CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 332|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Bina banglo, curi air

[Copy link]
Post time 13-1-2022 01:09 PM | Show all posts |Read mode

PENGUAT kuasa SAINS meneliti penyambungan saluran paip haram di tapak pembinaan sebuah banglo di Mantin. FOTO ihsan SAINS

Seremban: Tindakan kontraktor menggunakan air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) secara haram bagi kerja pembinaan banglo dua tingkat di Mantin, dekat sini, berjaya dikesan petang semalam.

Susulan itu, serbuan dilakukan pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Muhammad Naqib Aniq Abdul Kahar bersama anggota penguat kuasa SAINS di lokasi terbabit.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Sains, Norzita Ismail berkata, operasi serbuan dilakukan jam 2 petang sebaik menerima maklumat mengenai kegiatan kontraktor berkenaan.

"Hasil siasatan di tapak mendapati penghuni premis melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip getah bersaiz 16 milimeter (mm) tanpa melalui sebarang meter.

"Bekalan air melalui sambungan tidak sah itu digunakan untuk kerja-kerja pembinaan premis berkenaan.

"Pegawai penguat kuasa SAINS turut menjalankan ujian klorin di lokasi berkenaan dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik SAINS dan pihak SPAN menyita semua pepasangan serta punca sambungan yang dibuat sebagai bahan bukti," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, pihaknya mengingatkan semua pihak agar tidak melakukan perbuatan mencuri air milik SAINS kerana ia menyalahi undang-undang dan boleh menjejaskan kepentingan pengguna.

"SAINS akan terus mempertingkatkan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap kegiatan curi air di seluruh Negeri Sembilan sama ada membabitkan pengguna komersial mahupun domestik.

"Tindakan tegas itu diambil untuk menjaga kepentingan pengguna dalam usaha mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW)," katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan kesedaran masyarakat bersama-sama membantu SAINS dalam usaha mengurangkan kes kecurian air di negeri ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes berkenaan boleh menghubungi talian bebas tol SAINS 1-800-88-6982.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:11 AM | Show all posts
sains masa blajar dulu dpt A. sekian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-5-2022 10:28 AM GMT+8 , Processed in 3.978104 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list