CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 5073|Reply: 84

Aweera kateww nak kekal rambut maggi, sedia cuba bidang lakonan untuk pemenat heshe macam @amira_adlina dan dayang2 istana itteww?

  [Copy link]
Post time 17-1-2022 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Aweera mahu kekal rambut kerinting

KUALA LUMPUR: Penyanyi rock, Aweera mahu mengekalkan imej rambut kerinting biarpun ramai peminat suka dia berambut lurus.

Aweera atau nama sebenar, Nasharul Aweera Norhissham, 30, lebih selesa berambut kerinting yang dianggap tanda dagang atau 'trademark' sejak menganggotai kumpulan Mojo pada 2012.

"Sebenarnya, imej rambut lurus bukanlah baharu. Ketika sertai program One In A Million pada 2009, saya sudah tampil dengan imej rambut lurus.

"Tetapi saya lebih selesa dengan rambut kerinting. Ramai peminat yang menyokong saya sejak bersama Mojo mahu saya kekal dengan imej rambut kerinting.

"Saya hargai sokongan peminat dari dahulu. Bagaimanapun, saya tidak kisah meluruskan rambut jika ada permintaan ketika menjayakan persembahan," katanya kepada BH Online.

Sementara itu, penyanyi berasal dari Utan Aji, Perlis ini bersyukur menempa tiket ke peringkat akhir musim kelapan Gegar Vaganza (GV8), Ahad ini.

Dianggap calon bukan pilihan pada awal pertandingan, Aweera tidak mampu mengungkap rasa terharu apabila menjadi salah seorang finalis.

Sehubungan itu, Aweera enggan mempersiakan peluang selepas hampir dua tahun kerjaya seninya terjejas akibat pandemik COVID-19. Dia terpaksa pulang ke Perlis gara-gara kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, rezeki tidak pernah salah alamat. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) saya memang terkesan.

"Bagaimanapun, saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apabila sudah lama tidak bekerja, tiba-tiba saya ditawarkan untuk menyertai GV.

"Semestinya saya tidak mahu melepaskan peluang itu kerana GV adalah platform besar dan peluang untuk saya membuat 'comeback'.

"Saya tidak sangka berada sehingga ke tahap ini kerana semua peserta hebat-hebat belaka," katanya.

Aweera yang pernah merakamkan single berjudul Ku Di Sini pada 2009 berkata, selepas perjalanan dalam GV berakhir, dia mahu fokus kepada bidang nyanyian dengan menghasilkan lagu baharu.

Masih memilih genre rock sebagai taruhan, Aweera bagaimanapun akan memberi suntikan baharu dengan memilih rock moden.

Selain itu, Aweera yang juga vokalis kumpulan Pelita Lusoh sedia mencuba bidang lakonan sekiranya ada peluang.

"Saya bersyukur, biarpun baru saja muncul kembali di dalam GV, rezeki saya dalam bidang nyanyian kian dipermudahkan. Saya mula menerima tawaran menjayakan majlis makan malam.

"Saya juga sudah bersedia untuk mencuba bidang lakonan jika ada tawaran. Saya tidak akan menolak jika kena dengan jadual saya," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 09:22 PM | Show all posts

Aweera tidak kisah sesekali tampil dengan rambut lurus jika ada permintaan peminat. Foto IG Aweera
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 09:23 PM | Show all posts

Aweera mahu terus tampil dengan imej rambut kerinting yang sudah menjadi tanda dagang atau ‘trade mark’ sejak mula menyertai kumpulan Mojo. Foto IG Aweera
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia iras tok adi. Boleh la try watak bawak van jenazah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
nak caras alip putik ke dlm acting
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:38 PM | Show all posts
ewwww rambut maggi tu memang no no sangat...
rambut maggi tu 1990an sangat rhoperrnnyaaa...
seperti hidup di zaman amy search tak bertaubat lagi...

kalau rambut lurus dan ikat buns tu ok sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana nak jadi pelakun? Terlalu halus. Kaki dia macam lidi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut lurus ke maggie ke mne2 je la aweera
Janji kemas dan nmpk wangi jekk
Weolss tetap suke, nk berlakon pun weolss support je
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
amira_adlina replied at 18-1-2022 01:22 PM
Rambut lurus ke maggie ke mne2 je la aweera
Janji kemas dan nmpk wangi jekk
Weolss tetap suke, nk be ...

Slang tak boleh ubah….ikut kepala batu…konon stylo milo…rambut aja la ubahsuai…..

Slang itewww dah gaya saya…


Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miss_strangers at 18-1-2022 01:59 PM

Selaku peminat cerita twilight..kadang iols nampak character aweera mcm Edward Cullen...kl buat rambut cam Edward Cullen pastI iols dah join fanclub
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
crisscrox replied at 17-1-2022 02:38 PM
Macam mana nak jadi pelakun? Terlalu halus. Kaki dia macam lidi.

Ayie floor 88 tu pun badan kecik macam aweera..muka dia ada jer kat astro berlakon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2022 02:14 PM | Show all posts
miss_strangers replied at 18-1-2022 01:57 PM
Selaku peminat cerita twilight..kadang iols nampak character aweera mcm Edward Cullen...kl buat ramb ...

[ig]https://www.instagram.com/p/CJygzp1pWvQ/[/ig]

[ig]https://www.instagram.com/p/BXSsOAGhHQm/[/ig]

[ig]https://www.instagram.com/p/BXdjIKphJu8/[/ig]

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni in person mmg hensem, kulit putih merah mcm mat saleh tapi sayang, katik sgt & muka umpama permukaan bulan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 02:31 PM | Show all posts
crisscrox replied at 17-1-2022 10:38 PM
Macam mana nak jadi pelakun? Terlalu halus. Kaki dia macam lidi.

Harlow...saper kata kurus keding tak boleh jadi pelakon? Hang tuah pun boleh la..

[youtube]LORcvwll_WI[/youtube]


Kahkahkahkahkahkahkahkah

@amira_adlina
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 02:36 PM | Show all posts
orgbiasaje replied at 18-1-2022 02:21 PM
dia ni in person mmg hensem, kulit putih merah mcm mat saleh tapi sayang, katik sgt & muka umpama pe ...

[youtube]OKYQGzFLYUM[/youtube]














Lariiikkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 02:43 PM | Show all posts
Edited by stingerkitkat at 18-1-2022 02:45 PM
nordin84 replied at 17-1-2022 10:35 PM
nak caras alip putik ke dlm acting

[fbv]https://youtu.be/RiRMfyLCGTY[/fbv]

Lu agak boleh celen lakonan bermutu seperti ini kewww?

Aweera yg personify rokz kental matrempit  geprek belum tentu boleh pull off kualiti lakonan macam ini la...

Kheunz?

P.s...video dah kena blanket...lakonan terlalu geprek....sowi
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ciknek Nalla
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 02:58 PM | Show all posts
stingerprincess replied at 17-1-2022 09:22 PM
Aweera tidak kisah sesekali tampil dengan rambut lurus jika ada permintaan peminat. Foto IG Aweera

yg rambut mcm ni nmpak iras2 muka suami nabila akak neelofa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai sokong je mana2 gaya dia. Tak terkesan pun sbb minat pd suaranya. Tp pastikan perangai tu berubah jd lbh baik sbb peluang dah tersedia. Jgn lepaskan lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 04:27 PM | Show all posts
stingerkitkat replied at 18-1-2022 02:43 PM
Lu agak boleh celen lakonan bermutu seperti ini kewww?

Aweera yg personify rokz kental matrempit ...

alaa...skrg sesiapa pun boleh berlakun kalau ramai followers

aweera rupa mcm pan asian sikit ,  sesuai watak tourist jatuh cinta dgn awek kampung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.100300 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list