CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 2742|Reply: 30

Alasan paling logik, kenapa Zarina Anjoulie sedut lemak

  [Copy link]
Post time 16-1-2022 08:02 PM | Show all posts |Read mode

ZARINA menunjukkan bahagian badannya yang menjalani prosedur sedut lemak.


Alasan paling logik, kenapa Zarina Anjoulie sedut lemak

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie menempelak segelintir kaum lelaki yang mengkritik perbuatannya melakukan proses sedut lemak (liposuction) untuk kurus sebagai haram.

Pemilik nama lengkap, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu secara sinikal berkata, menonton video lucah dan melakukan perkara tidak senonoh di hadapan komputer juga adalah haram, namun masih berlaku khususnya dalam kalangan lelaki.

“Orang tak nampak, Allah nampak,” katanya menerusi satu entri di Instagramnya di sini semalam.

Menurut pelakon yang mula dikenali dalam dunia lakonan menerusi siri televisyen Anak Pontianak itu, ramai golongan lelaki tidak sedar diri semasa melontarkan pendapat atau mengkritik setiap tingkah lakunya.

Sementara itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju menjelaskan, buat masa ini dia tidak terikat dengan mana-mana kontrak produk kurus sekali gus menepis dakwaan dia tidak jujur dalam proses penurunan berat badannya.

“Sedut lemak bukan sedut sampai 10 kilogram (kg) satu bahagian dan selepas susut berat badan kena ‘maintain’ saya masih guna suplemen.

“Kontrak saya bersama satu produk kurus sudah tamat pada minggu lepas, jadi suka hati sayalah nak sedut apa. Kalau saya menipu pengikut, baik saya diam tak buat hantaran  apa-apa (di media sosial),” ujarnya.

Pelakon berusia 34 itu bertegas, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berbelanja melakukan prosedur tersebut kerana status kewangannya yang ‘lebih daripada mampu’.

“Sebab perut buncit lepas beranak, susah nak hilang walaupun joging dan bersenam, saya pergi sedut lemak.

“Saya janda, bosan duduk rumah seorang tak tahu nak buat apa dengan duit, jadi saya pergilah (buat prosedur),” ujarnya.

Zarina turut berkongsi video pendek di Instagram yang memaparkan proses dia melakukan liposuction di sebuah klinik swasta baru-baru ini. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kurus sket nanti sambung kontrak and up harga atas alasan dah kurus
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 07:52 AM | Show all posts
Iols rasa badan die kelihatan pelik...edit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetap kelihatan busuk. Ko tu rangka besar. Cmana buat pun tetap nmpak besar gedabak.
Ala2 giant versi perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:20 AM | Show all posts
tehtaplah besar. makan tak jaga, nak kurus macam mana nyahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:31 AM | Show all posts
menurut kengkawan yg buat lipo, katanya sakit lps2 tu.. ntah laa iols tgk video buat lipo pun ngeri. tp tak apa laa sbb nk kurus pya pasal kan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:46 AM | Show all posts
lasagna replied at 17-1-2022 08:31 AM
menurut kengkawan yg buat lipo, katanya sakit lps2 tu.. ntah laa iols tgk video buat lipo pun ngeri. ...

confirm sakit sebab dijolok2 disentak2...  aku teringin buat sebab nak buang kat perut ni je tapi memikirkan recovery tu susah gilos, terus padam hasrat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:51 AM | Show all posts
laaa so selama nie dia review kaw kaw minum product kurus tu menipoo yg amatla??last last panggil doktor sedut.. haisshhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:51 AM | Show all posts
eyansss replied at 17-1-2022 08:46 AM
confirm sakit sebab dijolok2 disentak2...  aku teringin buat sebab nak buang kat perut ni je tapi  ...

ni baru btul2 kata beauty is pain. tapi jah lps buat mmg konpem kuruh sbrnya and jaga makan. sakit tu dlm seminggu jer, nak maintain kembali kurus tu kena jaga bebetul. kwn iols tu betul2 bdan lelemak gelebeh sna sni, tp lama dah dia buat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 08:57 AM | Show all posts
lasagna replied at 17-1-2022 08:51 AM
ni baru btul2 kata beauty is pain. tapi jah lps buat mmg konpem kuruh sbrnya and jaga makan. sakit ...

sakit gilos tak?  katanya siap package lebam2 n kalau nasib tak baik, dapat infection...  pastu bila buat, kulit confirm la flabby kan...  lama tak masa diambil untuk tegang balik...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kes buat prosedur ni mati, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 17-1-2022 09:19 AM
eyansss replied at 17-1-2022 08:46 AM
confirm sakit sebab dijolok2 disentak2...  aku teringin buat sebab nak buang kat perut ni je tapi  ...


Lipo ni buang terus tisu lemak jd mcm susah skit nak gemuk balik berbanding kita bersenam tu semua hanya buat tisu tu kecut tp kalau tak jaga mmgla boleh gemuk balik selagi tisu lemak tu masih ada.

Tp apa2 prosedur camni pasti ada risikonya kan tu yg tak semua org berani buat.
Kulit flabby tu boleh potong gak kasi tegang balik. Prosedur sama mcm nak kecikkan tetek yg labuh, tetek tu pun masa gemuk berisi penuh bila kurus dah takde lemak ibarat tinggal kantung kosong je.
So doc akan buang lebihan kulit kasi kecik dan padatkan dgn buh silicon ke apa.
Penah tgk kat tv seram gak sbb doc siap potong dulu aerola tu nnt baru pasang balik.
Mcm org yg hilang berat banyak tetek dia jd labuh gila kena la letak balik puting tu biar duk tengah2.
Tp tak silap bila dh potong dan letak balik ni saraf yg buat rasa teransang ke apa tu pun dah tak ok dah la. Ni kena baca balik rasanya camtu laa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:18 AM | Show all posts
eyansss replied at 17-1-2022 08:57 AM
sakit gilos tak?  katanya siap package lebam2 n kalau nasib tak baik, dapat infection...  pastu bi ...

kwn iols tak ler lebam2 cuma sakit sbb bius dah abes kan. kalau ikot yg lg sorg tu dia buat lipo dah ada jenis laser, so wpun dia sedut cucuk2 tu tidak ler sesakit jenis stail lama katanya. yg infection bgai tu sbb tak jaga makan jer sbrnya. pegi buat kat klinik yg elok & semengah laa. ni pegi klinik yg bukan2 tu pyh nak kata.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:24 AM | Show all posts
Suchi replied at 17-1-2022 09:15 AM
Lipo ni buang terus tisu lemak jd mcm susah skit nak gemuk balik berbanding kita bersenam tu semua ...

ada juga yg sedut, kuarkan lemak, pastu letak pada breast juga. hat ni dia amek lemak yg baik saje utk breast augmentation. so tak perlu nk ber-silicon or filler. guna lebihan lemak sendiri letak pada breast. yg ni selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:27 AM | Show all posts
byk duit dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 17-1-2022 09:15 AM
Lipo ni buang terus tisu lemak jd mcm susah skit nak gemuk balik berbanding kita bersenam tu semua ...

Baca pun da kecut perut
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:08 AM | Show all posts
Suchi replied at 17-1-2022 09:15 AM
Lipo ni buang terus tisu lemak jd mcm susah skit nak gemuk balik berbanding kita bersenam tu semua ...

pros n cons kan...  tapi pasal saraf rangsangan tak berapa nak berfungsi cam normal tu, terus rasa macam alamak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:10 AM | Show all posts
lasagna replied at 17-1-2022 09:18 AM
kwn iols tak ler lebam2 cuma sakit sbb bius dah abes kan. kalau ikot yg lg sorg tu dia buat lipo d ...

betul...  benda2 camni kena cari certified n trusted clinic/ hospital...  aku masih berkira2 lagi ni sebab macam2 diet n exercise aku dah buat tapi memang masalah sikit nak turun...  sebab masalah hormonal (aku ada PCOS) dan aku dok consume steroid n morphine lama jugak dulu (sebab slipdisc)...  so skang aku just nak buang tang perut je...  lain aku tak kisah sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:11 AM | Show all posts
haiii dunia tipu-tipu...
byk filter minah ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 17-1-2022 10:08 AM
pros n cons kan...  tapi pasal saraf rangsangan tak berapa nak berfungsi cam normal tu, terus rasa ...

Iols baca camtula berisiko hilang nipple sensation terutama yg buat breast reduction n breast lift ni.
Sbb prosedur utk kurangkan saiz dan naikkan tek ni memerlukan pemotongan sekitar areola tu.

Selagi areola kekal melekat pada tisu, masih ada peluang untuk sensitiviti nak kembali. Maybe ambil masa dalam tempoh enam hingga 12 bulan gitu la kot.Tapi mcm iols tgk dlm tv tu nampak dia dia potong abis pisahkan dr payudara tu letak dulu tepi nnt jahit balik

dia mcm u win some u lose some
Apa la guna tek lawa cekang terletak tapi….mcm hiasan jelaa tak berasa menda huhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.087999 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list