CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 170|Reply: 0

[Johor] Waris Mohamad Arasy dicari

[Copy link]
Post time 10-4-2022 11:18 AM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Arasy Abdullah. FOTO ihsan JKM

Johor Bahru: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, Mohamad Arasy Abdullah sebelum ini tinggal bersama wanita berusia 59 tahun.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan pernah menerima rawatan Covid-19 pada 4 Oktober 2021 di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Tebrau di sini dan dimasukkan ke wad bersama wanita itu.

Menurutnya, malangnya wanita yang berstatus ibu tunggal meninggal dunia pada 4 November 2021 hingga kanak-kanak itu hilang tempat bergantung.

Katanya, siasatan mendapati sehingga kini tiada proses anak angkat dilakukan oleh wanita berkenaan.

"Hospital menghubungi waris supaya mengambil penama untuk penjagaan selanjutnya namun sehingga kini tiada maklum balas atau kerjasama daripada waris.

"Kanak-kanak itu dirujuk ke JKM pada 10 November tahun lalu dan dikategorikan sebagai kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Adnan berkata, sepasang suami isteri menunjukkan minat bagi memelihara kanak-kanak melengkapkan rumah tangga yang dibina sejak lapan tahun lalu.

"Pelindung masih dalam proses mengesan waris terdekat kanak-kanak berkenaan bagi membincangkan masa depannya.

"Kami berharap waris kanak-kanak berkenaan tampil menghubungi Pelindung Kanak-kanak JKM, Intan Suria Ismail di talian 07-2232606 atau 07-2232607 bagi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ohamad-arasy-dicari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-6-2022 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.077904 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list