CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 408|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tujuh lelaki berlagak marsyal didakwa di mahkamah

[Copy link]
Post time 11-1-2022 03:29 PM | Show all posts |Read mode


Empat tertuduh dilihat di Mahkamah Majistret Port Dickson.

PORT DICKSON - Tindakan tujuh lelaki yang berlagak sebagai marsyal dengan menghalang lalu lintas bulan lalu membawa padah apabila kesemua mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson pada Isnin.

Tertuduh Ezy Effandy Mohd Harif, 46, seorang ahli perniagaan dan rakannya, Mohamad Zaini Mohamed, 50, ejen insurans dikenakan denda RM1,500 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memotong kenderaan lain ketika berada di garisan berkembar.

Mahkamah turut menetapkan hukuman empat bulan penjara sekiranya mereka gagal membayar denda.

Berikutan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama.

Mohamad Zaini turut didenda RM400 selepas mengaku bersalah atas dakwaan menggunakan pelekat berlambang Unit Tindakan Khas (UTK) milik Polis Diraja Malaysia yang bertulis 'Tangkas, Banteras, Ganas' iaitu kesalahan di bawah Seksyen 89 (c) Akta Polis 1967.



Dua tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson.

Selain itu kedua-dua mereka yang diwakili peguam, Eric Yeow Kok Heng daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu menimbulkan ketidakselesaan dan menggunakan aksesori kenderaan yang menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Kesalahan itu dilakukan pada tarikh, masa dan lokasi yang sama dengan masing-masing didakwa mengikut Seksyen 48(1) APJ 1987 dan Seksyen 119 (2) APJ 987 dan dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama.

Mahkamah menetapkan setiap OKS diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan kes akan disebut semula 8 Februari depan untuk serahan dokumen.

Kesemua perbuatan itu dilakukan pada jam 11.10 pagi di Sungai Raya - Tanjung Agas, di sini pada 5 Disember 2021.

Sementara itu, lima lagi lelaki mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menghalang lalu lintas di lampu isyarat SUA Betong pada 20 November 2021.

Mengikut pertuduhan, A Vinith, 27, K Lohansharma, 27, S Kumaran, 31, R Devah, 27, dan A Siva Perunal, 48, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi didakwa menahan kenderaan lain ketika di lampu isyarat iaitu perbuatan itu membahayakan keselamatan orang lain.

Tiga daripada mereka yang bekerja sebagai pemandu lori dan dua lagi penghantar surat dan penyelia turut didakwa atas tiga lagi pertuduhan menyebabkan ketidakselesaan tidak wajar kepada pengguna jalan raya lain, tidak berhenti di lampu isyarat merah dan menghalang kebebasan lalu lintas dengan memberhentikan motosikal di tengah aliran trafik.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Fatin Nur Athirah Zainudin manakala kelima-lima OKS diwakili peguam, K Sheela.

Mahkamah menetapkan kelima-lima mereka diikat jamin sebanyak RM3,000 bagi kesemua pertuduhan dan sebutan semula kes pada 9 Februari depan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... didakwa-di-mahkamah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-6-2022 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.171552 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list