CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 295|Reply: 0

[Johor] Mangsa banjir paling ramai di Johor

[Copy link]
Post time 4-1-2022 05:19 PM | Show all posts |Read mode

Pandangan udara situasi banjir yang melibatkan 7 buah rumah di Kampung Batu 5, Buloh Kasap Segamat, Johor. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) adalah yang tertinggi dalam kalangan tujuh negeri yang dilanda banjir setakat jam 4 petang tadi.

Enam negeri lain yang turut terjejas banjir adalah Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, Melaka, Selangor dan Terengganu.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 79 PPS dibuka di Johor untuk menempatkan seramai 5,477 mangsa daripada 1,453 keluarga.

Daripada jumlah itu, seramai 1,991 adalah mangsa lelaki; 3,928 dewasa, kanak-kanak (1,395), bayi (164), warga emas (593) dan 54 orang kurang upaya (OKU).

Secara keseluruhan di tujuh negeri, seramai 13,584 mangsa banjir daripada 4,091 keluarga ditempatkan di 174 PPS.

Di Pahang, seramai 1,448 mangsa banjir daripada 451 keluarga ditempatkan di 36 PPS dengan membabitkan 975 dewasa, 428 kanak-kanak, bayi (45), warga emas (82) dan 14 OKU.

Di Negeri Sembilan, seramai 1,665 mangsa banjir daripada 461 keluarga ditempatkan di 15 PPS dengan membabitkan seramai 1,105, kanak-kanak (539), bayi (21), warga emas (128) dan 14 OKU.

Di Sabah, seramai 2,660 mangsa banjir daripada 1,112 keluarga ditempatkan di 22 PPS dengan 1,522 dewasa, 1,050 kanak-kanak, bayi (88), warga emas (283) dan 30 OKU.

Di Melaka, seramai 2,275 mangsa banjir daripada 597 keluarga di tempatkan di18 PPS dengan membabitkan 1,550 dewasa, kanak-kanak (672), bayi (53), warga emas (211) dan 16 OKU.

Di Selangor, seramai 40 mangsa banjir daripada 12 keluarga ditempatkan didua PPS dengan membabitkan 30 dewasa, sembilan kanak-kanak dan seorang bayi serta enam warga emas.

Di Terengganu, seramai 19 mangsa banjir daripada lima keluarga ditempatkan di dua PPS dengan membabitkan 14 dewasa dan lima kanak-kanak manakala di Kelanta seramai 255 mangsa banjir daripada 94 keluarga berlindung di tiga PPS.


Kakitangan Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar mengayuh sampan untuk meninjau keadaan sekitar Galeri Darurat Bukit Kepong yang dinaiki air berikutan limpahan Sungai Muar hari ini. - foto BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.078100 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list