CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 292|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Jambatan berhampiran Jeram Toi masih selamat dilalui

[Copy link]
Post time 3-1-2022 09:42 AM | Show all posts |Read mode

JKR sudah membuat pemeriksaan dan mendapati tiada pergerakan atau kerosakan pada tiang sambut jambatan berkenaan. Foto JKR Negeri Sembilan



Jelebu : Jambatan di laluan berhampiran Jeram Toi dekat sini, masih selamat dilalui oleh semua kenderaan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR ) Negeri Sembilan, Ir Wan Hasnan Wan Musa berkata, pihaknya sedia maklum berkaitan gambar tular di media sosial mengenai satu tiang sambut jambatan (brigde pier) yang dikatakan mengalami kesan akibat hakisan tanah.

Bagaimanapun, JKR sudah ke lokasi kejadian dan membuat pemeriksaan terhadap tiang berkenaan.

"Kita dapati tiada pergerakan dan keretakan ke atas tiang sambut jambatan di jalan persekutuan menghubungkan Seremban ke Kuala Klawang itu.



"JKR akan sentiasa memantau situasi berkenaan dari semasa ke semasa dan ia turut membabitkan cerun dan jalan," katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak menyebar dan berkongsi berita yang belum disahkan kesahihannya bagi mengelak situasi panik dalam kalangan orang ramai.

Wan Hasnan berkata, orang ramai boleh melayari Facebook rasmi JKR Negeri Sembilan bagi mendapatkan maklumat seperti penutupan jalan dan tanah runtuh.
Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang, bencanaalam.jkr.gov.my bagi mendapatkan maklumat mengenai jalan atau menghubungi bilik gerakan bencana di talian 06-7659659/9614.

Disiarkan pada: Januari 3, 2022 @ 8:23am




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-5-2022 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.079613 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list