CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 207|Reply: 0

[Johor] Polis siasat jurulatih selam warga Norway

[Copy link]
Post time 10-4-2022 09:37 AM | Show all posts |Read mode

KRISTINE tiba di Stadium Mersing selamatkan diselamatkan kelmarin. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Johor Bahru: Polis menjalankan siasatan terhadap jurulatih selam warga Norway, Kristine Grodem bagi mengenal pasti punca kejadian menimpa tiga penyelam yang menjalani latihan skuba di Pulau Tokong Sanggol, Mersing.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan menjurus sama ada kecuaian berlaku semasa sesi latihan itu.

Beliau berkata, pada masa sama, polis akan menyiasat sama ada latihan berkenaan mematuhi peraturan yang ditetapkan, selain memastikan sama ada jurulatih berkenaan memiliki kelayakan penuh, atau sebaliknya.

"Kita akan siasat daripada segi itu. Buat masa ini kesemua yang terselamat masih trauma untuk disoal siasat dan masih ada yang ditahan di wad bagi tujuan pemulihan.

"Mereka dalam keadaan masih stabil. Sebaik sahaja mereka pulih sepenuhnya, kita akan ambil rakaman perbualan mereka," katanya di Sidang Media sempena Majlis Berbuka Puasa bersama anggota Bertugas Op Tambak di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih belum pengesahan sijil kelayakan dimiliki jurulatih berkenaan.

Rabu lalu, Kristine bersama tiga penyelam warga Eropah hilang ketika melakukan latihan skuba di Pulau Tokong Sanggol.

Kristine, 35, antara mangsa pertama ditemukan selamat berhampiran Pulau Tokong Sanggol kelmarin dalam keadaan terapung, lengkap berpakaian dengan kelengkapan menyelam.

Dua lagi mangsa, warga British Adrian Peter Chesters, 46, dan warga Perancis Alexia Alexandra Molina, 18, ditemukan nelayan tempatan pada awal pagi hari ini.

Sementara mangsa terakhir, Nathen Renze, 14, dikhuatiri meninggal dunia dan bapanya percaya dia sudah hanyut ke perairan Indonesia.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -selam-warga-norway
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-6-2022 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.079947 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list