CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 318|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Proses ketum di malam tahun baharu

[Copy link]
Post time 2-1-2022 05:13 PM | Show all posts |Read mode

DAUN dan air ketum serta barangan yang dirampas polis dalam serbuan di Felda Pasir Besar, Gemas. FOTO Ihsan Polis.

Tampin: Lima lelaki dipercayai tokan air ketum dicekup polis hari ini di sebuah rumah di Felda Pasir Besar, Gemas di sini yang dijadikan markas memproses air haram itu.

Mereka yang berusia 34 hingga 59 tahun ditahan pada 12.15 tengah malam, dengan polis turut merampas air dan daun ketum, selain dapur, tong gas serta perkakas memasak.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Abd Wahab berkata, serbuan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tampin susulan maklumat awam.

"Hasil pemeriksaan, pasukan menjumpai 80 botol plastik yang mengandungi air ketum anggaran isipadu 120,000 mililiter dan 10 bungkusan plastik warna hitam mengandungi daun ketum seberat 70 kilogram (kg) selain perkakas memasak.

"Ujian saringan awal mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis Morfin," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anuwal berkata, kumpulan itu menjadikan rumah sebagai tempat memproses ketum sebelum ia dipasarkan untuk mereka di sekitar Pasir Besar.

Katanya, semua suspek direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-6-2022 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.081638 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list