CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 338|Reply: 0

[Johor] 'Dulu jumpa mayat terus ambil'

[Copy link]
Post time 11-1-2022 10:50 AM | Show all posts |Read mode

KEKUATAN mental anggota bomba turut memainkan peranan penting lebih-lebih lagi ketika menguruskan mayat mangsa lemas.

Kota Tinggi: Kejadian banjir, lemas, bot karam, kemalangan atau apa sahaja bencana, pasukan bomba dan penyelamat merupakan tonggak penting dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR), termasuk menguruskan mayat yang dijumpai di tempat kejadian.

Antara cabaran yang dihadapi anggota pasukan penyelamat itu adalah keadaan cuaca, bentuk muka bumi seperti di kawasan kejadian tanah runtuh atau fenomena kepala air serta tempoh penemuan mayat selepas berlaku nahas.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Faizal Ahmad berkata, keadaan cuaca dan penemuan mayat yang telah menggelembung merupakan cabaran yang dihadapi pasukannya, selain perlu mengaplikasi prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan tugas.

SOP yang ketat sejak penularan Covid-19 banyak mengajar beliau dan pasukannya mengenai erti kesabaran dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang dipikul.

"Bila ada Covid-19 ini, operasi yang dilaksanakan memang berbeza. Kalau dahulu, bila jumpa mayat, kita akan terus ambil.

"(Tapi) sejak Covid-19 ini, kami bekerjasama dengan pelbagai agensi dan apabila mayat dijumpai, kami akan jalankan SOP dengan sanitasikan diri, memakai pakaian PPE (peralatan pelindungan diri) dan barulah boleh angkat mayat," katanya.

Faizal berkata sejak pandemik, pihaknya akan memaklumkan mengenai penemuan mayat kepada pusat kawalan operasi, selain polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kemudian, saya akan minta pasukan saya untuk siap sedia...kita akan bungkus mayat untuk dihantar ke hospital," katanya.

Beliau berkata, kekuatan mental turut memainkan peranan penting, lebih-lebih lagi ketika menemukan mayat mangsa lemas yang hilang lebih dari tiga hari dan mula mengalami proses pereputan, kembung atau tubuh si mati sudah membusuk.

Mengimbau kembali operasi SAR mangsa bot karam di Tanjung Balau, di sini Disember lalu, beliau berkata kebanyakan mangsa baru meninggal dunia dan mayat yang ditemukan masih dalam keadaan baik.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi 15 Disember itu, sebuah bot dipercayai membawa 50 pendatang tanpa izin dari Indonesia karam mengorbankan 21 nyawa.

"Andai kata operasi ini (insiden bot karam Tanjung Balau) diheret sehingga tujuh hari, keadaan akan berbeza," katanya.

Faizal berkata, beliau sering berpesan kepada anggotanya yang kurang berpengalaman dalam menguruskan mayat mangsa lemas agar menguruskan bahagian kaki atau anggota bahagian bawah terlebih dahulu, jika tidak sanggup untuk melihat muka si mati yang mulai menggembung.

"Kalau tidak yakin untuk melihat muka, uruskan kaki kemudian barulah naik ke bahagian anggota badan lain. Maknanya, bahagian muka itu paling akhir.

"Jika saya jalankan proses pengecaman mayat untuk waris si mati, saya akan buka beg mayat mulai dari kaki bagi mengenal pasti mangsa. Kalau tidak, kita naik lagi ke bahagian lain seperti pengecaman seluar mangsa dan sebagainya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.075757 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list