CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 10973|Reply: 143

UPDATE : GV8, Confirm Aliff Aziz Menang! dah menang dah pun!!!!

  [Copy link]
Post time 17-1-2022 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 24-1-2022 02:35 PM

Aweera, Nikki, Aliff ke final GV8



PETALING JAYA – Menepati ramalan. Aweera dan Nikki Palikat merupakan antara enam nama yang diumum layak ke ke pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) minggu depan.

Selain dua nama tersebut, Aliff Aziz, Azan Scan, Adibah Noor dan Suki Low turut mara ke final bagi merebut gelaran juara GV8.

Pada segmen Ada Lagu Ada Lagi, Aweera yang berjaya meraih markah tertinggi daripada tiga juri tetap dan seorang juri jemputan sekaligus menjadi peserta pertama diumumkan berjaya ke final.

Dalam pada itu, pada konsert semi final turut menyaksikan penyingkiran dua peserta iaitu Ani Mayuni dan Shidee.

Menurut Datuk Ramli MS yang merupakan juri tetap GV8, penyingkiran dua peserta tersebut sebenarnya sudah dijangka.

“Mereka tersingkir dan memang sudah dijangka memandangkan persembahan kedua-duanya tidak begitu bagus berbanding peserta lain.

“Aweera pula sememangnya layak mendapat tempat pertama malam ini kerana memberi persembahan yang sangat hebat berbanding sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! Online malam ini.

Akui Ramli, GV8 merupakan sebuah musim yang sukar untuk mencari juara.

“Ya musim ini memang sukar nak cari juara.

“Sesiapa sahaja boleh menjadi juara minggu depan, asalkan mereka berikan sesuatu yang hebat,” ujarnya.

Konsert akhir GV8 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya mengembalikan semula jumlah finalis asal iaitu seramai enam orang berbanding pada tahun lalu sebanyak tujuh peserta.

Pada konsert akhir minggu depan, kesemua peserta diberi tugasan untuk mendendangkan tiga buah lagu iaitu lagu solo, duet dengan penyanyi jemputan dan battle bersama peserta lain.

GV8 kekal dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Penjurian masih ditangani Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap manakala Datuk Rosyam Nor diundang sebagai juri jemputan pada malam ini. – K! ONLINE




RAMLI MS memuji momentum Aweera sepanjang dalam GV8.

Juara GV8, Ramli MS ada dua nama

PETALING JAYA – “Saya lihat ada dua nama (potensi juara) yang saya tak mahu beritahu.”

Demikian komen jujur ketua juri Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Datuk Ramli MS menjelang pentas akhir pertandingan nyanyian nombor satu tanah air berkenaan hujung minggu ini.

Kata Ramli atau nama sebenarnya, Ramli Mohd Salleh, persembahan Aweera yang memperoleh kedudukan pertama semasa konsert separuh akhir malam tadi sebenarnya tidak sebagus sewaktu sesi latihan.

“Kalau saya tengok Aweera, semasa sesi latihan dia 30 peratus lagi bagus dan saya sebenarnya agak terkejut.

“Dia bertukar dalam tempoh sembilan minggu dan tengok dia masa rehearsal (latihan) dua hari lepas, macam bukan dia yang menyanyi sembilan minggu sebelum ini,” katanya usai konsert GV8 malam tadi.

Tambah Ramli, 63, sembilan minggu sebelum ini Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissham, juga sering diberikan lagu ‘makanan’ sebagai tugasan namun tidak sebaik persembahan malam tadi.

“Kalau kalian rasa dia bagus malam ini (tadi), dua hari lepas waktu rehearsal, dia lagi bagus. Mungkin dia gementar waktu persembahan sebenar tetapi, saya sangat gembira untuk dia malam ini (tadi).

“Terus terang saya cakap, kalau tengok Aweera dua hari lepas (waktu rehearsal), dia ‘pijak’ semua orang,” ujar Ramli.

Menyentuh tentang pentas akhir Ahad ini, Ramli berkata, semua keenam-enam peserta  haruslah enunjukkan kehebatan maksimum.

“Buat persembahan sampai siling merekalah. Apa yang mereka ada, sampai siling mereka.

“Mereka kena tunjuk dan persembahan sesuatu yang berada di paras siling masing-masing.

“Kadang-kadang, kita (juri) minta ‘level’ 10 tapi tak semua boleh beri. Jadi, sembilan saya terima dan lapan pun saya terima. Nombor yang mana-manalah,” katanya penuh tersirat.

Malam tadi, rezeki ternyata tidak menyebelahi dua peserta iaitu Shidee dan Ani Mayuni apabila tersingkir di pentas separuh akhir, sekali gus gagal menempatkan diri dalam kelompok enam finalis.

Enam finalis yang bakal merebut gelaran juara GV8 Ahad ini adalah Aweera, Nikki Palikat, Aliff Aziz, Azan Scan, Adibah Noor dan Suki Low.

Berikut merupakan markah keseluruhan minggu separuh akhir:

1. Aweera – 81.30 %
2. Nikki Palikat – 76 %
3. Aliff Aziz – 72.2 %
4. Azan Scan – 69.7 %
5. Adibah Noor – 65.2 %
6. Suki Low – 64.8 %

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... li-ms-ada-dua-nama/


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sy nak nikki or suki menang
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
check in.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 11:40 AM | Show all posts
hmmm...x pernah tgk. Tp harap2 nikki yg mng. Sore hebat
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:01 PM | Show all posts
Edited by MISZZZ at 17-1-2022 01:02 PM

1 - aweera2 - aliff
3 - nikki
4 - azan
5 - suki
6 - kak deeb
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu nak menangkan yg boleh market alif lh

Tp so far juara gv telus je, yela juri pro pun nak jaga kredibiliti diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
1. alip
2. awira
yg lain2 lantak ler
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:28 PM | Show all posts
of course nikki. Namun bergantung kualiti performance memasing la nanti. Tengok macam last year si boy memang sebab heshe paling all out dan berkualiti, walaupun....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:29 PM | Show all posts
Aliff takkan menang selagi dia tak betulkan masalah suara berangin n low tone dia tu.. tapi ada chance top 3 ..
Yang ada potensi juara adalah aweera, nikki.. suki pun ada sedikit peluang
deebah punya lagu final tak best so mungkin tak menang haha lagipun dia macam takde semangat sejak kejadian dikir barat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Predictable when it comes to picking out the losers...and yet not easily predictable to pick out the eventual champion....mode cakap ular tedung keww tok ram?

Kahkahkahkahkah


1)Nikki(first ever non melayu winner and coz she is the wife of audi mok)
2)Alipp..

The rest? Why bother?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka aweera lg tapi aweera ni mcm kalau juara pun ada angin2 mcm akan terkubur jua. Alip aziz kalau juara mesti makin aktif lepasni job dah bersusun tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:03 PM | Show all posts
stingeritters replied at 17-1-2022 01:39 PM
Predictable when it comes to picking out the losers...and yet not easily predictable to pick out the ...

apo niki pemenang pertama non malay. Last year yang menang si cliff umar tu malay ke?

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:06 PM | Show all posts
I harap alif menang.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 17-1-2022 02:03 PM
apo niki pemenang pertama non malay. Last year yang menang si cliff umar tu malay ke?

Melayu murtad(umar) kira ada imbas imbas melayunya....ini confirm takda nahu melayu langsung(Nikki Palikat)...

Keluarga malaysia......

Trust me
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak Nikki menang. Suki no 2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
rain2169 replied at 17-1-2022 02:06 PM
I harap alif menang.....

Amira_Adlina beri ko renungan ain......

Kahkahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_strangers replied at 17-1-2022 02:09 PM
Nak Nikki menang. Suki no 2.

Amira_Adlina sumpah ko jadi kapal titanic.....

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku pelik ngape juara tahun lps x keluar2 buat persembahan dh nk hbs dh gv ni huuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
cikpisang replied at 17-1-2022 01:47 PM
Suka aweera lg tapi aweera ni mcm kalau juara pun ada angin2 mcm akan terkubur jua. Alip aziz kalau  ...

Kalau Aweera juara bakal menyepi? KL Gangster 3 masih tengah cari hero...ko ghaser?

Kasi kembang hidung amira_adlina....sikit...


Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
yujin replied at 17-1-2022 02:12 PM
Yg aku pelik ngape juara tahun lps x keluar2 buat persembahan dh nk hbs dh gv ni huuu

Ko ni hidup di mars kewww?

Seluruh alam berhenti sejak cobid morbid kheunz?

Duhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-5-2022 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.088173 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list