CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 401|Reply: 2

[Johor] Enam daerah di Johor terjejas banjir

[Copy link]
Post time 3-1-2022 09:48 AM | Show all posts |Read mode

Muhammad Nasrul Masudin, 8, membelek buku dirumahnya yang dilanda banjir di Kampung Batu 5, Buloh Kasap, Segamat, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN



Johor Bahru: Mersing menjadi daerah keenam dan terbaharu terjejas banjir di negeri ini apabila seramai 366 penduduk daripada 90 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS).

Exco Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, ia menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri ini melonjak kepada 3,841 mangsa daripada 1,008 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.


Ia berbanding hanya 3,665 mangsa daripada 967 keluarga di 59 PPS di Johor, pada 4 pagi tadi.

Katanya, Segamat terus menjadi daerah paling terjejas banjir di negeri ini dengan 3,178 mangsa daripada 828 keluarga yang ditempatkan di 47 PPS.



"Sebanyak 62 PPS kini dibuka di Johor dengan Segamat yang paling banyak iaitu 47, diikuti Mersing (enam PPS), Kota Tinggi dan Kluang masing-masing tiga PPS, Tangkak (dua PPS) dan Johor Bahru (satu PPS)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Vidyananthan berkata, cuaca hujan berterusan dijangka akan terus melanda semua 10 daerah di negeri ini pada pagi ini.

Katanya, Met Malaysia mengeluarkan amaran bahaya kepada seluruh Johor iaitu cuaca hujan lebat berterusan sehingga hari ini.

"Penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka terhadap perubahan cuaca di kawasan masing-masing.

"Bermula hari ini hingga Rabu depan, fenomena air pasang besar juga berlaku dan penduduk di kawasan berhampiran laut dan pesisiran pantai di negeri ini perlu lebih berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan," katanya.

Disiarkan pada: Januari 3, 2022 @ 8:42am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 11:25 AM | Show all posts
Edited by trunks at 5-1-2022 04:33 AM

ehem  apa khabar hehe. tempat awak banjir juga ke? saya tengah banjir niTMJ siap datang sini tengok keperluan kat sini.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2022 02:35 PM | Show all posts
trunks replied at 3-1-2022 11:25 AM
ehem cyg apa khabar hehe. tempat awak banjir juga ke? saya tengah banjir niTMJ siap datang sini teng ...

Alhamdulillah, setakat ni tempat sy ok lagi

Rumah naik ke, skrg awk kat kg ke
semuga dipermudahkanNya, jgn main air tawu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-5-2022 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.077928 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list