CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 413|Reply: 1

[Johor] Kastam patahkan cubaan seludup 3,000 liter air zamzam ke Singapura

[Copy link]
Post time 9-1-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode

Sazali (dua dari kiri) bersama anggotanya menunjukkan air zamzam yang dirampas pada sidang akhbar di Menara Kastam di sini pada Ahad.

JOHOR BAHRU - Cubaan menyeludup keluar 3, 000 liter air zamzam ke Singapura berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) Johor menerusi pemeriksaan Kompleks Sultan Abu Bakar ( KSAB) Tanjung Kupang pada 30 Disember lalu.

Pengarahnya, Sazali Mohamad berkata, rampasan terbabit dianggarkan bernilai RM66,000.

"Bahagian Penguatkuasaan Gelang Patah JKDM Johor berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dagangan disyaki air zamzam menggunakan sebuah lori.

"Hasil pemeriksaan ke atas lori terbabit mendapati terdapat dagangan lain yang turut dibawa seperti peralatan mandian, peralatan sembahyang dan lain-lain dagangan untuk dieksport ke Singapura.

"Bagaimanapun, semakan ke atas dokumen pengikraran mendapati air zamzam tersebut tidak dikrar semasa pengeksportan dibuat," katanya pada sidang akhbar di Menara Kastam di sini pada Ahad.

Menurut Sazali, dua lelaki warga tempatan berusia antara 21 hingga 30 tahun yang merupakan pemandu dan kelindan lori ditahan untuk membantu siasatan.

"JKDM Johor telah menghantar sampel air dipercayai air zamzam ke Jabatan Kimia pada 2 Januari lalu untuk ditentukan ketulenannnya.

"Sekiranya air tersebut merupakan air zamzam tulen, dagangan tersebut akan diserahkan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) untuk tindakan selanjutnya,"katanya.

Sazali tidak menolak kemungkinan, permintaan yang tinggi terhadap air zamzam di Singapura menyebabkan sindiket mengambil kesempatan untuk menyeludup air zamzam walaupun perbuatan itu dilarang mengikut undang-undang.

"Air zamzam diklasifikasi sebagai dagangan terlarang di bawah Butiran 74, Jadual Ketiga/Bahagian I, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

"Kes sedang disiasat mengikut Akta Kastam 1967 iaitu cubaan mengelakkan dengan fraud duti kastam dan mengelakkan larangan import mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... zamzam-ke-Singapura
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 05:40 PM | Show all posts
sikit je lg nk smpai....cuba lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.091765 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list