CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 6553|Reply: 167

[Tempatan] 25 kes 'radang jantung' dikesan selepas terima vaksin. Awas yer bro sis!

  [Copy link]
Post time 16-1-2022 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 16-1-2022 10:32 AM

KUALA LUMPUR: Hanya 25 kejadian kes radang otot jantung atau miokarditis dikesan dalam tempoh 21 hari selepas individu menerima vaksinasi COVID-19 daripada 433,674 kemasukan ke 216 hospital bagi tempoh Februari hingga September 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, 14 kes dilaporkan berkaitan vaksin COVID-19 Comirnaty keluaran Pfizer (Pfizer), sembilan berkaitan dengan vaksin CoronaVac (Sinovac) dan dua lagi membabitkan Oxford-AstraZaneca.

Kajian keselamatan vaksin Malaysia dikenali sebagai 'Case-Based Monitoring of Adverse Events Following COVID-19 Vaccination (SAFECOVAC)' dijalankan Institut Penyelidikan Klinikal, Institut Kesihatan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kajian SAFECOVAC mendapati, kadar sebenar kejadian miokarditis bagi setiap juta dos yang diberikan ialah 0.9 dalam kalangan penerima vaksin Comirnaty, 0.5 untuk CoronaVac dan 0.7 untuk vaksin Oxford-Astra Zaneca.

"Dalam kalangan mereka yang berumur di bawah 30 tahun, kadar sebenar berlakunya miokarditis adalah 0.87 setiap juta dos yang diberikan bagi Comirnaty dan 0.49 bagi CoronaVac, manakala bagi individu berumur 30 tahun ke atas, kadar sebenar miokarditis ialah 1.0 setiap juta dos bagi Comirnaty dan 0.6 bagi CoronaVac," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, secara kesimpulannya berdasarkan keputusan kajian SAFECOVAC, data dari sistem Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)- kesan advers susulan imunisasi (AEFI) dan Real-World Data, konsisten dengan kejadian miokarditis yang sangat jarang berlaku, setelah menerima vaksin Comirnaty.

"... jika dibandingkan dengan risiko lebih tinggi untuk mendapat miokarditis daripada jangkitan COVID-19. Tambahan pula, sebahagian besar kes miokarditis yang dilaporkan adalah ringan, terhad kepada individu, dan berupaya untuk sembuh dengan segera," katanya.

Mengenai kebimbangan terhadap kes miokarditis dan perikarditis berkaitan dengan vaksin terutama yang menggunakan teknologi 'Messenger Asid Ribonukleik' (mRNA) termasuk Comirnaty bagi populasi remaja, Dr Noor Hisham berkata lebih 33 juta dos vaksin berasaskan mRNA, dikawal selia di negara ini.

"NPRA tidak mengesan sebarang 'Safety Alert' yang membuktikan kesan buruk vaksin Comirnaty, dan KKM memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kerajaan komited untuk terus memantau sebarang tanda amaran keselamatan kepada program vaksinasi, yang sedang berlangsung," katanya.

Beliau turut memaklumkan penyakit miokarditis kebiasaannya disebabkan oleh virus atau penyakit autoimun.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/911847/25-kes-miokarditis-dikesan-selepas-terima-vaksin






Single Polls, Total 100 Users voted

Poll is finished

47.00% (47)
15.00% (15)
26.00% (26)
12.00% (12)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya tu yang tak menahan tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya 25 sebab yang lain2 tu terus mati then family redho tak buat post mortem. Terutama Muslim. Seksa mayat katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-1-2022 09:53 AM
Hanya 25 sebab yang lain2 tu terus mati then family redho tak buat post mortem. Terutama Muslim. Sek ...

Bukan seksa mayat..tp dh tua kot, belanja perubatan pun mahal , tak dak sapa nk jaga dah..redhho je pemergian ringankan beban org keliling
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-1-2022 09:55 AM
Bukan seksa mayat..tp dh tua kot, belanja perubatan pun mahal , tak dak sapa nk jaga dah..redhho j ...


Tapi paling selalu aku dengar, takut seksa mayat. Sebab tu tak ramai Muslims buat post mortem. Buat di sepital kerajaan berapa je pon ko kena bayar. Tapi result ambik masa 3-4 minggu. Tu yang umat Islam tak mau tu kerana terlalu lama mayat disimpan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua "nombor" ini berdssarkan "lapuran resmi" ya tuan-tuan dan puan-puan. Seperti kata YB (Yang anda-sambung-sendiri), "Kita mesti gunakan saluran resmi, jangan tularkan."
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Penatnye Antuvaks pertahankan beksin pujaan hati ni mana ada related dengan Sakit Jantung ni semua. Bersunguh2 pertahankan.
Hujung2 Digi confirmedkan.

I bet banyak lagi under reported.

Hehe.....

Dengar nasihat I yea....
Jangan pump your blood Too Hard. Dont accelerate your blood stream Too Strong.
Tu jer....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
HANYA.......ko ingat yg korang sebut hanya tu daun kering ke apa...tu nyawa manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-1-2022 09:57 AM
Tapi paling selalu aku dengar, takut seksa mayat. Sebab tu tak ramai Muslims buat post mortem. Bua ...

Mcm aku pun kalau mati tak mau la di post mortem..bior je lah ..lain la vvip rete byk insuran byk kan..byk.musuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-1-2022 10:21 AM
Mcm aku pun kalau mati tak mau la di post mortem..bior je lah ..lain la vvip rete byk insuran byk  ...

Kalu sis udah mati memanglah tak boleh nak buat apa-apa lagi dah, jenazah terkojol layu di tasik madu agittewww
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:49 AM | Show all posts
penerbiy bernama radio pun yang baru meninggal baru2 ni sebabkan radang jantung. Adakah sebab vaksin?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya letak nama anak radio, hanya di radioooo....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-1-2022 10:32 AM
Kalu sis udah mati memanglah tak boleh nak buat apa-apa lagi dah, jenazah terkojol layu di tasik m ...

Iyo lah, sbb tu iol tak moh di post mortem sb dh terkojol layu di tasik madu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:22 AM | Show all posts
hanya...hanya...hanya...nmpak x nilai nyawa manusia nih HANYA je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-1-2022 09:57 AM
Tapi paling selalu aku dengar, takut seksa mayat. Sebab tu tak ramai Muslims buat post mortem. Bua ...

Manusia sebaik baik ciptaanNYA....ko nak pulang menemuiNYA takkheun dgn jantung dah jadi sambal tempoyak bentuknya?...dek post mortem?



Dah mati iteww mati la.....

Laki takda didik ko bab ini keww chzy?

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam artikel ni ada ke yg mati?  Ke sembuh lepas dia diagnosed?  Bukan apa sebab tak zabar nak tunggu ada orang tu lari bogel bila di announce.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-1-2022 10:21 AM
Mcm aku pun kalau mati tak mau la di post mortem..bior je lah ..lain la vvip rete byk insuran byk  ...


Namun jika waris nak buat juga terpaksa la uols redho di alam kubur kecuali mampo bangkit jadik kuntilanak menghalang post mortem tu.

Aiol ok je dengan post mortem terutama jika suspected foul play atau nak sangat tahu punca mati tiba2 jika takda sakit penyakit apa pun sebelum tu seperti kes Ashraf Sinclair. Aiol tak percaya konsep seksa mayat. Quran tak ajar pun perihal seksa2 mayat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pilih utk vax jek..coz if i let myself kena jangkitan kemungkinan (sbb kita bukan Tuhan tahu aapa akan jadi) akan menghadapi pelbagai risiko due to my current health. Nak kata bab2 kegagalan jantung tu...prior to covid tu sedar tak sedar ramai je tetiba meninggal dek kegagalan jantung....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai tak tahu dah apa yg nak dipilih skrg. Nak booster ke tak. Anak2 pun tak hantar vaksin lg Serba salah sebenarnya.
Yg digi berHANYA je pulak dgn nyawa org. Isk la...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-1-2022 11:37 AM
Namun jika waris nak buat juga terpaksa la uols redho di alam kubur kecuali mampo bangkit jadik ku ...

Ya, betul semua yg chuol cakap tu...

Tp iol dh ckp kt husb, tak payah post mortem mayat iol kelak, tp kalau dh ribut2 ssmpai nk gadoh2 buat sajalah...iol pun dh kaku masa tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.124532 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list