CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 176|Reply: 0

[Johor] Johor minta bantuan Indonesia cari penyelam remaja warga Belanda

[Copy link]
Post time 9-4-2022 03:05 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika sidang media selepas melawat dua penyelam warga asing yang terselamat di sebuah hospital swasta hari ini. FOTO BERNAMA

Pasir Gudang: Kerajaan negeri meminta bantuan Indonesia dalam Op Carilamat bagi mencari penyelam remaja berusia 14 tahun warga Belanda yang masih hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol di Mersing.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini kerana berdasarkan pemerhatian, mangsa, Nathen Renze Chesters, berkemungkinan dihanyutkan ke perairan negara berkenaan.

"Kami memohon bantuan daripada semua pihak di perairan antarabangsa. Semua pihak yang berada di kawasan tersebut, Indonesia dan Malaysia, kita perlu bekerjasama untuk kita selamatkan atau menjumpai mangsa keempat yang masih lagi hilang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dua penyelam warga asing yang diselamatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Mengulas mengenai keadaan tiga mangsa yang ditemui selamat, Onn Hafiz berkata mereka kini dalam keadaan sedar dan dalam proses pemulihan.

Katanya kos rawatan kesemua penyelam akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa.

"Alhamdulillah, dua mangsa lagi ditemui selamat awal pagi tadi. Seorang mangsa yang ditemui sebelum ini juga semakin pulih di Hospital Mersing.

"Doktor sedang melakukan yang terbaik untuk mereka. Kami harap mereka akan pulih segera dan kami akan terus melakukan yang terbaik dan semoga mangsa terakhir ditemukan dalam keadaan baik secepat mungkin," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing dilaporkan berkata dua daripada tiga penyelam warga asing yang hilang di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu lepas, ditemukan selamat di selatan Pengerang, dekat Kota Tinggi awal pagi ini.

Beliau berkata penyelam warga Britain Adrian Peter Chesters, 46, dan warga Perancis Alexia Alexandra Molina, 18, dijumpai oleh nelayan tempatan kira-kira pukul 1 pagi.

Mangsa yang masih hilang adalah anak lelaki kepada Adrian Peter.

Dalam kejadian tengah hari Rabu, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing.

Bagaimanapun, jurulatih selam warga Norway Kristine Grodem, 35, ditemukan selamat dalam keadaan terapung, dilengkapi pakaian dan peralatan menyelam, oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand pada 8.15 pagi, Khamis lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... emaja-warga-belanda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-6-2022 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.182864 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list