CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 245|Reply: 0

[Johor] Sindiket guna kereta 'lari' dari bank seludup rokok

[Copy link]
Post time 25-4-2022 02:35 PM | Show all posts |Read mode

DUA suspek lelaki berusia 32 tahun warga tempatan ditahan di Taman Sri Permai di Kluang Johor. FOTO Ihsan BN5 PGA

Kluang: Pihak berkuasa membongkar taktik sindiket penyeludupan rokok menggunakan kereta yang lari daripada bayar hutang bank untuk melakukan kerja haram itu susulan tangkapan dua suspek di Taman Sri Permai di sini, semalam.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 32 tahun warga tempatan itu ditahan kira-kira jam 2 petang dalam serbuan dilakukan Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Dimin Awang berkata, ahli sindiket bertindak demikian bagi mengelak mereka dikesan pihak berkuasa.

Katanya, serbuan merampas 2,200 karton rokok seludup pelbagai jenama serta menyita Toyota Harrier dan Lexus RX 270 yang dalam buruan pihak bank tetapi digunakan suspek.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM780,000 manakala tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan

lanjut.

"Ketika serbuan dijalankan kedua-dua suspek sedang sibuk memunggah bungkusan besar yang dipercayai rokok tidak bercukai dari kenderaan mereka ke dalam premis berkenaan.

"Premis itu dijadikan sebagai tempat penyimpanan rokok tidak bercukai sebelum diagihkan di sekitar daerah Kluang," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, hasil siasatan awal ke atas suspek mengaku baru sahaja tiga bulan melakukan kegiatan itu dan bekalan rokok juga diseludup dari Indonesia melalui jalan laut tidak diwartakan.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan kejayaan itu memutuskan satu kegiatan pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar daerah ini.

Menurut Dimin, orang awam digalakkan menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di jalan yang tidak diwartakan melalui talian hotline 07-7557280 Pejabat Risik/Gerakan Batalion 5 PGA.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bank-seludup-rokok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.208816 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list