CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 241|Reply: 0

[Johor] Jangan letak kenderaan sehingga halang lori kutip sampah di hari raya

[Copy link]
Post time 25-4-2022 02:32 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Norlisam (berdiri empat dari kiri) bersama media pada majlis penghargaan kepada pengamal media di Hotel Grand Paragon. FOTO OMAR AHMAD

Johor Bahru: SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) mengingatkan orang ramai tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang boleh menghalang pergerakan jentera pembersihan khususnya pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, pada musim perayaan, ramai ahli keluarga berkumpul justeru jumlah kenderaan di sesuatu kawasan akan meningkat.

Katanya, kerjasama orang ramai amat diperlukan dengan tidak meletak kenderaan sehingga menghalang jentera pembersihan.

"Selain itu, tong sampah beroda juga perlu diletakkan di kawasan yang mudah diakses petugas pembersihan.

"Jika laluan terhalang ada kemungkinan sampah berkenaan tidak dapat dibersihkan sekaligus menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Mohd Norlisam, seramai 4,349 pekerja pembersihan akan bertugas dengan pengoperasian pembersihan sisa pepejal di seluruh Johor pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Pihaknya akan melaksanakan Pelan Strategi Operasi Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 7 Mei di 15 kawasan pihak berkuasa tempatan negeri ini, membabitkan sejumlah 461 kenderaan berjentera.

"Pada tarikh 1 Syawal iaitu 3 Mei ini, kita akan memberikan tumpuan kepada 120 lokasi yang telah dikenalpasti mempunyai kepadatan penduduk Islam yang tinggi.

"120 lokasi yang ditumpukan ini membabitkan kawasan perumahan, kawasan pelancongan, laluan utama, laluan protokol serta bazar perayaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sampah-di-hari-raya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-7-2022 02:16 PM GMT+8 , Processed in 1.554135 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list