CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 267|Reply: 0

[Johor] Flat 'dalam' sampah!

[Copy link]
Post time 26-4-2022 01:34 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN Blok 23, Flat SEDC, Taman Air Biru, Pasir Gudang dalam keadan kotor dan dipenuhi sampah-sarap. FOTO Mary Victoria Dass

Pasir Gudang: Flat dalam sampah. Begitulah keadaan Blok 23, flat SEDC di Taman Air Biru di sini, yang dipenuhi sampah, kotor dan tidak terurus, sejak dua tahun lalu.

Seorang penduduk, Suriani Omar, 46, berkata, permasalahan timbul apabila tiada pihak yang mengurus soal penyelenggaraan flat berkenaan yang berusia lebih 20 tahun.

Menurutnya, sikap tidak bertanggungjawab segelintir penghuni flat juga memburukkan keadaan.

Katanya, ia berikutan penghuni termasuk warga tempatan mahupun asing gemar membuang sampah dari tingkat atas ke kawasan belakang flat.

"Baru-baru ini, kami ada menganjurkan aktiviti gotong-royong, bagaimanapun hanya beberapa keluarga yang memberi sambutan sebaliknya penghuni lain langsung tidak mahu mengambil tahu dan sanggup berkurung dalam rumah.

"Sejak dua tahun lalu, kami tiada ketua blok bagi mengurus soal penyelenggaraan hingga ia mengakibatkan keadaan flat berkenaan semakin buruk termasuk dipenuhi sampah.

"Kami juga pernah bercadang supaya setiap isi rumah di setiap unit flat menyumbang sejumlah wang bagi mengindahkan flat, namun penghuni tidak memberi sambutan dengan alasan mereka bukan pemilik rumah," katanya yang menghuni di flat berkenaan sejak 16 tahun lalu.

Sementara itu, Hassan Abdullah, 40, berkata, pada setiap malam, keluarganya juga dikejutkan bunyi penduduk membuang sampah dari tingkat atas.

Menurutnya, walaupun terdapat kemudahan tong sampah namun penghuni mengambil jalan mudah berkenaan.

"Kebanyakan penghuni di sini adalah penyewa dan ia flat persendirian, kami difahamkan unit flat sukar dijual kerana dalam keadaan serba kekurangan.

"Keseluruhannya terdapat 31 pintu di sini dan hampir kesemuanya berpenghuni, bagaimana hanya tangga sebelah kanan boleh digunakan kerana tangga kiri dalam keadaan buruk.

"Kami berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan sesuai sebelum ia mengundang masalah serius termasuk menjejaskan kesihatan penghuni.

"Sebelum ini pernah berlaku kes denggi kerana longkang tersumbat dengan sampah selain semak di belakang flat menjadi kawasan biawak membuat hingga ia membimbangkan ," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas, Baharudin Mohamed Taib berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan keadaan flat berkenaan apabila ia tular di Facebook.

Beliau berkata, di kawasan Pasir Gudang mahupun Megah Ria, pihaknya mendapati beberapa flat dalam keadaan sama.

"Selain PBT, kami juga akan menyalurkan maklumat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 4/flat-dalam-sampah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.082693 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list