CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 253|Reply: 0

[Johor] Lebih sejuta kenderaan dijangka masuk Johor menjelang Aidilfitri

[Copy link]
Post time 28-4-2022 04:34 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Kamarul Zaman Mamat menyempurnakan Op Selamat 18 di Plaza Tol Skudai di sini hari ni. FOTO Mary Victoria Dass



Johor Bahru: Polis Johor menjangkakan akan berlaku pertembungan kemasukan lebih sejuta kenderaan dari Singapura dan Kuala Lumpur serta negeri lain hingga boleh menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di negeri itu.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ketika ini terdapat sebanyak 70,000 orang membabitkan 35,000 kenderaan dari Singapura masuk setiap hari dari Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar (BSAB), Iskandar Puteri.

Menurutnya, menerusi Op Lancar yang merupakan komponen Op Selamat 18, pihaknya mengenal pasti 30 hotspot lokasi yang dijangka berlaku kesesakan.

Katanya, ia termasuk di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Lebuhraya Pasir Gudang, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi dan Jalan Yong Peng-Segamat.

"Sebanyak 41 kawasan hotspot pula dikenal pasti kerap berlaku kemalangan, manakala Batu Pahat memiliki kawasan hotspot kemalangan tertinggi.

"Kita menjangkakan kenderaan dari Kuala Lumpur dan negeri lain akan bertambah dan masuk ke negeri ini sekali gus turut menyaksikan pertembungan kenderaan dari Singapura.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis Pelancaran Op Selamat Hari Raya Aidilfitri Ke-18 di Plaza Tol Skudai, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin dan Timbalan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Johor Jamaluddin Mohammad.

Kamarul Zaman berkata, seramai 300 anggota polis trafik termasuk membabitkan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) diatur gerak secara holistik serta sistematik bagi mengurangkan kesesakan trafik di lebuh raya, jalan persekutuan serta jalan bandar.

Menurutnya, pengguna jalan raya diminta peka dengan maklumat terkini berkaitan aliran trafik di dan merancang perjalanan masing-masing.

"Pengguna jalan raya perlu berhemah dan mematuhi segala peraturan lalu lintas dengan tidak memotong barisan, menyalah gunakan lorong kecemasan atau memandu melebihi had laju.

"Kami juga mengalu-alukan kerjasama masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berkaitan kesalahan trafik dengan berkongsi video atau gambar bagi tindakan lanjut," katanya.


Disiarkan pada: April 28, 2022 @ 3:16pm




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.179486 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list