View: 1925|Reply: 45
|
[Tempatan]
UOB ambil alih perbankan Citigroup. Staff akan diserap masuk UOB
[Copy link]
|
|
UOB ambil alih perniagaan perbankan pengguna Citigroup
BERNAMA
Kuala Lumpur: Anak syarikat United Overseas Bank Ltd (UOB) akan mengambil alih perniagaan perbankan pengguna Citigroup, yang terdiri daripada portfolio pemberian pinjaman tidak bercagar dan bercagar, pengurusan kekayaan dan perniagaan deposit runcit di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam pada SG$915 juta (RM2.8 bilion).
Sebagai sebahagian daripada cadangan pengambilalihan tersebut, kakitangan dalam perniagaan pengguna akan diserap oleh UOB.
Menurut kenyataan pada Jumaat, UOB menekankan bahawa adangan itu akan memperkukuh dan memperdalam lagi francais UOB di ASEAN.
"Pengambilahan ini dijangka selesai di antara pertengahan 2022 dengan awal 2024, bergantung pada kemajuan dan keputusan proses kelulusan kawal selia.
"Penyelesaian pengambilalihan di setiap negara adalah tertakluk kepada kelulusan kawal selia berkenaan yang diperoleh dari setiap negara," jelasnya.
Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UOB, Wee Ee Cheong berkata UOB percaya dengan potensi jangka panjang Asia Tenggara.
Beliau berkata justeru, pihaknya berharap untuk menyepadukan portfolio Citigroup yang berkualiti dan juga mengalu-alukan pasukannya, selain mewujudkan nilai untuk asas pelanggan, kakitangan dan pihak berkepentingan lain.
"Perniagaan yang diambil alih, bersama dengan francais pengguna serantau UOB, akan menghasilkan gabungan amat mantap yang akan meningkatkan perniagaan Kumpulan UOB di samping memajukan kedudukan kami sebagai bank serantau yang terkemuka," katanya dalam kenyataan yang sama.
Sementara itu, CEO Asia Pasifik Citi, Peter Babej berkata, pihaknya yakin bahawa UOB, dengan budaya yang kukuh dan cita-cita serantau yang luas, akan menyediakan peluang yang amatbaik dan tempat kerja jangka panjang bagi rakan sekerja perbankan penggunanya di Indonesia, Malaysia,Thailand dan Vietnam.
"Memberikan tumpuan kepada perniagaan kami melalui langkah ini akan memudahkan pelaburan tambahan dalam bidang tumpuan strategik kami, termasuk rangkaian institusi kami di seluruh Asia Pasifik, justeru menghasilkan pulangan optimum untuk Citi," katanya.
Perniagaan pengguna Citigroup mempunyai nilai aset bersih agregat berjumlah kira-kira SG$4 bilion (RM12.44 bilion) dan asas pelanggan lebih kurang 2.4 juta pada 30 Jun, 2021, dan menjana pendapatan berjumlah kira-kira SG$0.5 bilion (RM1.56 bilion) pada separuh pertama 2021.
Tanpa memasukkan kos urus niaga sekali sahaja, cadangan pengambilalihan ini dijangka menunjukkan pertambahan serta-merta kepada pendapatan sesaham (EPS) dan pulangan atas ekuiti (ROE) UOB.
Jumlah pertimbangan tunai untuk cadangan pengambilalihan ini akan dikira berdasarkan premium agregat yang bersamaan dengan SGD915 juta ditambah nilai aset bersih perniagaan pengguna apabila selesai.
Cadangan pengambilalihan ini dijangka dibiayai melalui lebihan modal dan dianggar akanmengurangkan nisbah Ekuiti Lazim Tahap 1 (CET1) UOB sebanyak 0.7 peratus kepada 12.8 peratus, berdasarkan kedudukan modalnya pada 30 Sept, 2021.
Bagaimanapun, kesan kepada nisbah CET1 dijangka tidak ketara dan adalah dalam keperluan kawal selia.
Dalam kenyataan berasingan, Citigroup menjelaskan persetujuan berkenaan meliputi semua kakitangan Citi yang berkaitan, dengan kira-kira 5,000 bank pengguna dan pekerja sokongan dijangka dipindahkan kepada UOB selepas selesai transaksi yang dicadangkan.
"UOB akan membayar pertimbangan tunai kepada Citi untuk aset bersih perniagaan yang diambil alih, tertakluk kepada pelarasan penutupan biasa, serta premium sebanyak SGD915 juta.
"Apabia selesai, Citi menjangkakan transaksi itu menghasilkan pelepasan kira-kira US$1.2 bilion (RM5.02 bilion) ekuiti biasa ketara yang diperuntukkan, serta peningkatan ekuiti biasa ketara melebihi US$200 juta (RM836 juta).
Ia menambah, seperti yang diumumkan sebelum ini, langkah keluar Citi daripada francais penggunanya di 13 pasaran di seluruh Asia Pasifik serta Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) dijangka menghasilkan kira-kira USS$7 bilion ekuiti biasa ketara yang diperuntukkan dari semasa ke semasa.
CEO Citi Malaysia, Usman Ahmed berkata, transaksi itu merupakan hasil positif untuk pelanggan, rakan bank dan firma Citi.
"Citi komited dengan pelaksanaan yang lancar, dan semasa peralihan kepada penutupan, tidak akan ada perubahan dalam perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan perbankan pengguna dan kekayaan kami.
"Malaysia kekal sebagai pasaran utama bagi Citi di peringkat global dan juga menempatkan Pusat Penyelesaian Citi yang penting iaitu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang di mana kami memberi perkhidmatan kepada lebih 50 negara di seluruh dunia," katanya.
Disiarkan pada: Januari 14, 2022 @ 1:35pm
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
staff diserap ke..bagus jugak
citibank korea haritu staff di offer compensation kalau tak salah |
|
|
|
|
|
|
|
dpt gaji ikut rate UOB Spore ke? ; |
|
|
|
|
|
|
|
ape jd bangunan citibank kat dpn ampang park tu ye nanti, tgk org kluar masuk dr bangunan tu muka murung je masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum2 ni kes2 bank yg merge
cara halus nak buang staff ialah pindahkan ke branch yg jauh dari rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Visual Source Safe tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu heboh Citi nak tutup cawangan di Malaysia. Ramai yg sinis dgn Kerajaan. Aku senang je......kalau Bank tu untung di Malaysia... senang2 ke nan tutup bisnis. So Citi Spore pun dah lenyap.....dah jadi UOB. Makes no different in Malaysia. Maybank bila2 bolih ganti Citi |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar macam indah jer ' diserap'...takkan ler semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takleh feeling2 guna kad citibank ke nnt?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahun 1999 ke macam tu, meols nak apply credit card Citibank, Ya Aulah punyalah susah! Dah start kerje masa tu, nak apply CC Citibank, mcm2 dia nak tgk, Ujung2, di reject. Kekwat nak mam masa tu Citibank. Lepas2 tu, terdesak nak customer, baru meols dpt pakai 
Skrg meols ada CC Citibank. Apajadi nanti yach |
|
|
|
|
|
|
|
kwn i yg suka flex psl kebagusan citibank tu xnk ke update psl ini |
|
|
|
|
|
|
|
Wawww.. best nyehh dpt vss.. tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg tempek info pasal kononnya Citibank keluar dari Malaysia shj
kaki fitnah plus kaki munafik mcm tu la
ambil berita separuh2
Citibank keluar dari banyak negara la |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..rezeki masih berterusan |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 16-1-2022 10:36 PM
ada yg tempek info pasal kononnya Citibank keluar dari Malaysia shj
kaki fitnah plus kaki munafik mc ...
Citibank keluar dari Asia dan EMEA |
|
|
|
|
|
|
|
Satu2 kredit kad yg ada dr citibank. Klu tutup dh xde kredit kad..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah guna CC Citi ni tahun 1998 kot rasanya masa kau nak tutup tahun 2005 tu ada point aku pun tak check burn gitu jer.. diorang pun senyap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Citibank yg. CEO nya koliang pun lari dari negara Mael lambong. Rendah betul martabat kan  |
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 16-1-2022 09:34 PM
Hari tu heboh Citi nak tutup cawangan di Malaysia. Ramai yg sinis dgn Kerajaan. Aku senang je..... ...
Maybank haprak cam palat tuh?  |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la aritu dapat emel dr citi cakap die sekarang dah under uob.. katenye dalam emel tak efek apa2 cc ke loan ke investment.. tapi tak sure la lama2 nanti.. ingt nak tutup cc citibank tp sayang pulak kad tu sebab kaler biru..haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|