CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 2574|Reply: 19

“Ini orang atau apa sebenarnya?” - Pemuda terkejut ada kelibat dalam gambar pegang tangan kekasih di kebun getah

[Copy link]
Post time 2-1-2022 04:29 PM | Show all posts |Read mode
“Ini orang atau apa sebenarnya?” - Pemuda terkejut ada kelibat dalam gambar pegang tangan kekasih di kebun getah

Khamis, 16 Disember 2021 9:30 AM

Oleh: MOHD IZZAT MOHD KHALIZAN

MEREKA yang pernah berdepan kejadian mistik tentunya tahu bagaimana ketakutan yang dirasai.

Begitu juga dengan jejaka ini apabila dia menyedari wujud kelibat misteri dalam beberapa foto yang dirakamnya pada petang Jumaat lalu.

Bercerita kepada mStar, Wan Muhd Hairee Wan Mat, 21, mendedahkan dia bersama teman wanitanya pergi ke kawasan kebun getah berdekatan rumahnya untuk merakam gambar.

Mesra disapa Hairee, dia berkata segalanya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan sehinggalah menyedari kewujudan kelibat itu selepas pulang ke rumahnya.

"Masa tu saya dengan teman wanita saya. Kami ke kawasan itu untuk ambil gambar. Ia dekat saja dengan rumah saya, dalam 100 meter. Kalau diingat, kami ke sana dalam pukul 6.20 petang.

"Selepas balik ke rumah, dalam pukul 8.30 malam saya tengok balik semua gambar yang dirakam. Saya nak tengok dulu sebelum hantar gambar kepada dia.

"Pada waktu itu baru saya perasan ada kelibat misteri berwarna putih dalam tiga keping gambar. Tapi dalam gambar yang lain, kelibat itu tak kelihatan," imbasnya.

Menurut jejaka dari Rantau Panjang, Kelantan itu, dia amat terkejut dengan kehadiran kelibat berkenaan.

Jelasnya, ia sekali gus membuktikan cakap-cakap orang sebelum ini yang memperkatakan tentang gangguan yang didakwa berlaku di sekitar kebun getah itu.

"Masa mula-mula tu saya fikir, ini orang atau apa sebenarnya? Sebab masa kami ke sana, tiada sesiapa kelihatan dekat kebun getah itu.

"Memang rasa terkejut. Saya tunjuk kepada keluarga, mereka pun terkejut. Sebenarnya sebelum ini kakak saya pun pernah kena gangguan ketika lalu kawasan itu.

"Memang ada dengar cerita bahawa laluan kebun getah itu agak keras. Pernah orang cakap mengenai pontianak dan sebagainya," ujarnya panjang lebar.

Enggan membiarkan misteri itu terus berlarutan, Hairee turut berkongsi foto dan video kejadian itu menerusi aplikasi TikTok.

Dalam foto dan video itu, Hairee sedang memegang tangan teman wanitanya sebelum kelibat putih dilihat muncul memerhati jauh dari kawasan kebun getah di belakang mereka.

Kata Hairee, dia sekali lagi terkejut apabila video itu meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi berkenaan.

Selain komen-komen yang memperkatakan mengenai kelibat misteri itu, ada yang turut meninggalkan kecaman dan menuduh ia sekadar suntingan semata-mata.

"Saya kongsikan video ke TikTok. Tak sangka tiba-tiba jadi viral. Ramai netizen yang komen dan mendawa mereka nampak banyak kelibat lain.

"Ada juga yang tuduh saya menipu, mereka kata saya edit saja. Tapi saya tak kisah, mereka boleh percaya atau sebaliknya.

"Saya tak kisah semua komen tu. Kalau mereka sendiri yang kena, baru tahu macam mana. Saya dah dua hari tak lalu jalan kebun getah itu. Saya sanggup guna satu lagi laluan yang ada kubur lama," ujarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2022 04:30 PM | Show all posts

Hairee sedang memegang tangan teman wanitanya sebelum kelibat putih dilihat muncul memerhati jauh dari kawasan kebun getah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2022 04:30 PM | Show all posts

Kata Hairee, kejadian berlaku pada petang Jumaat lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2022 04:31 PM | Show all posts

Antara komen yang ditinggalkan netizen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2022 04:31 PM | Show all posts
[ig]https://www.instagram.com/p/CXhmSoDAH8C/[/ig]
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 03:22 PM | Show all posts
stingerprincess replied at 2-1-2022 04:30 PM
Kata Hairee, kejadian berlaku pada petang Jumaat lalu.

nampak mcm helok
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru tepat, bila berdua2an akan ada yg ke 3 iaitu syaitonnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hahaha gelap nau kawasan kebun tmpt hamtu tu keluau eh... padahal dpn die terang benderang... wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:20 PM | Show all posts
padan muka pegang la lagi tangan gf tu..tah2 gi kebun wat projek..tu yg antu pun keluar..apoooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat projek senja2..hantu setan pun nyampah.. tak dikokaknya tengkuk bbnu ni pukak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 06:29 PM | Show all posts
kuzaime replied at 7-1-2022 11:37 PM
Ni baru tepat, bila berdua2an akan ada yg ke 3 iaitu syaitonnnnn


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
P pukui 6.20 ptg...balik 8.30mlm...
Hmm...solat jemaah kat dlm kebun getah.
Jin tu tk kacau pun...mgkin dia penjaga kebun tu....diadok perati je kome berdua..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 08:42 PM | Show all posts
raihaneem replied at 16-1-2022 08:29 AM
P pukui 6.20 ptg...balik 8.30mlm...
Hmm...solat jemaah kat dlm kebun getah.
Jin tu tk kacau pun...mg ...

musykil buat apa kat kebun getah tu? menoreh kot ya


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 12:41 PM | Show all posts
kirakekuri replied at 16-1-2022 08:42 PM
musykil buat apa kat kebun getah tu? menoreh kot ya

HAHAHAHHAHAHA baik punya husnuzon sissss
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde tmpt lain ke nk p
Senja2 p kebun getah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kirakekuri replied at 16-1-2022 08:42 PM
musykil buat apa kat kebun getah tu? menoreh kot ya

Kita sangka baik...menoreh di kala senja..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 11:20 PM | Show all posts
raihaneem replied at 23-1-2022 08:47 PM
Kita sangka baik...menoreh di kala senja..

Kalau toreh di kala senja, getahnya lebih berkualiti
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2022 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Gelap nau... Rumah aku pon dekat dengan kebun getah. Takdelah gelap macam tu. Kalau pukul 7 pon masih boleh nampak lagi masih terang lagi dalam kebun getah tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 10:53 AM | Show all posts
motif ko pegang2 tangan kat kebun getah pehal? ke ko ade motif lain disitu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 05:50 PM | Show all posts
aku tak tau kenapa, aku pun tak berapa gemor ladang getah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.090943 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list