CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 276|Reply: 1

[Johor] Johor umum cuti kelepasan am 2 Mei

[Copy link]
Post time 28-4-2022 08:38 AM | Show all posts |Read mode
  


Johor Bahru: Kerajaan negeri Johor memberikan cuti kelepasan am pada 2 Mei ini sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan itu dibuat selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan pada hari ini, bersetuju mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Kelepasan Am (Cuti Khas Peristiwa bagi Negeri Johor).

Katanya ia terpakai kepada semua jabatan negeri, badan berkanun negeri, pihak berkuasa tempatan negeri, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta di negeri ini.

"Menyedari ramai Bangsa Johor yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk memberikan cuti kelepasan am pada Isnin 2 Mei.

"Semoga kita semua beroleh manfaat dari cuti perayaan bagi bersama-sama keluarga, sanak-saudara serta rakan taulan meraikan hari lebaran
"Rancanglah perjalanan anda dengan baik agar sentiasa lancar dan selamat ke destinasi masing-masing,"katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 3 Mei depan (Selasa), manakala hari kelepasan am pula telah ditetapkan pada 3 dan 4 Mei dan sambutan Hari Pekerja adalah pada 1 Mei (Ahad).

Bagi Negeri Johor, cuti hujung minggu adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Justeru itu, negeri Johor tidak terbabit dengan cuti gantian pada Isnin 2 Mei.
Jelas Onn Hafiz, kuasa bagi mempertimbangkan kelulusan cuti kelepasan am (Cuti Khas Peristiwa) merujuk kepada Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 - (Akta 369).

Katanya ia mengambil kira beberapa perkara yang memudahkan perancangan rakyat negeri ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah dua tahun tidak dapat meraikannya.

"Selain itu, ia mengurangkan kesesakan lalu lintas dan risiko kemalangan jalan raya pada hari Isnin sebelum perayaan bagi mereka yang bekerja dan tergesa-gesa untuk pulang menyambut hari perayaan.

"Disamping meningkatkan motivasi dan kebajikan kepada pekerja dengan memberi cuti lebih awal.

"Ia juga memberi kemudahan kepada ibu bapa bagi menguruskan anak anak yang tidak bersekolah dan masih kecil kerana pusat penjagaan kebanyakannya akan ditutup pada tarikh berkenaan," katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 02:58 PM | Show all posts
mantapp. raya lama sket.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-6-2022 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.093523 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list