksikan oleh penonton lewat buah tangan terbaharu pengarah berprolifik, Syamsul Yusof.

Karya terbaharu yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini membentangkan sejarah penting dalam filem biografi epik, Mat Kilau.

Latar perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.

Aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau. Beliau kemudian dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang.

Ini termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Filem yang mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British ini turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali, (Imam Bottoqh) Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby, (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty, (Ibu Yassin).

Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

“Sebagai penerbit kami berharap seluruh masyarakat Malaysia menonton filem ini dan terhibur.

“Filem arahan Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut, merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi,” kata penerbitnya, Shahruddin Dali.

Mat Kilau dibikin dalam suasana  tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu.

Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British.

Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

Tontonlah filem aksi tanpa henti ini, yang menyaksikan pengorbanan, keberanian, dan kesatuan pahlawan-pahlawan Melayu untuk membebaskan tanahair tercinta.

Poster rasmi filem Mat Kilau telah dipamerkan sejak 13 Mei 2022 di semua laman sosial. Manakala trailer rasmi akan dipertontonkan 16 Jun ini untuk khalayak. Filem hebat ini akan menemui penonton di 90 pawagam seluruh negara bermula 23 Jun depan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak support bamtah tp nak boikot sol camne
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
1. Wah ada Yayan Ruhian.

2. Akak tak minat filem2 Samsol ni. Pernah tengok Munafik ja - style pengarahan heshe tak ngam di hati akak so akak memang tak minat tengok filem Samsol tersendol ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Musti filem ini banyak historical inaccuracy. Tengok poster, kostum pun udah tahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2022 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Myhappyending replied at 14-5-2022 01:17 AM
Nak support bamtah tp nak boikot sol camne

Itu la..nak support dadatima gak tapi nak boikot sol
Sol punya record tgh buruk skg..berani2 dia nak main filem kat waysng..aii boikot demi solidarity utk PS   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2022 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-5-2022 01:19 AM
1. Wah ada Yayan Ruhian.

2. Akak tak minat filem2 Samsol ni. Pernah tengok Munafik ja - style penga ...

Cinematography..sound pilem Sol buat cantik uols..penah tgk yg munafik tayang kat Astro 1st tu .tu dulu la sebelum hangat kisah curang sol ni .lepas dia kantoi curang jgnkan pilem dia..tgk nama dia kat poster pilem pun aii benci   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2022 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-5-2022 01:21 AM
Musti filem ini banyak historical inaccuracy. Tengok poster, kostum pun udah tahu.

Tak sure la follow 100% true story @ sekadar mencantikkn story line jah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah la. Takut keciwa lg. Ramai tanya awat xpilih pizz peruz? Since heols boleh ckp longhat pahang. Adiputra dah la org SG
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 14-5-2022 01:55 AM
Entah la. Takut keciwa lg. Ramai tanya awat xpilih pizz peruz? Since heols boleh ckp longhat pahang. ...

maybe dr segi fizikal kurang sesuai
kena pulak bersilat bagai dan punya aura pahlawan
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik poster tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-5-2022 01:19 AM
1. Wah ada Yayan Ruhian.

2. Akak tak minat filem2 Samsol ni. Pernah tengok Munafik ja - style penga ...

Kan. Sama.
Kenot go dengan style SY.
Tambah dengan cerita kurang enak terbaru.
Kosserr nak tengok.

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ada kuda? Dulu2 British angkut kuda meh ke tanah Melayu ini?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 08:48 AM | Show all posts
Filem ini sesuai juga tayang masa musim Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali serta Krismas, itupun kalau selesai tayangannya di pawagam..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka cerita tema mcm ni tapi nak tunggu yg free je nanti. Baru habis nengok the last kingdom. I am uhtred, son of uhtred. Best! Kecuali scene² sx.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
wolfheart replied at 14-5-2022 09:14 AM
Suka cerita tema mcm ni tapi nak tunggu yg free je nanti.  Baru habis nengok the last kingdom.  ...

Aku pun bantai tengok last kingdom sebelum raya hari tu. Ketagih aku nak habiskan semua..lepas tu dok hangin dengan brida..annoying gila saiko.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-5-2022 01:21 AM
Musti filem ini banyak historical inaccuracy. Tengok poster, kostum pun udah tahu.

Itu le. Rs mat kilau ni area lewat 1800an,meninggal pun tahun 1970. Dh knp tgk kostum yg pahlawan melayu mcm bang rajan je. Mcm melayu lama sgt. Tp yg omputih tu ok la. Tu lah payah klu org Msia ni klu buat filem. X rujuk dgn pakar sejarah ke, kurator ke. ( ye ye je rs dorg x wat homework)
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 10:11 AM | Show all posts
Nak boikot sb sol, tapi ada daddy tima..hmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 14-5-2022 09:50 AM
Aku pun bantai tengok last kingdom sebelum raya hari tu. Ketagih aku nak habiskan semua..lepas tu  ...

Memang geram nengok brida tu. Tak sabar nak nengok filem pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayooo ada beto, ada bamtah.
Tp tak suka sol. Acanerr?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga flop sbb sol...tp ada fattah la pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-6-2022 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.098736 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list