CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 281|Reply: 0

[Johor] Kontraktor didakwa guna gelaran Datuk, lambang Diraja Pahang

 Close [Copy link]
Post time 26-4-2022 03:53 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMMAD Shaiful Nizam (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menggunakan gelaran datuk dan lambang Diraja Pahang tanpa kebenaran. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran Datuk dan mempamer lambang Diraja Pahang tanpa kebenaran pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Mohammad Shaiful Nizam Abu, 39, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Mohammad Shaiful Nizam didakwa menggunakan gelaran Datuk tanpa menerima sebarang anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran itu dari Pahang bagi maksud persendirian tanpa kebenaran Sultan Pahang pada 11.30 pagi 27 Januari tahun lalu di premis Mind Faculty Wellness Care Center di Jalan Anak Bukit 1, Palm Resort Senai, Kulai.

Untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mempamer dan melekatkan lambang Darjah Indera Mahkota Pahang pada kenderaan miliknya iaitu jenis Isuzu bernombor pendaftaran JQM5965 tanpa kebenaran bertulis daripada Sultan Pahang pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Mohammad Shaiful Nizam didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang atau Anugerah (mencegah penggunaan tidak wajar) Pahang 2017 (Enakmen 18) yang dibaca bersama Seksyen 17 Akta Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 2017 (Akta 787).

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 iaitu RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qaiyyum Ramlan dan Nurul Syafiqah Sha'ari, manakala tertuduh diwakili Sharifuddin Liwan.

Terdahulu, Muhammad Qaiyyum mencadangkan mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan namun Sharifuddin memohon supaya mahkamah mengurangkan jaminan kerana anak guamnya yang sudah mendirikan rumah tangga dan menyara keluarganya.

Che Wan Zaidi juga menetapkan 29 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mbang-diraja-pahang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-6-2022 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.232696 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list